Saya nak kongsikan hasil tangan jiran saya yang suka sangat berkebun.Saya pula dah lama tak menjenguk kebunnya.Rupanya dah macam-macam lagi tambahan pokok yang telah ditanam oleh jiran saya.
Antaranya pokok betik ini.Terkejut saya bila melihat buahnya yang lebat dan bentuk buahnya lebih panjang dan besar dari betik yang biasa.
Lihat lebatnya buah yang ada di pokok betik inikan?Menurut jiran saya buah yang banyak dan lebat ni hasil dia membajanya sentiasa.Ianya mengambil masa setahun untuk pokok ini besar dan menghasilkan buah seperti ini.
Pokok buah ini sangat rendah,tidak tinggi seperti pokok yang lain.Menurutnya lagi,antara semua buah ni hanya 1-2 biji sahaja yang mepunyai biji buah didalam.Sedangkan yang lain tidak mempunyai biji.Kalaupun ada biji pun sekadar 5-6 biji sahaja.
Akibat buahnya yang lebat dan besar,pokok ni terpaksa disandarkan dengan sebatang kayu besar,agar pokok ni tidak tumbang.
Agak unik lagi lihat warna ungu yang berada di setiap batang-batangnya.Buah yangkecil di atas itu sepatutnya dikerat sewaktu ianya kecil agar tidak memudaratkan buah-buah yang dibawahnya yang sedang membesar.
Seperti biasa buah ni akan bertukar kuning jika ia sudah masak.Rasa buahnya pun seperti rasa seperti buah betik yang lain,cuma manisnya banyak terdapat di bahagian atas buah sebaliknya di bawahnya.
Saya masih belum berpeluang untuk merasa hasil buah yang sudah masak ni.Mungkin ada rezeki saya dapatlah saya merasa.Jiran saya ni lah yang selalu memberi jiran-jiran hasil tanamanya seperti sayur,cili api dan ubi.Semua tu saya dah dapat.Beruntungkan dapat jiran yang rajin menanam seperti beliau.
Pesanan: Menurut katanya sudah ramai yang meminta benih buah ni,namun sukar juga untuk mendapatkannya.
Salam,
ReplyDeleteMenjadi sungguh buah betik tu...Itulah hasilnya bila rajin dan berbudi dgn tanah. Hasilnya pula di kongsi bersama2 jiran...bertambah pula amal jariah.
Contoh terbaik buat kita semua.
walkmsalm...
Deletebetul2 menjadi semua jenis tanamannya...dia memang suka berkongsi hasil tanamannya kepada jiran-jiran..beruntungkan..
memang lain dari lain..lebat dan panjang2. biji pun kurang..
ReplyDeletespesis apa agaknya ya.
apa nama spesiesnya saya tak tanya pula...tapi benihnya diambil di satu tempat...
Deletekalau kt tmpat saya betik ni dipanggil betik sawa
Deleteberbudi pada tanah.. hasilnya juga menjadi
ReplyDeletetangan dia memang sejuk...menjadi je...
Deletememang lebat buahnya...
ReplyDeletetak sabar nak tunggu ia masak he..he..
betul...makan sebiji tu pun dah kenyang sangat2...
Deletememang unik..buahnya besar dan panjang plak tu..nie semua kuasa allah..:-)
ReplyDeleteseronok tengok buah lebat dan besar tu kan..
DeleteLebatnya berbuah...
ReplyDeleteSubur pokoknya :D
kawasan tu pun sesuai sangat
DeleteMak punya betik pun bentuk mcm ni mcm ni dan lebat..
ReplyDeleteBetik yang berbatang ungu ni, berkhasiat untuk penyakit vertigo
ReplyDeleteBetik yang berbatang ungu ni, berkhasiat untuk penyakit vertigo
ReplyDeleteBoleh tau nama spesis betik nie...sebab mmg sukar nk dpt benihnya
Delete