Disebabkan dia pun tak tahu kat mana nak belanja kami makan,suami(abang dialah tu)ajaklah makan kat sebuah restoran ni.Saya suka nama restoran ni.Namanya Restoran Slera Puok Kito,terletak di Padang Tembak,Kelantan,Maknanya restoran selera orang-orang Kelantanlah tu.
Waktu singgah sini,memang ramai orang di dalam walaupun disediakn tempat makan di luar restoran.Rupanya geng-geng lelaki sedang tengok perlawanan bola antara Malaysia dan Filipina.Jadi hasrat saya nak menikmati angin kat luar restoran terbantut,bila suami ajak makan didalam.
Part order makananlah saya paling menyampah ngan anak-anak saya.Asyik order nasi goreng je.Order lah makanan lain.Nasi gorengkan biasa je.
Tapi yang penting,harus bergambar dengan makanan...
Saya mesti order yang kaw-kaw punya.Char Kuey Teow Biasa.Kaw tak?Sebenar ada seekor je udang,tapi sebab resdung,saya bagi kat anak udang tu.
Yang lelaki sibuk menonton bola.Ada saya kisah?Saya makan jelah dulu dengan anak-anak.Bersorak kuat juga diorang tu.
Apa yang dapat saya katakan di sini,rakyat Kelantan sangat berbangga dengan bahasa ibunda mereka (loghat),jadi apa salannya mereka gunakan untuk diabadikan di restoran diorang kan.Memang bestlah!
Pesanan:Adik ipar tidak mahu gambarnya diambil kerana takut ramai yang suruh dia belanja makan pulak.he he he...
Saya pun suka char kue tiaw. Cuma masalahnya biasanya portion utk sepinggan tu sikit sgt. Tak cukup. Hahaha.
ReplyDeleteTapi yang ni banyak..kenyanglah makan.
Deleteair bandung tu nampak menarik sangat la akak..
ReplyDeleteSpecial tu...ada laici...
Deletepadang tembak tu kat area mane kak? sy ni nama je org kelantan tp xtau pun. huhu.
ReplyDeleteKalau tak silap dekat dengan kilang Rhom Wako...ataupun dekat dengan tempat ujian memandu...ala senang je cari..
Delete