Tuesday, March 05, 2013

Bersyukur kerana mereka memahami

Masalah yang sering saya hadapi di kediaman saya kawasan Benta ini adalah bila air tiba-tiba tiada tanpa sebarang notis.Kemudian bila dapat tahu air tiada kerana kerja-kerja pembaikan dilakukan,saya rasa kesal apabila bantuan air tiada.

Penghuni di sini lebih dari 500 orang pasti semuanya terpaksa berjimat-jimat menggunakan air.Namun demikian ianya tidak bertahan lama,apabila telah ramai penghuni mulai resah apabila air ditakung berkurangan apatah lagi air di tangki langsung kosong.

Saya lagi risau apabila terpaksa lebih berjimat kerana saya menjaga anak-anak cikgu di sini.Pasti saya perlukan air yang lebih untuk membasuh,memasak,membuat air susu dan mandi anak-anak itu.

Tetapi Alhamdulillah,seperti mengerti kerisauan saya,seorang demi seorang ibu-ibu anak-anak tersebut menghulurkan air sebotol seorang.Jadi cukuplah untuk sementara air itu digunakan untuk keperluan anak-anak mereka.

Memang sangat bermasalah apabila air tiada,saya rela pula tiada api daripada tiada air.Semoga cepatlah kerja-kerja pembaikan dilakukan.Maklumlah hujan mungkin menyebabkan kerja-kerja mereka tergendala.

Pesanan:Ada juga jiran pergi mandi di R&R Benta ,pagi-pagi lagi dah ke sana.

12 comments:

  1. Salam,
    Bagus ibubapa...prihatin masalah penjaga.
    Insyaallah...xlama lagi selesailah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah bila tidak berkira sangat...sering membantu

      Delete
  2. Kalau dapat yg memahami senanglah sikit
    Betul jaga budak memerlukan utk menggunakan air yg lebih..

    ReplyDelete
  3. biar tak api, jangan tak ada air...
    susahnya kasihan kat anak - anak......

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde api,kalau panas,boleh kipas dengan buku ke,kertas ke kan...takde air,tak boleh buat apa langsung..

      Delete
  4. Itu pun balasan sebab ummiarissa pun baik terhadap anak mereka. Sebotol tu besar mana? Cukup ke sebotol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang beri 5 liter,ada 2 liter ada juga 1 liter,cukuplah untuk buat susu mereka...mandi-mandi tu masih boleh lagi dengan air yang ada...

      Delete
  5. syukur ada yg memahami..kita hidup berjiran nie kena saling tolong menolong..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...jiran yang hantar anak diorang je lah...hehehe

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...