Tuesday, May 22, 2012

Best Tak Menu ni?



Dah mula petang ni,macam-macam menu makanan dah ada kat kepala ni.Bila belek-belek gambar lama yang simpan dalam komputer ni,ternampaklah menu ni.

Ni jamuan waktu ke rumah jiran aka kawan baik.Kami kalau ke rumah kawan-kawan baik ni,mesti nak jamu kawan-kawan makan.Dan kebiasaannya,kalau saya ke rumah kawan baik ni,saya mesti bawa juga makanan yang lain.Buat menambah bilangan makanan.Mereka pun begitu juga.Apa namanya tu 'port luck'?..ye lah kot.Saya sejak main internet ni je baru tahu perkataan tu.Kalau tak..hampeh tak tahu menda.

Tapi semenjak kami dah hilang watak utama (ada 3 orang sorang dah pindah Terengganu),lama dah tak buat makan-makan ni.Macam patah kaki sebelah ler.Lagipun memang dialah kepala kalau nak buat jamuan makan-makan ni.Saya sedia memasak je.hmm..teringat pula kat dia,saat-saat jenguk gambar lama.

Kalau petang ni buat menu berbuka sedap juga ni kan.Sementelah,petang ni ada pasar malam di Taman Pertama,Kuala Lipis.Elok jugak pergi cari bahan-bahan nak buat mee kari.Ish...kalau dah mula puasa,macam-macam pula nak makan.Tapi saya pun nak masak sedap sikit buat bagi semangat anak saya yang lain yang turut berpuasa sunat Rejab hari ni.

Ha.apalagi jom ler ke pasar!

Pesanan:Tak boleh jadi ni,tengok je menu tu hendak,tengok je menu ni hendak juga.

9 comments:

  1. Alhamdulillah, ramai yang berpuasa sunat hari ni. Tumpang gembira walau diri sendiri tak berpuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang nak ajar anak2 puasa sunat ni kak..

      Delete
  2. amboiii ni pun dah sedap ni kak.. mee kari lagi..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beli barang..ntah jadi ke tak nak masak..mood malaslah pulak..he he he..ada lauk lain lagi sebenarnya..

      Delete
  3. Sedapnya mee kari tuh..suka sgt mee kari..

    ReplyDelete
  4. yum..yum..sedap2..suka sgt mkn mee kari..y kuah karinyer kawwww

    ReplyDelete
  5. sedapla makan mee kari masa berbuka !!!..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...