Showing posts with label Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Mengandung. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Ibu-ibu yang sudah ada tanda melahirkan...jangan abai solat...

Ada seorang pembaca majalah Anis bertanyakan soalan sebegini:

Soalan:

Saya telah dimasukkan ke hospital kerana tanda awal bersalin,air ketuban pecah diikuti darah selepas sehari.Tiga hari di wad sebelum induce,saya solat seperti biasa.Tetapi di sana,saya mendapati majoriti ibu mengandung yang sihat (belum sakit hendak bersalin) tidak mengerjakan solat.Apakah hukumnya ustazah?Saya keliru.Ada yang mengatakan apabila keluar darah tanda bersalin sudah tidak boleh solat,benarkah?

Jawapan:

Nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak.Darah yang keluar sebelum melahirkan anak satu,dua atau tiga hari sebelumnya merupakan tanda-tanda hampir melahirkan anak.Darah tersebut bukan darah nifas.Jadi apa yang puan lakukan itu adalah betul.

Ingat tu,kadang-kadang ramai yang keliru, mengatakan bila dah keluar tanda untuk melahirkan,semua dah mula tak solat.Sedangkan dia masih belum bersalin,duduk dalam wad biasa, boleh berjalan seperti biasa.kerana masih belum dimasukkan ke 'labour room'.

Jadi terpulang kepada kita untuk menyesuaikan keadaan jika masih boleh bersolat seperti biasa.Islam itu mudah,buatlah ikut kemampuan.

Pernah terjadi kepada saya,oleh kerana saya perlu dipantau dekat dengan jururawat sewaktu saya mengandung,tak boleh berjauhan dari jururawat,tak boleh tinggalkan katil,nak ke tandas perlu pembantu,saya pernah solat di atas katil wad (solat duduk) dengan menarik langsir untuk menutup sekeliling saya.Apa pun saya tetap solat.Walaupun jururawat kata saya tak boleh basahkan tampalan untuk cucukan di tangan saya.Sebenarnya tampalan baru boleh dibuat jika jururawat peka keadaan ini.

Bertanyakanlah mereka yang arif tentang hal solat ni jika masih ragu-ragu lagi.Terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung dan sudah dimasukkan ke dalam wad menunggu untuk bersalin.

Pesanan:Selagi mampu solat,solatlah...Ingatan untuk saya juga.

Sunday, July 15, 2012

Sakit Bersalin..sakit...memang sakit..

Buat yang sedang menunggu hari,mengira hari,menghitung detik atau apa saja yang menyebabkan anda runsing bagaimana rasanya untuk melahirkan,harap anda bersabar.Memang lumrah,lagi nak dekat hari jangkaan tu,hati semakin berdebar,masa dirasakan terlalu lama berlalu.Memang tak sabarkan.


Biasalah tu,saya pun macam tu juga sewaktu mengandung anak sulung dulu.Tak pernah tahu bagaimana rasa sakit sebenarnya,tetapi melalui pembacaan,katanya sakit perut seperti memulas.Mulalah bila rasa sakit sikit je,dah mula menggelabah,takut dah nak bersalin kot..he he he..Tapi bila sampai hospital lambat lagi sebab jalan belum buka.

Inilah yang sedang dihadapi oleh adik bongsu saya yang kini mengambil cuti awal seminggu dari kerjanya untuk menunggu detik-detik kesakitan itu.Mak saya yang paling risau,siap beritahu lagi pengalaman bersalin anak sulungnya yang sudah berpuluh-puluh tahun berlalu.Saya rasa mungkin dia risau sangat sebab adik saya anak bongsu dia.Sebab waktu saya dan adik lain taklah macam tu sangat.

tu dia...duk menunggu hari je tu..sanggup amik cuti awal tu...




Mak:Kau dah bagitau dia ke,macam mana sakit bersalin tu?


Saya: Belum,tapi dah bagitau memang sakit.


Mak:Tu lah,cakaplah kat dia,sakit bersalin tu memang sakit,tapi taklah sampai keluar air mata.(lepas tu mulalah cite hal bersalin dia dulu)..


Saya:Nanti orang bagitaulah.Orang nak tipon dia lah ni.

Perbualan dengan adik.

Saya:Mak suh akak bagitau kau sakit bersalin ni.Akak dulu anak sulung cepat je bersalin,tapi anak ke 5, 9 jam sakit dalam labour room.Sakit tau.


Adik:eleh,saja je tu kan.


Saya:Eh! sakitlah...tak caya tanya ababg ipar kau.Dia ada sebelah akak waktu bersalin tu.Memang sakit.Rasa macam memulas perut,rasa nak berak...eee..tak tahulah sakit tu nak cakap.Tapi sakit tau.


Adik:Saja je kan nak takutkan orang.


Betul dik oiii...Sakit ni memang lah lain orang, lain rasanya.Tapi itu je rasa sakit yang saya rasa melahirkan ke enam-enam anak saya.Macam mak kata,sakit tu taklah sampai mengalirkan air mata,tapi sakitnya hanya Tuhan yang tahu.Kena pulak kalau berjam-jam dalam labour room.

Sakit bersalin memang ada memulas perut macam cirit birit,tapi lagi sakitlah dari tu,Ye lah kita ni nak keluarkan manusia hidup dari dalam perut melalui ruang yang kecil.Bayangkanlah....itu baru sakit sebelum keluar,sewaktu nak meneran lagi sakit.

Tapi tak perlu takut untuk bersalin,kerana ianya akan kita alami secara semulajadi dan pengalaman yang sangat menakjubkan.Hanya insan-insan terpilih je dapat menghadapinya dengan mudah.Banyakkan baca doa dan yang penting minta maaf dengan suami.Selagi tak buka jalan 9cm...tak boleh meneran lagi,itu pengalaman ye.Sebab ada orang lain yang mudah sangat,masuk labour room terus keluar baby.

Memang sakit dan semua wanita mengandung akan merasakannya.Sakit ni pun berperingkat-peringkat,kadang sakit...kemudian lega...kemudian sakit balik...waktu sakit tu gosok-gosokkan perut dan tarik nafas panjang untuk mengurang rasa sakit.

Korang rasa macam mana? Sharelah sikit buat panduan mereka-mereka yang pertama kali nak bersalin tu.

Pesanan:Entry ni bukan untuk menakut-nakutkan orang nak bersalin tu,tapi sekadar berkongsi pengalaman.

Thursday, July 12, 2012

Kelahiran sulung yang dinanti

Bagi pasangan yang sedang menanti kelahiran sulung,pasti tak sabar-sabar lagi nak tengok baby keluarkan.Ramai saya tengok bakal ibu ni sangat teruja nak menyambut kelahiran anak pertama mereka.Saya pun tumpang seronok baca kisah-kisah mereka.

Sekarang ni banyak option untuk meluahkan,mengabadikan pengalaman mengandung anak sulung.Antaranya facebook dan blog.Dulu-dulu saya takde blog dan FB.

Lihat adik saya,dah siap senarai keperluan-keperluan yang sepatutnya.Dah 38 minggu,lagi dekat lagi terasa lamanya nak keluar baby tu kan. Ini antara yang dicoret dalam blognya:


Yang ini pula kata-kata yang diluahkan dalam FBnya.(kliklah kalau nak tengok jelas ye)


Ini saya dan adik...
Gambar cantik yang telah disnap oleh anak saya Anis...ishhh...saya tudung biru ye,jangan bertukar dengan orang mengandung pula he he he

Yang ini pula anak saudara yang tinggal di Mesir sedang mengandung anak sulung,juga dah 38 minggu...




Saya pulak teringat waktu mengandung sulung juga bila lihat suasana begini,padahal dah lama sangat...tapi memori tetap di hati..ada saya kisahkan di sini pengalamannya.

Pesanan:Memang sakit waktu melahirkan,tetapi bila je lihat muka baby,semua kesakitan lenyap.


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...