Zaman sekarang ni nak sambut apa-apa pun meriah tau.Daripada bertunang,berkahwin sehingga dah dapat anak pun sambutan diberikan cukup meriah.Beruntunglah mereka yang diraikan itu.
Dulu-dulu,majlis pertunangan ringkas sahaja.Hanya sarung cincin di bilik yang dihiasi ringkas je.Mak mertua dan ipar duai yang akan masuk ke bilik bertunang tu.Tunang lelaki tak kelihatan ketika itu,ada setengahnya bekerja seperti biasa,ada pula hanya tunggu di luar rumah sahaja.Memang tak campur.
Sekarang ni majlis pertunangan,siap pelamin,siap bagi cenderahati lagi,kalau kat luar rumah tu,pasang khemah 2-3 buah.Meriah kan.Bab bergambar pula,tunang lelaki pun ada juga yang datang berpakaian sedondon dengan tunang perempuan.Sesetengahnya ada juga siap ambil gambar kat luar dari rumah seperti di taman-taman.
Ini contoh pelamin untuk pertunangan adik kawan saya.Tak perlu hias bilik.Ringkas tapi cantikkan.
Untuk perkahwinan pula,dah jarang orang guna dua kerusi.Semua dah pakai satu kerusi lebar seperti gambar di atas ni.pelamin pun hiasan tak lengkap kalau tak letak bunga jambang besar.Gambar blur,gambar anak saya.Malas nak bagi dia interframe.
Yang ini pula perkahwinan sepupu saya.Mereka juga menggunakan satu kerusi lebar.Merenjis-renjis lebih kurang,beri telur sebiji seorang dah selesai.Bunga masih menjadi pilihan.Memang tak cantik kalau tak letak bunga kan.
Yang ini pula majlis cukur rambut anak yang baru lahir.Majlis ini untuk anak sepupu saya.Buaian pun dah tak serupa buaian bila dah dihias cantik sebegini.Siap ada patung teddy bear tau kat bawah tu.Baby baru lahir ni peduli apa dengan hiasan tu kan,asalkan tidurnya jangan diganggu.Majlis seperti ni pun,ada juga pasang khemah di luar rumah ,cenderahati pun ada juga untuk para tetamu.Agaknya berapa kos buaian secantik ini?
Hmmm...beruntunglah mereka yang diraikan sebegini meriah.Memang anak-anak saya yang seramai 6 orang tu tak merasa langsung buaian berhias sebegini.Saya pun tak merasa alam pertunangan.Takpelah,tak kisah pun.Janji kami sekeluarga bahagia.Bagaimana dengan anda?
Pesanan:Makin canggih zaman itu makin canggih juga cara meraikan sesuatu.Tapi jangan lupa batasan dalam Islam.
a'aa skrg ni semuanya dah makin canggih kan..
ReplyDeletetahun2 akan datang tak tahu apa lagi nak ditambah..
Deletesekarang semuanya makin meriah..tgk la org bertunang pun ada pelamin mcm org kawin..dulu duk dlm bilik jer kan..pastu cukur jambul pun dh mcm majlis kawin..untung anak zaman le ni..
ReplyDeletebetul kan..tunang pun nak pakai duit banyak juga tu..
Deleteehem..zaman dah berubah..cantik2 kan pelamin tunang & persandingan & juga buaian baby tu.. :)bertuahnya mereka..
ReplyDeletebertuah kepada yang mampu mengadakannya kan mama..
DeleteHihi..samalaa kita, tak merasa la majlis tunang yang grand2 ni..memadai ada 4-5 dulang buat syarat dengan makan2 ringkas..anak2 saya yg dua orang tu pun takde pun majlis berendoi ke akikah ke cukur jambul ke yang siap lengkap pakej mcm kenduri kawin ni..apa nk buat budget mak pak depa limited..bersyukur la dgn apa yg ada..hihih..yg penting,hidup bahagia..tul tak?:)
ReplyDeletebudget tu yang penting kan...he he he
DeleteZaman sekarang semua meriah.. ;)
ReplyDeleteMacam Myra lebih suka masing2 1 kerusi, tak uska 1 kerusi lebar camni..heheee
ye lah MJ...
DeleteMj suka 2 kerusi ye...lagipun taklah lenguh badan tu kan..boleh bersandar...he he he
yup memang meriahhh kan sambutan org2 muda zaman skrg.. ;)
ReplyDeletetumpang gembira je lah saya mak dara..
Deletea ah..skarang./cukur jambul pon meriah dgn pelamin..n latest..rmai betul y niru style mat saleh wk baby shower..atau melayu lbh dikenali lenggang perut 7 bln..
ReplyDeletewah buat baby shower pulak ke..hmmm macam2..
DeleteAda bajet lebih boleh la buat itu ini...
ReplyDeletetak ada bajet jadi cam saya la....masih menanti keh3
eloklah bajet2 je...takut membazir je ...tak nak sampai berhutangkan..
Deleteperalihan zaman.. ada perubahan.
ReplyDeleteye betul..
DeleteSalam Ummiarissa.tkasih byk2 atas doa dan wish bday Syakirah.Syakirah dr baby mmg rambut lebat. skrg ni sambutan cukur jambul dan tunang dibuat meriah dg pelamin dan buai bagai...semuanya nampak cantik.
ReplyDeletewaalaikumsalam mamasya...yelah runsing saya anak tak tumbuh rambut panjang lagi walaupun dah 2 tahun..
Deletemajlis cukur jambul buat buai bagai,anak lah yang untung,..he he he
Zaman dah berubah .. skrg bnyak yg membazir kan..
ReplyDeleteitulah diharapkan jangan sampai membazir jika nak buat majlis sebegini...
Deletezaman skng dgn dulu sgt berbeza. yg penting kesucian agama di jaga :)
ReplyDeletebuat lah apa saja majlis...tapi ikut tuntutan agama kan..
Deletebuat majlis tu xsalahkan kalau mampu...cuma jangan ada perasaan riak dan bangga diri dalam diri tu kan :)
ReplyDeleteye lah...berpada-padalah...biar sesuai dengan kemampuan..kalau nak menunjuk,dah niat lain tu..
Delete