Monday, June 11, 2012
Daging Goreng Kacang Buncis
Tengah hari ni masak apa?Dah kehabisan idea ke nak memasak.Bagi surirumah sepenuh masa seperti saya memanglah kalau hari-hari masak,mesti menung memikirkan menu apa nak masak pula hari esoknya.
Saya kalau nak cepat,masak menu yang senang tapi sedap.Inilah menu segera saya kalau saya malas nak masak.Iaitu Daging Goreng Kacang Buncis.
Ramai yang dah tahu resepinya,tapi apa kata saya kongsi untuk yang tak tahu.
Bahan-bahannya:
Daging semangkuk kecil
Bawang besar (dihiris bulat)
Kacang Buncis (dihiris serong)
Cili merah (dihiris serong)
Minyak,garam dan serbuk kunyit
Cara memasaknya:
1.Panaskan kuali,masukkan daging hiris.Biar air daging kering.(dikacau sekali sekala).
2.Setelah air daging kering,masukkan minyak sedikit,goreng daging tadi.
3.Masukkan bawang hiris,kacang buncis dan cili merah.Kacau lagi sebati.Goreng hingga sayur masak.
4.Masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.Kacau lagi.Angkat.
Sudah sedia untuk dihidang.Mudahkan.Makan dengan nasi panas-panas.tak perlu lauk lain dah.
Selamat Mencuba.
Pesanan:Ni resepi paling mudah dan ringkas bagi saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ish lama tak buat resepi nie...tq berkongsi resepi..
ReplyDeleteni resepi untuk sesiapa yang dah malas nak masak..main campak2 je he he he
Deletekacang buncis best!semalam baru makan..sedap!
ReplyDeletekacang buncis masak apa tu?kalau goreng sambal pun sedap tau ,kemudian pecahkan telur sedap tau...
Deleteteringat kat mak kat kampung tengok menu akak nie :)
ReplyDeleteala ye ke Dkna...sampai teringat-ingat pulak..
Deleteassalam UA..ehem..kat klang ni ada satu kedai nasi kerabu anta lauknya daging goreng buncis..hari2 mama makan nasi kerabu dgn lauk ni..tak jemu..hu2x..thanks share resepi ni..
ReplyDeletewaalaikumsalam mama...saya lebih suka kacang buncis dari kacang panjang..sedapkan mama..
Deletemkn dgn nasi panas2 mmg sedap kak :-)
ReplyDeletebetul tu Ina memang sedap...anak saya pula suka makan berkuahkan minyak tu..tak boleh bagi selalu tak baik untuk kesihatan..
DeleteYe..confirm sedap ni. Daging tu kalau empuk lagi la bertambah sedap.
ReplyDeletepotong nipis goreng garing pun sedap
Delete