Saturday, May 05, 2012

Itik

Ini gambar itik serati.Saya jumpanya di negeri Kelantan.Biasanya itik serati selalu menjadi perumpamaan orang-orang tua dahulu.contohnya.."awak ni berjalan lambatlah macam itik serati"

Atau ada tak mak-mak kita cakap.."mulut tak berenti bercakap,macam itik serati".Saya tak pernah makan itik,apatah lagi itik serati.Tapi biasa saya dengar orang Kelantan yang suka masak itik serati ni.Diorang buat gulai serati.Kalau kat kedai makan,ada makanan ni.

Itik biasa tu berbeza tak dengan itik serati?Apa ye rasa itik ni?Macam ayam ke?

Bercerita tentang itik,itik pun dijadikan satu watak.Dan memang terkenal iaitu Donald Duck!he he he


Selain watak kartun,itik pun dijadikan sebagai barang mainan.Macam kat bawah ni.Siap ada buat kempen lagi tau!

Comelkan itik ni....Selain itu,ada juga yang buat tab mandi berbentuk itik.Macam baby ni,yang sedang seronok mandi dalam tab mandi itik.Teringin pulak saya nak tumpang mandi.

Ini rupa telur itik.Kalau masak gulai telur buh daun kunyit..fuhh sedap tau.Lagi-lagi buat telur asin lagi sedap.Goreng macam telur mata kerbau pun sedap.

Telur asin...mengidam ni...nak cari lah ni...okay chow dulu!

Sumber gambar ehsan cik google kecuali gambar pertama..


Pesanan:Telur asin tak habis sebiji tak sah tau!Jaga-jaga darah tinggi nanti.


1 comment:

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...