Friday, May 25, 2012
Dah hantar anak ke rumah mak!
Cuti sekolah baru nak bermula.Bagi negeri Kelantan,Kedah dan Terengganu,mereka dah mulai bercuti hari ini.Bagi negeri-negeri lain,hari ini hari terakhir persekolahan untuk cuti penggal pertama.
Apa?Dah hantar anak ke rumah mak?Iye...semalam balik sekolah saya terus bertolak dari Kuala Lipis ke rumah mak di Pandan Indah,Kuala Lumpur.Padahal belum cuti lagi.Mesti ramai tertanya-tanya,awalnya.Jangan salah sangka,saya terpaksa hantar awal sebab,saya perlu pulang ke Kelantan Sabtu ni,pagi-pagi lagi nak bertolak.Jadi taknak keletihan jika hantar anak hari Jumaat.
Saya ada 6 orang anak,perlu membahagikan anak-anak.Separuh ikut saya balik Kelantan,separuh duduk rumah mak di KL.Keputusan pun dibuat.Anak ke 4 dan ke-5,duduk KL.Yang lain ikut saya balik Kelantan.Jadi yang ikut saya 4 orang.Yang dua orang tu dah mula ponteng sekolah hari ni...he he he...
Bertolak semalam jam 3.30 petang,sampai rumah mak jam 6 petang.Jalan jem di sesetengah tempat je.Kemudian selepas solat maghrib bertolak pulang semula ke Kuala Lipis.Jam 8.20malam bertolak,sampai ke Kuala Lipis jam 11 malam sebab singgah makan malam.Letih?Saya dah biasa berulang alik KL-KL (Kuala Lipis-Kuala Lumpur),jadi alah bisa tegal biasa.Boleh ke perumpamaan ni.Boleh je.
Jadi sekarang ni sedang bersiap menyimpan barang nak balik Kelantan pula.Semoga kami selamat sampai ke destinasi.
Selamat Bercuti!Siapa-siapa balik Kelate jumpa kereta avanza hitam plat D dalam perjalanan balik sana hon dua kali..he he he..kalau saya orangnya,saya balas hon 3 kali...ha ha ha
Pesanan:Banyak 'projek' sedang menunggu di sana untuk diselesaikan.Tungguuu..!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hon ke? Bagi lampu je la 2 kali. Heheh. So, ida ni bukan org Lepih la ye?
ReplyDeletekena hon..kalau bagi lampu takut kete lain ingat ada roadblock di hadapan..kang kena marah...he he he
Deletebetul kami berdua bukan org Lepeh...menumpang cari makan je kat sini...
selamat bercuti dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dtuju.. :)
ReplyDeleteterima kasih
Deleteselamat bercuti....ummiarissa yg drive ke?
ReplyDeletetaklah munna..suami yang drive...
Deleteselamat bercuti...moga selamat pergi dan kembali...:)
ReplyDeleteterima kasih...banyak undangan kawin ni..
DeleteHheee, nanti meriah jalan dengan bunyi hon..:)
ReplyDeleteHati2 di jalan raya ye.. :)
tq
Deleteassalam UA..org KL rupanya !!..selamat bercuti ke kelantan..ramai ank meriahkan rumah kita..tak macam mama, bila hb keluar kawasan & ank mama yg seorg tu pula berkahwin..rasa sunyi sorang2 kat rumah..hu2x..
ReplyDeleteye lah mama..seronok anak ramai ni..anta 2 oraang ada lagi 4 orang..masih tak sunyi
Deletewah... seronoklah ank akak dpt berjaln + balik kg.. :-)
ReplyDeletetu lah Ina..cuti ni jelah dapat nak berjalan2..
Delete