Saturday, May 19, 2012

Kedai Makan di Kuala Krai,Kelantan


Restoran sederet ngan dia banyak...tapi saya berkenan dengan restoran ni.Eloklah sesiapa yang dari Kelantan tu nak ke Kuala Lumpur tengok perlawanan bola sepak Kelantan lawan Sime Darby,balik dari Kuala Lumpur singgah kat sinilah.Boleh tahan makanannya.Layanan pun tidak mengecewakan.

Ini pemandangan di kawasan luar restoran.Saya pasti malam ni tentu ramai yang singgah sini,sebab ada layar tv yang besar.Mesti mereka akan menayangkan aksi-aksi perlawanan bolasepak di sini.

 Kalau bab-bab suruh order air,air buah-buahan menjadi pilihan.Sedap!Sebab habis licin!
Anak-anak order nasi goreng je,tapi tak sempat snap gambar.

Kami berdua (umi dan baba).order nasi putih,sup ekor dan paprik daging/ayam.Memang kena makan nasi juga.Sebab malam tu memang kami lapar sangat.Memang sedaplah supnya,ini komen ikhlas suami saya,sebab dia memang dah biasa makan sup,ada yang tak sedap langsung.Boleh percayakan dia.Saya pun rasa sedap juga.

Jadi sesiapa ke Kelantan pasti akan melalui kawasan sederet gerai makanan yang bermacam pilihan di Kuala Krai.Buat pilihan sendiri!

Pesanan:Adakah Kelantan akan menguasai permainan malam ini?Ramai yang meramalkan Kelantan berpotensi menjadi juara.Anda bagaimana?

4 comments:

  1. Dkna tak perasan lak kedai nie kat belah mana.
    Kita tengok sape yang menang mlm nie. Gomo klate gomo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Dkna sederet macam-macam nama kedai,tak perasan lah tu sebab bawa kete laju..he he he
      ok Malam ni ye..temujanji kita...

      Delete
  2. Replies
    1. kegemaran suami..saya hirup kuah je lah..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...