Ramai nampaknya kalau ketika mereka kecil.Memang nampak sorang situ,sorang sana,sebab lahir rapat-rapat.Tapi tu waktu kecil.Tapi bila dah besar,tak nampak mana ramainya anak tu.Kalau sorang kat bilik,sorang kat dapur,2-3 orang main luar,macam tak ramai kan.
Semua bersekolah kecuali yang bongsu.Maknanya 5 orang bersekolah.Daripada 5 orang tu,3 orang tinggal di asrama,Seorang di Kota Bharu,Kelantan dan 2 orang di Kuala Lipis,Pahang.Daripada 5 bersekolah tu,2 sekolah menengah selebihnya sekolah rendah.
Tinggallah 3 beradik perempuan.2 orang bersekolah seorang tinggal bermanja dengan saya dirumah.Kalau semua bersekolah,tinggal saya berdua je dengan si bongsu,sunyi tau.Sebab tu saya jadi pengasuh.Ada lah rakan untuk bermain dengan anak saya.hehehe..
Jadi mana ramainya?Cuti sekolahlah baru dapat berkumpul sekali.Sekali sekala kami pergi bercuti.Banyak kerja berat ringan bila sama-sama membantu.Untung tak ramai anak?
Pesanan:Kena standby beli lauk banyak kalau semua dah balik,biasa masak sikit bila tak ramai.
teringin juga nak anak ramai...
ReplyDeleteInsya Allah boleh...hehehe
DeleteMemang seronok kalau anak ramai terutama bila semuanya berkumpul. Bertuah Ummi...Merekalah nanti menjadi penyambung amal di alam barzakh nanti.
ReplyDeletep/s: Dah 8thn masih belum ada rezeki.
seronok ..macam2 ragam setiap anak...saya selalu berdoa agar anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah...Amin!
Deletep/s:saya harap anda tidak cepat putus asa...ada hikmah disebalik kejadian..
yang sedihnya bila anak ramai ni bila keluar makan dengan rakan tau famili...pernah dengar orang cakap...anak dia yang makan banyak dialah bayar lebih...sangat kecil
ReplyDeleteyang gembiranya bila anak2 dah besar2 memang tak terasa kita punyai anak ramai...macam saya 5 orang...tahun depan semua dah sekolah
satu lagi kerja kita jadi ringan dengan bantuan dari mereka......
hmmm saya pun pernah rasa begitu,sebab itu kadang2 jarang saya bawa semua anak2 ke satu2 majlis..tapi yang peliknya...anak2 waktu kecil disisih,bila dah besar semua sibuk nak pinjam sebab suruh bantu buat sesuatu...
Deleteseronok sebab dah besar2 , umi suri rumah ke ? siap ada anak asuhan lg tu .. memang penyabar ni ...
ReplyDeleteha'ah,saya surirumah..seronokkan bila semua dah besar..tiba-tiba rindu kat baby.heheheh
DeleteNak tambah lg bg jd 4 belum ada rezeki :)
ReplyDeletetambah je
Deleteassalamualaikum ... anak akak saya ada 5 org . bila berkumpul tgk tv , tak ramai pun ... berbanding ngan saya 9 beradik ... heheheee
ReplyDeletewalaikumsalam....sikit je kan...bukan ramai pun kan...
Deletesaya 3 org jer..boleh tahan ye 6 org..nanti dh besar2 sng..
ReplyDeletesedang proses membesar...senang dah sikit sekarang ni
Deletekalau 6 memang orang kata ramai sebab adik beradik saya 5jer... tp betoi dah beso2ni memang rasa tak ramai//
ReplyDeletebalik dari asrama nanti meriahler rumahkan...
ni semua dah ada dirumah...situasi sekarang 2 orang tidur,1 orang di luar bermain,2 orang sedang tonton TV,1 orang dalam bilik...hehehehe
Deletedulu saya dan suami bercita-cita nak 10 anak tapi Allah beri 2 saja. syukurlah dari takde langsung. ada hikmahnya jugakan.
ReplyDeletebonda saya ada 11 anak. saya ke2. dulu, waktu sekolah saya malu bagitau saya ada 9 adik, orang mesti gelak@geleng kepala. sekarang..saya bangga beritahu saya ada 9 adik dan 7 ipar sebab orang akan kata.."bestnya keluarga ramai"..heee
Alhamdulillah ada juga anak penyambung zuriat....seronokkan keluarga ramai...
DeleteUntungnya anak ramai...murah rezeki tu
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSuka bila ramai adik beradik.saya pun cuma 6 beradik and betul kata umi,x ramai sbnrnya 6 org ni kan?harap2 saya pun berpeluang ramai anak mcm umi..salam perkenalan umi
ReplyDeleteseronokbila semua dapat berkumpul bersama kan...harap2 dapatlahye ramai anak
Deletesy kan, mmg nak anak ramai kalau boleh minimum 4.. bkn pe, saya pikir.. bila saya dah tua nanti n bila ank2 semua dah besar2 nanti.. sekarang mmg nampak susah.. tapi sennagnya bila kita dah tua..
ReplyDeleteboleh je ina...usaha yang penting ..hehehehe
Deletekecil2 ramai..bila dah besar semakin ramai tinggalkan rumah utk mencari ilmu..hu2x..
ReplyDeletebetul tu mama...riuh jadi sunyi...
Deletesaya pon nak anak ramai kalau ada rezeki kakak :) tapi kesian jugak ngan isteri.kena fikirkan untuk dia jugak :)
ReplyDeleteAla zal...ramaikanlah anak...rezeki anak sentiasa ada,jangan bimbang.Kalau kesian kat isteri,bantulah sama jaga anak.Ringanlah sikit kerja isteri...
Deleteassalamualaikum ida...kalau mama x kisah...tapi kalau ramai mmg riuh ...:)
ReplyDeletewalaikumsalam mama..
Deletememang riuh anak ramai ni...dah besar lain lak cara riuhnya..
munna pun teringin nak anak ramai.... tapi rezeki baru dua je....... dlm perancangan menambah lagi ni....
ReplyDeletemasih muda,masih boleh ditambah...Insya Allah rezeki Allah yang beri...
Deleteteringin juga anak ramai.... hihi... tengok org anak ramai meriah je....jelosss
ReplyDeletehehehe...boleh je...ada rezeki ada lah...
DeleteAssalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
ReplyDeleteSemanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj
terima kasih atas info ini
DeleteEkin pun seronok untuk punyai anak ramai,..Paling yang diidamkan sekarang ni 8 orang paling ramai,.Kalau ada rezeki,,Inshaallah,,lebih dari 8 orang..Setakat ni dah nak masuk 5 orang,.Lagi sorang akan dilahirkan tahun depan 2015,.inshaallah..
ReplyDeleteJemput ke blog ekinazhari BlogSpot.com
Alhamdulillah...murah rezeki ekin
Delete