Ada dua tempat teduh yang disediakan beserta dengan tempat duduk yang selesa...
Itu kalau kita lihat dari kejauhan.Tamannya memang bersih dari segi sampah sarap yang tidak
kelihatan kerana setiap sudut disediakan tong sampah besar.Memang cantiklah kalau kita nak makan-makan bekal yang dibawa.Duduk bersantai di situkan.
Tetapi disebaliknya,tempat teduh ini,tidak boleh diduduki jika tidak dialas dengan suratkhabar atau tikar.Sangat kotor dan terlihat kekotoran itu seperti sudah lama ditinggalkan.
Ini saya rakamkan pada 23/6/2012..sebelah pagi.
Kelihatan sebuah keluarga demi sebuah keluarga yang bercadang untuk berehat di kawasan teduh terbabit hanya beralih haluan,apabila setiap kali hampir sahaja ditempat tersebut,semua hanya memandang sahaja dan mencari tempat lain untuk duduk.Sayang sekali,tempat khas yang disediakan untuk berehat hanya dapat dipandang sahaja.Melainkan anda membawa tikar atau suratkhabar untuk mengalas punggung anda!.
Saya berasa terpanggil untuk menunjukkan kepada umum tahap kebersihan yang tidak dikawalselia dengan sebaiknya ini kerana saya adalah antara mangsanya.Janganlah hanya cantik dari kejauhan sahaja,bila didekat sangat buruk.Buruknya tempat itu akan membuatkan tanggapan terhadap Majlis Daerah Cameron Highlands terjejas juga.Harap mereka berkenaan akan mengambil tindakan selanjutnya.
Cameron Highlands bukan sahaja tumpuan untuk warga tempatan sahaja tetapi pelancong dari luar negara.Bagaimana reaksi mereka apabila melihat keadaan ini berlaku?
Semoga pihak yang berkenaan peka dengan keadaan ini.
Pesanan:Cantik di luar cantik di dalam
yela kak cameron highland tak macam dulu dahh..kat atas bukit pun kita leh tengok banyak sampahhh....
ReplyDeletetu lah tak tahu nak cakap apa kalau macam tu gayanya..
Deleteplan nk g nxt week...
ReplyDeleteha..boleh tolong ambilkan gambar terbaru..nak tengok ada beza ke tidak...g ngan family ke ngan opismate?
Deletewah g bercuti ya kak..:)
ReplyDeleteelok jugak k.ida masukkan ke blog..kot ada mana2 pihak yg baca boleh ambik tindakan segera..
g makan angin sejuk je...balik hari je Yana..
Deleteassalm ummiarissa..cik dah lma sangat tak naik ke CH.tak tau acam mana kedaannya
ReplyDeleteWalaikumsalam Acik Erna...jomlah jalan ke sana cuti2 ni...
Deletealahai sygnya.. tmpt menarik camni leh kotor + org xjg dgn baik..
ReplyDeletewaktu kami sampai di sana,itulah tempat pertama kami berhenti,kalau pandangan pertama dah buruk gini,macam mana nak g tempat2 lain kan...pandangan pertama tu penting!..
DeleteUmmi arissa, betul-betul.. Cameron highlands banyak sampah. Terutamnya tempat yg ada peniaga kat lereng bukit. Nak amik gmbr tapi tak sempat sbb mabuk.
ReplyDeletehmm..tu lah..kat lereng bukit tu ye...yang ada jual sayur dan pokok2 tu ke?
Deleteala..susah la kalau nk duduk2 kan..makin mau makin kotor la plk..
ReplyDeletetu lah masalahnya...bukan susah sangat nak bersihkan tempat tu..
Deleteehem..mama ada kesana tapi tak pernah duduk kat tempat2 rehat ni..tak tahu kotor rupanya..hu2x..
ReplyDeletenak berhenti cari parking kat situ susah sikit,jalan pun sempit mama...kebetulan je kami sampai ada parking kosong...
Delete