Thursday, March 07, 2013

Ini puncanya bekalan air terputus

Saya ada membuat satu entry tentang kesusahan tiada air sementara yang ditanggung oleh penduduk kuarters saya ni.Boleh rujuk entry INI.

Akhirnya terjawab juga.Apabila penduduk di sini memberitahu terjadi satu runtuhan jalan yang menghubungkan tempat tinggal kami menuju ke Bandar Benta.Ini terjadi kerana hujan lebat yang turun beberapa hari yang lalu.

Pusat Serenti Benta,Ladang Benta dan Kuarters Guru Benta menggunakan jalan ini untuk ke bandar Benta,terpaksa mengikut jalan yang jauh sedikit,iaitu jalan besar laluan utama KL-Kelantan.

Ingin melihat sendiri keadaan itu,saya mengajak suami untuk mengambil gambar ditempat kejadian.
Ini hasilnya:


Jalan sudah ditutup.Namun motor masih boleh melalui jalan ini.


Saya dan suami meninjau keadaan lagaknya macam YB pulak heheheNi kalau malam-malam mau jatuh juga kereta dalam lubang ni.Maklumlah jalan raya tiada lampu.


Lihat betapa dalamnya runtuhan tersebut,


Kalau lihat betul-betul,di situ ada saluran paip air besar.Bila dah tak bersambung,terputuslah bekalan air.


Jadi mereka membuat sambungan sementara menggunakan saluran berwarna hitam tu.Dapatlah bekalan air semula.

Tanda-tanda keretakan jalan kelihatan.

Saya meramalkan lambat lagi untuk penduduk sekitar dapat menggunakan semula jalan ini,bila lihat lubang yang besar tu,mungkin mengambil masa yang lama untuk dibaiki semula.

Pesanan:Lihat sendiri dan nilaikan sendiri lebih baik dari hanya mendengar bualan orang sahaja.


14 comments:

  1. semoga masalah ni dapat diatasi dan diselesaikan dengan segera...

    ReplyDelete
  2. Saifuddin Nasution ‏@saifnasution
    Lawyer ibrahim ali natisha zainol rashid beritahu mahkamah,ibrahim nak minta maaf tp tak hadir ..21mac depan dia boleh mai dan minta maaf!
    Expand Reply Retweet Favorite More

    Mar 5 Saifuddin Nasution ‏@saifnasution
    Haha panjang cerita ni ..senang cerita dsai menang saman utusan,perkasa pula serang hakim"@Fairulnz: @saifnasution yb, dsai saman padai apa?
    Expand
    Mar 5 Saifuddin Nasution ‏@saifnasution
    Kes anwar saman presiden perkasa,lawyer ibrahim ali beritahu mahkamah yg anak guamnya nak minta maaf ..21mac tarikh committal proceeding!
    Expand

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Bencana alam tidak di jangka.
    Semoga pihak berwajib segera memperbaikinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap begitulah...jangan tak jenguk pulakkan..

      Delete
  4. ngeri tengok lubang dalam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak tutup jalan tu banyak dah kena masuk lubang tu..

      Delete
  5. assalamualaikum ... dah dekat pr13 nih , benda cam ni pun boleh jadi agenda besar ... tapi klu leh settle sblm pr13 ... mmg marveles lah ... heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...begitulah...sejak akhir-akhir ni macam-macam lak nak jadi...

      Delete
  6. wah....teruknya....biar takder api jangan takder air...azab....

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sudi singgah dan tinggal jejak

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...