Showing posts with label Peminat. Show all posts
Showing posts with label Peminat. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Malaysia Menang! -Puas hatiku..

Sumber Gambar:Di sini

Malam tadi saya tidak ketinggalan menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Singapura.Malaysia melakarkan kemenangan bergaya menewaskan Singapura dengan 2-0 di Stadium Shah Alam,Selangor malam tadi.

Sebelum ini di Stadium Jalan Besar,Singapura, Malaysia seri 2-2.Waktu menonoton gol seri ni,saya geram sangat dengan pertahanan Malaysia yang mudah lalai dengan kemenangan permulaan.Tak pasal-pasal pula Singapura dapat menyamakan gol dalam saat-saat masa dah nak habis pulak tu.Lagi-lagi dalam masa tambahan,Singapura boleh jaring gol lagi.Waktu ni,memang sedih sikit.

Tetapi malam tadi saya sangat bersemangat menonton perlawanan hingga akhir.Saya paling suka pemain yang namanya Gunalan.Kalau sesiapa biasa lihat dia beraksi dalam satu-satu perlawanan,memang dia seorang yang rajin kejar bola.Tolonglah naikkan gaji dia...he he he..Betul tau,sebab kalau tak kerana dia rajin mengejar bola di kaki lawan,jangan haraplah bola boleh dapat kat kaki pemain kita.Itu pendapat peribadi saya ye.

Memang saya nak Malaysia menang.Melihat situasi permainan Malaysia malam tadi,memang saya yakin sangat Malaysia boleh menang.Walaupun ada 2-3 kontroversi dalam permainan malam tadi.Itu yang saya tak faham sebenarnya.Orang lain patut dapat kad merah,orang lain pulak yang kena keluar.Tak faham..tak faham..

Apa-apapun,tahniah ye Malaysia!Tahniah Gunalan...awak pemain yang sangat rajin!!!


Pesanan:Jangan pelik ye.Kenapa saya bercakap sorang-sorang malam tadi,sebab anak saya tidur,suami saya keluar dengan kawan-kawan...waaa....tak suka tau!!



Monday, May 21, 2012

Pulang Dengan Kejayaan!

Semalam selepas menghantar anak balik ke asrama di Kuala Lipis,nak pulang ke rumah,terserempaklah kereta berduyun-duyun dari arah Kuala Lumpur ke Kelantan. Kereta yang membawa penyokong-penyokong Kelantan baru pulang dari Kuala Lumpur rupanya.Puas hati lah mereka "Red Warrior" Juara Piala FA.Jam ketika itu lebih kurang jam 6 petang.Hmmm lambat jugalah sampai ke Kelantan.

Apa yang suka sangat dengan penyokong Kelantan ni,semangat diorang tu memang tinggi dan setia pada pasukan bola Kelantan.Sanggup menempuh perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa 8 jam perjalanan.Fuh!!! letih juga tau. Saya rasa mereka tak terasa keletihan tatkala pulang,kerana membawa pulang bersama kejayaan pasukan mereka.Semangat penyokong Kelantan ni memang terbaiklah setakat ni.




Lihat mereka saling memberi lampu tinggi sesama kami yang berselisih tanda sokongan kepada mereka.Bendera negeri pun masih tak tanggal dari kereta mereka.

Suami saya pun asal berselisih je dengan kereta yang membawa bendera Kelantan,dia pun sama memberi lampu tinggi,lagipun dia kan warga Kelantan,kereta kami pun plat D.


Masih banyak lagi kereta yang baru pulang ni.Kalau kat Kuala Lipis dah jam 6 petang 4 atau 5 jam lagi samapilah ke Kelantan tu.Saya punya seronok asyik snap gambar dari dalam kereta.

Mereka ni tak perlu bas-bas yang banyak untuk membawa mereka,mereka sanggup keluar duit poket sendiri tau!Itulah uniknya warga Kelantan.Walaupun saya bukan orang Kelantan,saya sangat bangga dengan mereka.

Selamat sampai ke destinasi!Gomo Kelate Gomo!

Pesanan:Saya penyokong Selangor negeri kelahiran saya dan juga penyokong Kelantan sebagai tanda hormat kepada suami.he he he..


Sunday, May 20, 2012

Gelagat penyokong Kelantan

Mesti meriah kat tempat-tempat lain kan gelagat penyokong yang menonton perlawanan malam tadi. Seperti yang telah dijanjikan,entry semalam bersambung hari ini.Boleh tengoklah suasana di tempat saya,mereka yang menonton perlawanan ni semalam.Semua sudah tahukan Juara Piala FA jatuh ke pasukan Kelantan yang mengalahkan pasukan Sime Darby 1-0.Itu pun sebab dapat sepakan penalti.he he he...

Kalau ikutkan Sime Darby pun pasukan yang kuat.Kalau tidak masakan pasukan Kelantan masih tidak dapat menjaringkan sebarang gol pada babak pertama.Lagi satu,gol Kelantan pun sebab penalti kan,kalau tak dapat penalti kemungkinan untuk 0-0 hingga akhir perlawanan mesti ada. Apa-apapun mari kita layan gambar-gambar dibawah ini:


Ini sebelum penyokong mengambil tempat duduk,masing-masing sedang solat Isyak berjemaah di surau.Semua sudah tersusun.Siap ada makanan dan minuman tau.

Ini suasana setelah penyokong mengambil tempat.Tikar di depan tu khas untuk kanak-kanak.Tapi kanak-kanak ni banyak makan dari menonton bola.Masa ni lah saya dengar sorakan kuat tiap kali bola berada di kawasan lawan.Ingatkan boleh gol...tu yang bertempik kat bawah tu.

Ini setelah selesai acara.Tinggallah beberapa orang menyelesaikan segala-gala yang ada.Pekerja tak bergaji ni.Sempat lagi nak berbual-bual di bawah tu.Sudah-sudahlah,balik rumah pulak sambung tengok tv.

Suasana Kelantan meraikan kemenangan mereka di stadium.Cukup meriah!Memang penuh stadium dengan penyokong Kelantan.

Tahniah!

Pesanan:Malam tadi remote control di tangan saya,saya bebas menukar channel yang disukai,sebab suami menonton bola di bawah...he he he

Saturday, May 19, 2012

Semangat Betul Peminat Bola ni!

Semangat peminat bola Kelantan muncul di mana-mana.Bukan sahaja di stadium,di rumah-rumah,di restoran-restoran tapi hingga ke kedai-kedai makan kecil.Semangat yang ini adalah ingin kemenangan berpihak kepada mereka.

Yang ini semangat peminat bola di Kuarters Benta,Pahang.


Mula-mula pasang skrin besar dulu,kerjasama tu penting.Nak setakat mana letak ketinggian skrin besar.Sanggup tu dari selepas Asar dah mula bekerja.

Pasang pula piring astro.Entah sape punya piring  astro yang jadi mangsa ni.Game bola punya pasal ni.

 Dah mula angkut kerusi-kerusi.Macam nak buat kenduri kahwin je bunyinya.Budak-budak punay tugasan lah tu.tapi dengar-dengar ada makan-makan,minum-minum...siapalah yang sponsored tu ye...baik hati orang tu.


Ha,dah siap pasang skrin besar,mesti ada bendera negeri Kelate dan bendera 'Red Warrior'.Ini baru lagi naik semangat ni.Baru betul tengok bola macam kat stadium.Cuma takde banner semangat je,tak sempat buat.


Mula-mula budak-budaklah yang kerumun dulu.Maklumlah diorang tu rasa pelik je,macam nak adakan party je.Agaknyalah itu dalam fikiran diorang.Tak pun diorang ingat nak sambut harijadi sape-sape ke kat sini.Budak-budaklah paling suka kat sini.Tengok jelah orang dewasa buat kerja.


Ha,bila dah lama tu baru nampak orang-orang dewasa.Cheh...malu-malu kucing pulak!he he he..Malam ni lah kemuncaknya.Kalau nak tengok adegan seterusnya,bolehlah tunggu entry esok ye.Saya pun nak tengok bola juga malam ni,tapi kat rumahlah,takkan saya nak join dengan geng-geng lelaki kat bawah tu.Malulah nak bersorak kuat.he he he..

Pertama kali ni diorang pasang layar besar semata-mata nak tengok bola kat sini.

Pesanan:Tunggu ye sambunganya esok.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...