Cabaran sangat besar apabila anda mempunyai taska sendiri.Berat tanggungjawab yang perlu dipikul.Tidak boleh lepas tangan sahaja dengan amanah yang diberi ibubapa.
Aktiviti untuk melihat dan memantau perkembangan kanak-kanak inilah yang membezakan penjagaan di taska.
Seawal usia 3 tahun kanak-kanak suka bertanya dan mencuba segala yang dilihat di sekelilingnya.
Jadi bila aktiviti memasak dilakukan,kita pantau dan ajar anak-anak mengikuti langkah demi langkah memasak sesuatu makanan.
Setiap kali mengajar kita selitkan bahaya tentang pisau tajam,kuali panas dan sebagainya.Kanak-kanak mudah faham.
Semoga ibubapa di luar sana jangan risau untuk dedahkan anak-anak suasana memasak di dapur.Memang hasilnya mungkin lambat dan tidak memuaskan...kena ingat kita bukan mahu hasilnya kita mahu anak kita faham kaedahnya.
Bye,jumpa lagi
Pesanan:Otak kanak-kanak menyerap segala apa yang diajar oleh orang tuanya.
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Monday, October 27, 2014
Friday, May 31, 2013
Aktiviti anak-anak-buat coklat sendiri
Cuti sekolah,selain buat kerja sekolah yang menimbun cikgu bagi tu,saya bagi peluang anak-anak relax sikit kita buat aktiviti.
Aktiviti ni memang semua anak-anak suka.Senang pun senang.Makan pun sedap.
Kita buat coklat sendiri....
Anak-anak teruja tau!
Beli coklat bar-milk chocolate compound....cairkan dan masukkan ke acuan,bentukkan.Semudah ABC....
Nak kreatif lagi letak inti blueberry di tengah-tengah coklat tu.Bila kita gigit terasalah rasa filling blueberry tu.Puas hati.Banyak dapat.Makan pun tak habis.Sebab cepat muak.
Amacam?okaylah tu kan.Saya suka sebenarnya kalau cikgu bagi banyak kerja sekolah kat diorang ni.Taklah melangok je keje diaorang ni.
Pesanan:Hari biasa 4 pot nasi okay dah,cuti sekolah semua ada 7 pot pun kadang-kadang ngam-ngam je...Fuh!!!

Sunday, June 17, 2012
Kenal kawan anak kita
Kadang-kadang sebagai ibubapa yang sibuk,pasti ramai yang tidak kenal dengan siapa anak kita berkawan.Saya pun tidak terkecuali.
Anak saya Aisyah yang bersekolah asrama jauh dari kami,tidak sempat untk mengenali siapa kawan-kawannya.Lagipun pada awal persekolahannya,dia sendiri masih belum mengenali kawan-kawanya,apatah lagi dia berada sangat jauh dari sekolah lamanya(KualaLipis ke Kelantan).Sekarang sudah lebih 6 bulan bersekolah,dia sudah ada kawan yang baik.
Mungkin masa diperlukan untuk mengenali kawan-kawannya.Berdasarkan ceritanya yang lalu,dia sering bercerita ada kawan yang begitulah,beginilah,jadi sebagai jalan penyelesaiannya,saya memberikan nasihat dengan siapa dia harus berkawan dan dengan siapa dia harus menjauhinya.
Saya guna perkataan menjauhi bukan jangan berkawan,supaya dia tidak salah faham.Takut dia langsung tak bertegur dengan kawan yang saya suruh jauhi itu.Namun saya pasti dia memahaminya.
Baru-baru ini saya ke Kelantan,dan inilah baru saya berjumpa dengan kawan baiknya.Dan saya sangat puas hati setakat ini bila melihat sendiri,bagaimana dia berinteraksi dengan kawan-kawannya itu.Juga bagaimana kawan-kawannya berinteraksi dengan kami sebagai ibubapa Aisyah.
Semoga mereka semua menjadi anak yang baik dan solehah.Doa saya kepada mereka semua.
Jadi anda sebagai ibubapa sudah kenal kah siapa kawan-kawan anak anda?
Pesanan:Aisyah anak ke 2,yang kini sudah boleh berdikari.
Tuesday, December 06, 2011
Saya mengasuh anak buah pula...
Memang minggu cuti sekolah masa saya penuh dengan aktiviti.Sekarang saya di Bangi rumah iadiksaya mengasuh anak-anaknya sementara mereka keluar bekerja.
Pasti ramai tertanya mengapa saya sanggup ke rumahnya di Bangi semata-mata untuk menjaga anaknya.Sebenarnya suami saya juga ke Kuala Lumpur menjadi pemeriksa kertas budak SPM.Di kesempatan itulah saya rela juga datang ke sini.
Hmm...rupanya menjaga anak buah tidak sama seperti saya menjaga anak orang lain.Lagi pula kesemua anak adik saya lelaki!Saya yang sendiripun mempunyai 6 orang anak tidaklah rasa sesukar ini.Mungkin kerana saya biasa dengan anak-anak perempuan yang tidak selasak anak lelaki.Ada anak lelaki seorang pun,dia sudah remaja.Tak sama kan.
Ini untuk bulan ni je,sementara dia dapat maid baru...
Pesanan:Hari ni baru hari pertama...ada 3 minggu lagi..waaa

Sunday, October 30, 2011
Punca-punca kekalahan mereka
Sesi bergambar sebelum perlawanan
Anak panah kuning (itulah lawannya)
Nak buat macam mana,kalau dah kalah tu cakap lah apa pun...kalah tetap kalah.Janganlah menuding jari pada orang tu lah orang ni lah.Salahkan diri sendiri?Pun tak boleh juga.Habis tu?Kena ingat satu perkara ni je.Apa-apa perlawananpun pasti ada yang kalah pasti ada yang menang.Kalau semuanya nak menang,siapa nak kalah?
Ini adalah antara punca kekalahan pasukan Red 13 dengan sebuah pasukan lain pada perlawanan futsal yang diadakan di Karnival Lipis baru-baru ni.Sila ruju entry ini.
1.Mereka berlawan dengan peserta yang lebih tua atau lebih besar daripada mereka.
(Umur 13 tahun main dengan budak 20an,habis camne?)
2.Padang lecak akibat hujan.(wah nak salahkan cuaca pulak ye)
3.Baju jersi baru siap dicetak sehari sebelum perlawanan(Eh? ada kena mengena ke?)
4.Latihan baru 1 kali je.(ulang balik 1 kali je)
5.Pengurus pasukan tak bertauliah.(eh?tak bertauliah patut pun kalah)
Cukuplah tu.nanti lebih-lebih saya senaraikan kecik lak hati anak teruna saya.Saya siap bawa pasukan sorak lagi tau(anak-anak) nak beri semangat pada mereka sepasukan.
He he he...tapi apa-apa pun kamulah juara di hati umi masing-masing kan?Okay lahtu, bak kata seorang anak muda tu,pengalaman itu yang penting!Betul (3x)
Pesanan:ayuh bangkit anakku!kamu boleh!Maaflah kalau korang ingat saya cerita pasal bolasepak semalam.(Tganu vs N9)...
Monday, June 27, 2011
Aktiviti ahad dan Siti Nurhaliza
Semalam ada acara meriah di Kuala Lipis.Saya jadi 'ter' jemput sekali untuk memeriahkan acara futsal antara tabika-tabika perpaduan seluruh daerah Lipis.Bayangkan budak-budak tabika berumur 5 dan 6 tahun bermain futsal.Pening kepala cikgu-cikgu diorang nak beri arahan jangan golkan bola ke gol sendiri.Agak-agak diorang dengar tak arahan?Rugi akak lipislady tak datang.Tapi katanya sibuk dengan tempahan bahulu.
Tapi yang pasti bukan acara itu yang saya nak 'highlight'kan.Tapi ada 2 perkara.Satu saya ambil kesempatan untuk buka gerai di sana.He he he...Menjual kuih,air dan pastinya cupcake saya.Yang ke 2 Siti Nurhaliza datang ke Kuala Lipis.He he he lagi..Apa yang berlaku? Kita teruskan dengan perkara pertama dahulu.Kita bercerita melalui gambar.Ini dia gerai saya.Ada sesiapa yang perasan tak semalam?
Yang penting semua happy!
Okay..okay mana perkara ke 2...Tentang kedatangan Siti Nurhaliza kan?..Apa kata tunggu entry seterusnya.Mungkin saya akan masukkan esok.Jadi tungguuuuu...
Pesanan: Seronok bila melihat hasil jualan habis....

Pemandangan dari arah belakang gerai saya...
Pagi-pagi lagi ni,sedang mengira kuih-muih yang dijual...cukup ke tak ni??Kalau pandai cari mana cupcake saya.
Sedang kusyuk menyusun kuih-muih...tak tahu gambar diambil...(ye ke?)Kelihatan muffin didalam tupperware.
Gambar bonus!Kelihatan guru sedang beri arahan kepada anak muridnya dalam pertandingan futsal..(satu gambar je cukup,tak boleh lebih-lebih..ini blog saya...he he he)
Yang penting semua happy!
Okay..okay mana perkara ke 2...Tentang kedatangan Siti Nurhaliza kan?..Apa kata tunggu entry seterusnya.Mungkin saya akan masukkan esok.Jadi tungguuuuu...
Pesanan: Seronok bila melihat hasil jualan habis....
Labels:
Aktiviti,
Artis,
Gerai,
Masyarakat,
Siti Nurhaliza
Subscribe to:
Posts (Atom)