Dah seminggu mereka berdua di rumah mak di KL,tiba masanya tinggal rumah tok ayah pula di Kelantan.Barulah adilkan.Jadi kebetulan abang saya nak balik rumah mertua di Benta,saya minta bawakan dua orang anak saya bersama.Jadi tak perlulah saya balik hingga ke Kuala Lumpur,letih dah duduk dalam kereta.
Sambil-sambil selepas kami selesai makan di Gua Musang sewaktu balik ke Kuala Lipis,saya sempat mengambil gambar langit yang gelap menandakan hujan lebat akan turun.
Ini pemandangan dari dalam kereta saya,langit yang gelapdi sebelah sana.
Ini pula kami semakin menghampiri langit gelap tersebut.Memang kami sudah jangka hujan lebat akan turun bila-bila masa sahaja,apabila melihat kereta-kereta sudah memasang lampu.
Lihat!Sesampai sahaja di tempat tersebut hujan pun turun selebat-lebatnya.Memang lebat beserta kilat sabung menyabung.Anak-anak ketika ini sudah lena diulit mimpi.
Hanya saya belum tidur menemankan suami memandu dalam keadaan tahap penglihatan yang terhad akibat hujan lebat ni.Kereta pun dipandu perlahan kerana tak nampak jalan.
Sangat cantik dan menakjubkan ciptaan Allah di langit dan di bumi.Cantik tiada bandingan tatkala saya mengambil gambar-gambar di langit.
Pesanan:Esok misi bertolak semulake Kelantan untuk meneruskan sedikit kerja-kerja peribadi yang belum selesai.
acap kelik ye kakk ^_^
ReplyDeleteurusan perniagaan...he he he..
DeleteSemalam saya balik dari Ktn ke KL, jammed gila vavi. Mcm nak balik raya dah gaya nya.
ReplyDeleteTapi masa otw nak masuk highway tu, sempat jugak menatap awan tebal yg sekali sekali ada cahaya kilat. Hiburan alam.
menakjubkan!
Deletetime cuaca macam ni kalo dalam perjalanan mmg sedap tido..
ReplyDeleteha'ah...tido pun sodap!
Deletekene hati2 bila hujan lebat macam nie....tengok langit tu memang pasti hujan..
ReplyDeletehujan lebat sila bawa perlahan kereta ....betul kan..
DeleteHujan lebat kan kak kt sana, time saya dtg KL khamis lepas pun hujan lebat gak, takut giler duk atas bus tu
ReplyDeleteoh kalau akak duk dalam bas waktu hujan lebat tak lena tidur,kejap-kejap nak tengok kat driver...
DeleteSubhanallah Ieda..ni lah sambil berjalan smbil memerhati kekuasaan tuhan..buat kita insaf..
ReplyDeleteEloklah Ieda x tidur,,sian En suami drive kan..lg pun kena tlg perhati sama..lebih2 lg dgn keadaan cuaca yg buruk mcm tu..Moga slmt smpai kedestinasi dan slmt pulang kermh semula..
ntah macam mana bila tengok kat langit rasa menakjubkan ketika itu...jarang nak perhatikan dengan teliti macam ni...tapi kak ida tertidur gak kadang-kadang,letih juga kak...
Deletedisini pun hujan..kalau guruh dilangit..orang kampung sini curahkan air dalam tempayan.hehe
ReplyDeletepakai tempayan lagi ke? he he he
Deletebila mendung n dh start angin kuat + guruh.. mulalah risau kalu duk kat luar lg... sbb tkt ujan turun lebat.. yela, tgh drive kan.. kdg2 sampai xnmpk jln..
ReplyDeletememang hujan lebat tak nampak jalan,sebab tu pemandu perlu memasang lampu untuk dijadikan panduan pemandu di hadapan atau di belakang.Masa ni janganlah kereta meragam,takde siapa nak berhenti tolong dalam hujan lebat ni.
DeleteSubhanaAllah, cantik sangat gambar awan masa mendung kan kak..
ReplyDeletePandai akak capture the moment :)
Cantikkan ciptaan Allah...kebetulan je nak amik gambar tu,sebab tengok cantik sangat keadaan waktu tu...
Deletesy suka tgk hujan turun. rasa kagum sgt dgn ciptaan Allah ni. xterjangkau dek fikiran mcm mane semua ni terjadi. hhu.
ReplyDeleteLagi best saat hujan turun separuh-separuh...waktu jalan kita tak hujan,masuk jalan satu lagi hujan,kemudian tak hujan balik...kan
Delete