Inilah rupanya roti canai yang berharga RM0.50 sekeping.Tak percaya!Mesti percaya.Zaman sekarang ni nak beroleh barang yang murah memang susah.Kena 'explore' baru jumpa.Kena pusing-pusing,jalan-jalan,tanya harga ,kena pada tempatnya jumpalah harga murah.Tapi awas!Bila harga murah ni satu je kena hati-hati,jangan percaya jika tidak mencuba.Betul kan.Setakat tengok harga murah,kalau rasa tak padan,baik tak yah beli kan.
Satu pagi,saya berjalan-jalan di sekitar pasar basah Pengkalan Chepa,hajat di hati untuk mencari sarapan.Saya terpandang satu gerai yang menjual roti canai di tepi jalan.Betul-betul di hadapan sebuah kedai menjual barangan 'SINGER'.Saya cuba dekati dan lihat papan tanda harga.2 keping RM1.00.Jadi sekeping RM0.50 lah kan.Roti Telur 3 keping RM2.70.Malas nak bertanya,cuba beli.
"Kak,roti canai kosong RM6."(dalam hati berkira-kira ,mesti dapat 12 keping).
Sengaja tak nak sebut berapa keping.Sebab keping tu akan saya kira di rumah nanti.He he he.Apabila sampai di rumah,saya membilangnya.Betul seperti kiraan saya,ada 12 keping roti canai.Tak percaya!Percayalah!
Ahli keluarga ada 8 orang.Memang cukuplah.Kenyang.Rasa rotinya pun seperti roti canai biasa yang dijual RM1 sekeping.Boleh berjimat ni sarapan pagi.
Kalau berjalan di Pengkalan Chepa,Kelantan,carilah roti canai RM0.50 sekeping.Kuih di pasar tu pun 4 biji RM1.Masih lagi murah.
Pesanan:Kalau tinggal di D'Family Homestay Pengkalan Chepa,boleh nikmatinya sendiri...he he he siap promote lagi homestayku.
masih tertanya2 kenapa di klate makanan murah ?? sedangkan barang2 runvit untuk buat kuih muih semuanya harga sama..kat sini jangan harap nak dapat harga 50sen.. air kosong kat mamak jer mampu beli ngan harga tu kak ;p
ReplyDeletebukan sahaja murah,banyak pilihan...betul ke air kosong kat mamak 50sen..mahallah kalau gitu..
Deleteorg meniaga kalau betul2 kira modal mesti ley jual lagi murah tp zaman skrg org duk kejar untung je. pikir kt pun susah nak masak sendiri byr je la even mahal. hehe best la dapat makan murah . mesti sedap roti canai tu
ReplyDeleteitulah nak untung banyak dan cepat...tapi roti canai tu tak de beza pun dengan yang biasa saya makan harga RM1 sekeping..
DeleteBeruntunglah kalau dapat yg murah tapi kakak rasa penjual tu sambil berniaga nak juga pahala sebab tu tak nak untung banyak-banyak...
ReplyDeleteye lah agaknya..untung sikit dan balik modal dah cukup agaknya..
Deletejarang jumpa roti canai rega 0.50 sen...kalau ada nipis je
ReplyDeleteini tak nipis..macam roti biasa tu lah..cuma mungkin tak besar seperti kat kedai mamak tu..
Deleteehem masih murah harga roti canai kat sana kan.. :)
ReplyDeleteye mama..saya pun terkejut juga..ada juga yang jual murah roti canai ni..
Deletewah.. murah sungguh ni :-)
ReplyDeletemurah ni wei..kalau ini baru layak digelar kedai harga patut...
Deleteuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :'( rindu PC! nasi kukus haikal tu sedap... pastu segala kueh2 makanan kat pasar cabang 3... nasi ayam masak merah kat pasar... nasi tumpang.. huk2... rindu :"(
ReplyDeletewah dni...banjir dah blog kak ida ni...sabar le...nanti lepas bersalin boleh singgah PC...
Deletep/s:tak pernah lagi makan kat kedai nasi kukus haikal..sedap ye..nanti nak cubalah..
Nampaknya Dni dah rindu kampung halaman ;)
DeleteSabar ye Dni :)
Tak lama dah tu..
Salam...
ReplyDeletesaya nurul, blogger juga, dan pelajar phd...
dan saya direct to the point, boleh tak saya mohon akak untuk sebarkan survey saya (part of my phd task) untuk dapatkan maklumat trustworthiness antara blogger/ pembaca dengan maklumat di blog.
nanti boleh lah jenguk survey tu untuk makluman details dan jawab sekali soalan-soalan tersebut.. :)
saya mohon pertolongan dari akak. kalau sudi, kalau tak , saya terima seadanya..
ini link nya :
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?pli=1&formkey=dHhqRWdhNElrdDZCc1lxX2Vld1JoM1E6MQ#gid=0