Wednesday, June 13, 2012

Malaysia Menang! -Puas hatiku..

Sumber Gambar:Di sini

Malam tadi saya tidak ketinggalan menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Singapura.Malaysia melakarkan kemenangan bergaya menewaskan Singapura dengan 2-0 di Stadium Shah Alam,Selangor malam tadi.

Sebelum ini di Stadium Jalan Besar,Singapura, Malaysia seri 2-2.Waktu menonoton gol seri ni,saya geram sangat dengan pertahanan Malaysia yang mudah lalai dengan kemenangan permulaan.Tak pasal-pasal pula Singapura dapat menyamakan gol dalam saat-saat masa dah nak habis pulak tu.Lagi-lagi dalam masa tambahan,Singapura boleh jaring gol lagi.Waktu ni,memang sedih sikit.

Tetapi malam tadi saya sangat bersemangat menonton perlawanan hingga akhir.Saya paling suka pemain yang namanya Gunalan.Kalau sesiapa biasa lihat dia beraksi dalam satu-satu perlawanan,memang dia seorang yang rajin kejar bola.Tolonglah naikkan gaji dia...he he he..Betul tau,sebab kalau tak kerana dia rajin mengejar bola di kaki lawan,jangan haraplah bola boleh dapat kat kaki pemain kita.Itu pendapat peribadi saya ye.

Memang saya nak Malaysia menang.Melihat situasi permainan Malaysia malam tadi,memang saya yakin sangat Malaysia boleh menang.Walaupun ada 2-3 kontroversi dalam permainan malam tadi.Itu yang saya tak faham sebenarnya.Orang lain patut dapat kad merah,orang lain pulak yang kena keluar.Tak faham..tak faham..

Apa-apapun,tahniah ye Malaysia!Tahniah Gunalan...awak pemain yang sangat rajin!!!


Pesanan:Jangan pelik ye.Kenapa saya bercakap sorang-sorang malam tadi,sebab anak saya tidur,suami saya keluar dengan kawan-kawan...waaa....tak suka tau!!



7 comments:

  1. sempat tengok 10mnit je semalam..tak tahu pun ada bola..hehe..

    ahah balik minggu ni kata hujung bule?hehe..bulihla k.ida..petang deh..adiah bg tangan jerla deh?adiah ketas laminate?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ni tengok 10 minit je..kata minat bola..tak aci ni..

      Insya Allah...nanti akak calling2 ye..

      Delete
  2. Che Mid tak dpt tengok.. ada meeting waaaa! Eh, nape tak contact kita.. kita balik lipeh la minggu lepas, ingatkan dpt jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala che mid..apa tak call je..saya mana ada nombor akak...tapi saya baru balik lipis hari sabtu...akak tinggalkan no akak kat email saya ye-ummiarissa10@gmail.com

      Delete
  3. xtgk pun....hehee.apa2 pun tahniah malaysia..:)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...