Antara tetamu yang hadir.Tak sesak,sebab bukan Siti yang kahwin kan...
Tetapi oleh kerana suami saya segan nak masuk,saya seorang sahaja yang masuk dewan,berjumpa Mak Mah,mak Siti dan juga sepupu Siti merangkap kawan saya tu.Saya hadir seawal jam 12 lebih,masih belum ramai lagi.Pengantin pun belum sampai.Jadi saya ambil keputusan untuk makan di kenduri kedua dahulu,kemudian baru datang semula.Sempat lagi snap gambar pelamin.
Selesai di kenduri kedua,saya menuju semula ke dewan tersebut,kali ini semua adik beradik Siti ada termasuklah pengantin baru kan.Tak lepaskan peluang,saya turut mencelah mengambil gambar mana-mana yang sempat.Hasilnya!!!Memuaskan!
Hidangan makanan pengantin pun biasa-biasa je,macam kenduri kita-kita je.Bagus keluarga Siti ni,semuanya low profile.Tidak suka menunjuk-nunjuk.
Pelamin yang simple tapi cantik!Tak ler macam sesetengah rakyat jelata tu,Pelamin je penuh macam hutan.
Ni lah pengantinnya.AdikSiti yang lelaki tu,yang bongsu dah tu. |
Ni bersama Kak Rozi kakak ipar Siti.Waktu saya datang dalam pukul 12 tak ramai lagi.Jadi sementara tunggu pengantin dan Siti sendiri hadir,ambil je gambar dengan sesiapa yang ada hubungkait dengan Siti ni kan....
Akhirnya masa dinantikan pun tiba.Pengantin sampai mesti adik beradik dia pun ada kan.Jadi peluang datang sekali,mari kita ambil kesempatan.Saida ni sebaya saya kalau tak silap.Tapi body maintan lagi.Kelas kau jahhh!
Sebelah pagi,katanya ada membuat kenduri cukur jambul anak kedua Saerah.Wah membesar kau ye.Maklumlah baru lepas pantang.Tapi nampak gayanya badan saya kecil sikit dari dia kan.Ha ha ha..sempat lagi saya seloroh dengan dia bagitau saya dah turun 2kg!
Ok.Kalau korang nak tahu,setiap perkahwinan adik beradik Siti ni,mesti pengantin diorang tak heran sangat.Yang paling sibuk bergambar adalah kakak pengantin ni.Siti tengah makan pun berkelip-kelip cahaya kamera sibuk ambil gambar.Saya nak ambil gambar ni,dah beratur ramai kat belakang tu nak tunggu giliran.Makin kurus pula tengok Mak Iti ni.Atas ehsan sepupu Siti,dapatlah saya bergambar mesra dengan Siti.Siap duduk sebelah lagi tau!
Hmmm...dah habislah kenduri kendara kahwin adik beradik Siti.Semua dah selamat berkahwin.Kalau dengar-dengar ada kenduri kahwin lagi,mungkin yang nak pasang dua lah tu.Hik hik hik..nakalnya telahan saya ni.Selesailah tugas dan tanggungjawab Siti dan keluarga untuk melihat semuanya mendirikan rumahtangga.Kalaulah Pak Din ada.....
Pesanan:Saya tak jamah langsung makanan kat situ,sebab saya dah kenyang makan kenduri satu lagi.Tak tergamak nak isi dalam perut lagi.
Semoga berpanjangan jodoh dan berbahagia ke kahir hayat mereka. Amin.
ReplyDeletebegitulah hendaknya...
Deletewahhh... jelesnya.. suke tgk muka siti natural beauty kan...
ReplyDeletesemoga pengantin kekal keakhir hayat...
ha'ah memng cantik licin muka dia
Deletewakaka pelamin macam hutan?hahah k.ida ni wat lawak la..untungla dapat bergambar dengan semua artiss..hehe..comei baju k.ida..:)
ReplyDeleteye lah Yna..sesetengah pelamin serabut..teggelam pengantin dalam pelamin...cantik baju je ke.orangnya?he he he
Deletesiti makin cantiklah..:)
ReplyDeletetakde masalah,berkemampuan...makin berserilah muka dia...lagi2 pakai produk jenama sendiri simplysiti..
Deletesemoga jodoh berpanjangan..tp umi gak yg best maklum le dapat duduk sblh ct ...jeles tau
ReplyDeletekita doakan yang terbaik...umiarissa kebetulan je menjadi yang bertuah hari tu..
DeleteCantiknya siti. Masa akak bergambar dgn org2 lain tu nampak org2 lain tu biasa je. Bila dgn siti je. terus gmbr tu nampak berseri2 sebab siti. (pujian melampau oleh fanatik siti). Apsal derang adik beradik tak pakai baju sedondon ye?
ReplyDeletekalau nak tahu,semua adik beradik termasuk ibu Siti,taklah pakai baju glamer2 ala2 artis,biasa2 je...memang tak sepakat kot tak pakai sedondon...sebab tu akk kata majlis ni macam kenduri biasa-biasa kita g...takdelah protokol sangattt!!
DeleteWani pun dpt undangan dari adik beradik dia..tapi tak sempat nak pegi, sampai Lipis dah kol 3pm...segan lak nk g lewat2 :(
ReplyDeletela ye ke?memang akak balik awal,tapi sepupu Siti kata pukul 3 ada lagi..apa tak calling2...
DeleteWahh seronok yea, dapat bergambar dengan semua, hehe..
ReplyDeletekita harus menggunakan kesempatan yang ada,entah bila lagi nak jumpa face to face cenggitu kan...ha ha ha
Deletetahniah..dapat jemputan kenduri rumah VIP
ReplyDeleteBiasa je...
Deletewah bestnya dpt bergambr ngan siti
ReplyDeletenasib baik je ni
Deletejeles!! dapat bergambar dgn siti :)
ReplyDeletejanganlah jeles ye..biasa2 je ni..
Deletebestnye dpt brgmbar dgn siti, bgusla family dorang wat simple je. Salam kak, linda singgah sini..:)
ReplyDeleteala dik..kebetulan akak jumpa.akak amik je gambar..peluang ..
Deleteewahhh kak. satu family dato siti tu bergambar. hihi.
ReplyDeleteha ha ha...dah semua ada kan...
DeleteSalam.. wah aok pun ikut glamor kejap ya.. nanti kita balik lepeh mesti bagi tau punya.. memang dah lama sangat tak balik ni..
ReplyDeleteha che mid...cepat2 ler balik sini...boleh kita borak2 ..
Deletewah... jumpa ct.. bestnya :-)
ReplyDeleteye ke best?he he he
Deletewah..bestnya..kalau akak pun tak payah mkn dah..kenyang dpt bergambar ngan siti..hihi
ReplyDeletehah kak...kenyang ler..tapi kalau perut kosong kena jamah juga...he he he
Delete