Monday, May 21, 2012

Pulang Dengan Kejayaan!

Semalam selepas menghantar anak balik ke asrama di Kuala Lipis,nak pulang ke rumah,terserempaklah kereta berduyun-duyun dari arah Kuala Lumpur ke Kelantan. Kereta yang membawa penyokong-penyokong Kelantan baru pulang dari Kuala Lumpur rupanya.Puas hati lah mereka "Red Warrior" Juara Piala FA.Jam ketika itu lebih kurang jam 6 petang.Hmmm lambat jugalah sampai ke Kelantan.

Apa yang suka sangat dengan penyokong Kelantan ni,semangat diorang tu memang tinggi dan setia pada pasukan bola Kelantan.Sanggup menempuh perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa 8 jam perjalanan.Fuh!!! letih juga tau. Saya rasa mereka tak terasa keletihan tatkala pulang,kerana membawa pulang bersama kejayaan pasukan mereka.Semangat penyokong Kelantan ni memang terbaiklah setakat ni.




Lihat mereka saling memberi lampu tinggi sesama kami yang berselisih tanda sokongan kepada mereka.Bendera negeri pun masih tak tanggal dari kereta mereka.

Suami saya pun asal berselisih je dengan kereta yang membawa bendera Kelantan,dia pun sama memberi lampu tinggi,lagipun dia kan warga Kelantan,kereta kami pun plat D.


Masih banyak lagi kereta yang baru pulang ni.Kalau kat Kuala Lipis dah jam 6 petang 4 atau 5 jam lagi samapilah ke Kelantan tu.Saya punya seronok asyik snap gambar dari dalam kereta.

Mereka ni tak perlu bas-bas yang banyak untuk membawa mereka,mereka sanggup keluar duit poket sendiri tau!Itulah uniknya warga Kelantan.Walaupun saya bukan orang Kelantan,saya sangat bangga dengan mereka.

Selamat sampai ke destinasi!Gomo Kelate Gomo!

Pesanan:Saya penyokong Selangor negeri kelahiran saya dan juga penyokong Kelantan sebagai tanda hormat kepada suami.he he he..


14 comments:

  1. ooo hubby akak kelantan upenya.. mesti seronok amatlah kelantan mng..hihii

    zarina_naniey@yahoo.com.my

    wah.. akak siap chop tv lg yer.. hihii... sy yg empunya blog ni siap mimpi2... muahhahhahahhahah cite kat hubby last2 kene gelak sakan... hahhahhah... hover kan sampai mimpi2.. last2 frust tv xclear... hehehhehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah agak dah..mesti terbawa hingga mimpi2..he he he

      Delete
  2. Sallam Ida,

    Orang Kelantan ni semangat juang mereka memang tinggi,
    tapi kakmah tak sokong kelantan, kakmah sokong pahang,
    tapi kakmah hormat semangat juang mereka.

    Semalam kat tempoyang ni jam juga, kakmah takut sangat, mereka ni bawak kereta laju sangat, kadang tu sampai nak membahayakan orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he..Kak Mah sokong Pahang...mestilahkan,Kak Mah orang Pahang..takpe tak sokong Kelantan pun..kita sokong negeri masing-masing kan..

      Biasalah tu Kak Mah,jem mesti jem lah kalau ada acar sebegini..sebab tu agaknya Kelantan diberi cuti semalam..

      Delete
  3. Ingat lagi dulu masa tahun 90-an, pasukan kelantan langsung tak menonjol. Yang hebat masa tu Selangor, Kedah, pahang. Sekarang pasukan Pahang ntah tercampak ke mana. Kedah pun dah senyap. Kekeke.. Kelantan tetiba naik. Pastu dpt maintain plak tu dalam masa beberapa tahun. Saya suka masa derang berdoa sebelum perlawanan bermula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu,ingat lagi Selangor hebat kala tu...he he he..nak juga sebut Selangor..Kali ni nampaknya Kelantan pulak yang naik ..tak kisahlah janji diorang tak makan rasuah..

      Delete
  4. Mesti bangga diorang sepanjang perjalanan tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah angkat tangan,hon bagai...happy sokmolah diorang tu...time menanglah...time kalah diam seribu bahasa..

      Delete
  5. Cayalah K.ida..takdok bas2 nak bawak eyh..hehehe..semangat tinggi sangat duit habis takper..kalo kalah harus terbakar lagi stadium malam tu..kih3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah semangat tinggi cam Yna gak kan..semangat snap setiap detik tapi dari TV lah kan...he he he

      Delete
  6. sapa xseronok kan sis negeri sendiri menang,hee.....nana sokong semua!sebab xtau mana satu yang hebat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh nana orang Kelantan lah ni...sokong je mana-mana ,takde siapa marah...boleh belaka..

      Delete
  7. saya minat kelantan gak...Minat MB dan Sultan dia juga yang waraq

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...