Sunday, June 17, 2012

Kenal kawan anak kita


Kadang-kadang sebagai ibubapa yang sibuk,pasti ramai yang tidak kenal dengan siapa anak kita berkawan.Saya pun tidak terkecuali.

Anak saya Aisyah yang bersekolah asrama jauh dari kami,tidak sempat untk mengenali siapa kawan-kawannya.Lagipun pada awal persekolahannya,dia sendiri masih belum mengenali kawan-kawanya,apatah lagi dia berada sangat jauh dari sekolah lamanya(KualaLipis ke Kelantan).Sekarang sudah lebih 6 bulan bersekolah,dia sudah ada kawan yang baik.

Mungkin masa diperlukan untuk mengenali kawan-kawannya.Berdasarkan ceritanya yang lalu,dia sering bercerita ada kawan yang begitulah,beginilah,jadi sebagai jalan penyelesaiannya,saya memberikan nasihat dengan siapa dia harus berkawan dan dengan siapa dia harus menjauhinya.

Saya guna perkataan menjauhi bukan jangan berkawan,supaya dia tidak salah faham.Takut dia langsung tak bertegur dengan kawan yang saya suruh jauhi itu.Namun saya pasti dia memahaminya.

Baru-baru ini saya ke Kelantan,dan inilah baru saya berjumpa dengan kawan baiknya.Dan saya sangat puas hati setakat ini bila melihat sendiri,bagaimana dia berinteraksi dengan kawan-kawannya itu.Juga bagaimana kawan-kawannya berinteraksi dengan kami sebagai ibubapa Aisyah.

Semoga mereka semua menjadi anak yang baik dan solehah.Doa saya kepada mereka semua.

Jadi anda sebagai ibubapa sudah kenal kah siapa kawan-kawan anak anda?

Pesanan:Aisyah anak ke 2,yang kini sudah boleh berdikari.

5 comments:

  1. Replies
    1. he he he...takpe...sikit-sikit lama-lama jadi banyak...Amana sekolah je nanti ramailah kawan dia..

      Delete
  2. assalam UA..betul kita sebagai ibu perlu kenal & memahami perangai kawan2 anak kita supaya dia tidak berkawan dgn org yg salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila anak dah naik remaja,kawan-kawanlah yang banyak pengaru sama ada ke arah baik atau sebaliknya..sebab tu kita kena pantaukan mama..dengan sape diorang berkawan..

      Delete
  3. sy pun selalu kenalkan dkt parent siapa kwn2 saya..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...