Tuesday, March 19, 2013

Tip Panjang Umur

Semua orang nak panjang umur.Banyak alasan kenapa semua nak panjang umur.Antaranya nak lihat anak-anak membesar,berkahwin,nak banyakkan lagi amal ibadah,nak cari pahala banyak-banyak dan banyak lagi.

Ibn hajar juga menyebut tentang satu hadis;ketika mana disebut hadis berikut di hadapan Rasulullah SAW: "Sesiapa yang ingin dikemudiankan ajalnya (dipanjangkan umurnya) dan diluaskan rezekinya,maka hendaklah dia bersilaturrahim." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a.) maka Rasulullah SAW bersabda : "ia bukan bermaksud dilewatkan ajal,tetapi ia bermaksud seseorang lelaki diberikan zuriat yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya selepas kematiannya." (Riwayat at-Tabarani)

Jadi sesiapa yang mahu umurnya 'panjang' (umur maknawi),maka hendaklah:


  • Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu yang diperoleh itu kepada orang lain,secara lisan atau tulisan
  • Banyakkan sedekah jariah iaitu bentuk sedekah yang orang boleh manfaatkan untuk tempoh yang panjang,seperti sedekah untuk kerja membina atau membaiki sekolah,madrasah,masjid,jambatan,jalan ,tandas awam dan seumpamanya.
  • Didik anak-anak menjadi soleh dan solehah.Dengan kesolehan mereka,Insya-Allah mereka akan selalu berdoa untuk kedua-dua orang tua.Mereka juga akan rajin menyedekahkan pahala amalan kepada orang tua yang sudah meninggal dunia.
Di sini,'umur maknawi' si hamba itu Allah panjangkan walaupun umur kalendar atau umur biologinya telah sampai ke garis penamat.Dengan kata lain ,allah memberkati umurnya hingga umur itu menjadi panjang walaupun singkat.

Sumber:Majalah Anis Ogos 2012.

Jadi bila Allah dah beri kita umur yang panjang janganlah kita mensia-siakan dengan membuat perkara yang boleh menambahkan dosa.Kita patut bersyukur dengan umur yang masih bersisa ini,Allah masih memberi peluang untuk kita membuat segala kebaikan untuk bekalan kita di sana nanti.

Pesanan: Peringatan untuk saya sendiri dan kawan-kawan...ingat kita manusia yang mudah lupa.

6 comments:

  1. Salam,
    Pagi yg penuh kesyukuran kerana di lanjutkan Allah lagi untuk hidup ketika ini. Dapat pula tips yg sgt berguna dari Puan...Alhamdulillah.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...dapat tips yang sangat baik pagi ni...

    ReplyDelete
  3. tq share this ye, sgt2 bermanafaat ni

    ReplyDelete
  4. assalam..singgah dan follow sini..ilmu yg sgt berguna..tq

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah..perlu dijadikan amalan..

    ReplyDelete
  6. Nice sharing kak :)

    Semoga menjadi amalan kita bersama ;D

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...