Ada seorang pembaca majalah Anis bertanyakan soalan sebegini:
Soalan:
Saya telah dimasukkan ke hospital kerana tanda awal bersalin,air ketuban pecah diikuti darah selepas sehari.Tiga hari di wad sebelum induce,saya solat seperti biasa.Tetapi di sana,saya mendapati majoriti ibu mengandung yang sihat (belum sakit hendak bersalin) tidak mengerjakan solat.Apakah hukumnya ustazah?Saya keliru.Ada yang mengatakan apabila keluar darah tanda bersalin sudah tidak boleh solat,benarkah?
Jawapan:
Nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak.Darah yang keluar sebelum melahirkan anak satu,dua atau tiga hari sebelumnya merupakan tanda-tanda hampir melahirkan anak.Darah tersebut bukan darah nifas.Jadi apa yang puan lakukan itu adalah betul.
Ingat tu,kadang-kadang ramai yang keliru, mengatakan bila dah keluar tanda untuk melahirkan,semua dah mula tak solat.Sedangkan dia masih belum bersalin,duduk dalam wad biasa, boleh berjalan seperti biasa.kerana masih belum dimasukkan ke 'labour room'.
Jadi terpulang kepada kita untuk menyesuaikan keadaan jika masih boleh bersolat seperti biasa.Islam itu mudah,buatlah ikut kemampuan.
Pernah terjadi kepada saya,oleh kerana saya perlu dipantau dekat dengan jururawat sewaktu saya mengandung,tak boleh berjauhan dari jururawat,tak boleh tinggalkan katil,nak ke tandas perlu pembantu,saya pernah solat di atas katil wad (solat duduk) dengan menarik langsir untuk menutup sekeliling saya.Apa pun saya tetap solat.Walaupun jururawat kata saya tak boleh basahkan tampalan untuk cucukan di tangan saya.Sebenarnya tampalan baru boleh dibuat jika jururawat peka keadaan ini.
Bertanyakanlah mereka yang arif tentang hal solat ni jika masih ragu-ragu lagi.Terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung dan sudah dimasukkan ke dalam wad menunggu untuk bersalin.
Pesanan:Selagi mampu solat,solatlah...Ingatan untuk saya juga.
Showing posts with label Ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label Ibu hamil. Show all posts
Wednesday, March 13, 2013
Tuesday, October 23, 2012
PCOS (Sindrom Ovari Polisistik)- Punca Gagal Untuk Hamil
Saya terpanggil untuk berkongsi penyakit Sindrom Ovari Polisistik/Polycystic Ovarian Sydrome (PCOS).Ini kerana salah seorang jiran saya sukar untuk hamil kali ke 2,dan setelah berjumpa doktor dia antara pesakit PCOS ini.Kalau saya cari di dalam google,ini bukanlah penyakit tetapi lebih kepada sindrom.
Sumber Gambar: di sini
Masalah jiran saya ni,dia ingin menambah lagi anak setelah anaknya yang sulung berusia 2 tahun,namun setelah berusaha dia menemui jalan buntu.Akhirnya bertemu doktor untuk mengetahui permasalahan yang dihadapinya.Aneh juga,dia bukan tidak pernah hamil dan melahirkan,tetapi usaha untuk anak ke 2 tidak berhasil.Dan salah satu masalah yang sering dia luahkan pada saya ialah kitaran haid yang tidak menentu.
Saya pun baru tahu tentang sindrom ini,kalau tidak dia menceritakan pasti saya tidak tahu wujudnya penyakit seperti ini.Mungkin ramai lagi wanita di luar sana tidak mengetahuinya.
Memetik petikan akhbar mengenai PCOS ini ,PCOS ialah gangguan hormon paling tinggi dikalangan wanita yang berada pada peringkat subur.Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.
Antara gejala-gejala sindrom ini:
1 .Haid tidak teratur atau lewat kedatangan haid.
2. Hiperandrogenisma (keadaan di mana berlaku peningkatan hormon androgen,sejenis hormon kaum lelaki)
3.Ovari polisistik (iaitu sekurang-kurangnya satu ovari mempunyai minima 12 telur (follilkel) atau saiz ovari telah membesar.
Namun demikian PCOS masih merupakan satu sindrom dan dengan itu diagnosa PCOS tidak TERIKAT semata-mata kepada tiga kriteria di atas.
Dengan kata lain PCOS boleh menggangu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari.Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dilkeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.
Sukar sebenarnya untuk kita fahami,tetapi itulah dia penyakit PCOS antara punca ketidaksuburan di kalangan kaum wanita.Dan menurut kajian,20 peratus wanita berusia lebih dari 20 tahun mengalami masalah ini manakala lebih 40 peratus yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.
Jiran saya juga pernah juga merungut tentang pertambahan berat badan mendadak walaupun baru melahirkan seorang anak dalam usia muda lagi.Rupanya ia juga adalah antara permasalahan sindrom PCOS.
Berikut ialah masalah lazim yang Dr Saravenun Velu lihat seperti ditulis dalam blognya:
1.Pertambahan berat badan mendadak (sekurang-kurangnya 5 peratus) sering berlaku walaupun wanita-wanita ini tidak mengalami pertambahan nafsu makan.
2.Ahli keluarga atau diri sendiri mengidap penyakit Diabetes(kencing manis).
3.Peningkatan pertumbuhan bulu roma yang tidak menyenangkan-roma makin menebal,hitam dan kerinting.Mula tumbuh di bahagian yang sensitif seolah-olah ada pertumbuhan misai halus atau janggut.
4.Central Obesiti-kaki dan tangan tampak slim,tetapi lemak berkumpul di kawasan dada,abdomen dan
punggung menyebabkan wanita hilang shape(bentuk badan)...maaf saya bukan menghina kaum wanita..p/s:doktor yang kata ni tau...
5.Kurang subur..jika mengandung mudah gugur.
Lagi petikan akhbar,
Rawatan PCOS ini juga bergantung pada usia wanita dan keinginannya untuk hamil.
Dr. Nik Hazlina menjelaskan, rawatan penting untuk mengurangkan risiko kanser rahim, terutama jika kitar haidnya terlalu lama dan mengalami perdarahan yang terlalu banyak.
Selain itu, penghidap PCOS juga memerlukan rawatan jangka panjang dan motivasi yang tinggi dalam dirinya sendiri.
"Ubat-ubatan sahaja tidak akan membantu penghidap PCOS, malah setiap orang juga perlu berusaha untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat," tambahnya.
Artikel Penuh di sini
Punca PCOS ni masih belum diketahui,tetapi ianya juga berlaku kepada sanak saudara terdekat tetapi ia juga bukanlah penyakit keturunan.Eloklah kaum wanita ambil berat dengan perubahan diri secara mendadak seperti kitaran haid yang tidak teratur dan juga pertambahan berat badan.
Menarik betul bila saya cuba mencari banyak maklumat tentang PCOS ni.
Banyak lagi maklumat tentang PCOS ni jika anda mencari lebih banyak info di internet.Saya sekadar berkongsi sebahagian sahaja.
Saya simpati dengan keadaan jiran saya itu,seringkali dia berkata "kak saya nak anak lagi,tapi tak boleh"...sayu je.Apabila saya beritahu si polan-polan ni mengandung,dia pun kata "ala.kak bestnya".Dia juga lah yang menyarankan saya mengetengahkan penyakit ni di blog saya.
Tak mengapa, kalau saya baca tentang PCOS ni kehamilan masih boleh berlaku jika mengikut rawatan yang bersesuaian.Dia pun masih lagi berjumpa doktor untuk rawatan sesuai dengannya.
Pesanan:Seronok bila ada anak ramai ni,macam saya..macam-macam ragam,sangat menghiburkan.
Thursday, June 23, 2011
Istimewanya jika anda hamil
![]() |
| Gambar ehsan sumijelly.com. |
Antaranya:
1.Kalau baru-baru je hamil,anda pasti menghadapi alahan sama ada yang teruk atau tidak.Jadi masa inilah hendak bermanja dengan suami anda.Pasti suami anda akan memasak untuk anda.Atau akan membelikan makanan kesukaan anda.
Contoh ayat:
Anda: Saya tak larat nak masaklah hari ni,bau minyak pun tak boleh ni.Nak muntah je rasanya.
Suami:Ok..ok yang,tak perlu masak hari ni.Sayang nak makan apa,nanti abang belikan.
Dalam hati suami:Aik,duit ada 2-3 keping je note merah,gaji lambat lagi ni.
2.Jika anda ke tempat kerja atau ke mana-mana pada awal-awal kehamilan yang mana perut anda sudah nampak besar sedikit,lebih-lebih lagi dengan pakaian mengandung anda,jika anda menaiki bas atau keretapi pasti anda akan mendapat tempat duduk walaupun semua tempat duduk sudah penuh.
Anda:(dalam hati)...eh!dah penuhlah tempat duduk.(dengan muka sedihnya)
.
Penumpang:Eh!Akak,duduk sini kak,kesian akak berdiri
Dalam hati penumpang:Tempat kerja aku jauh lagi ni,dahlah malam tadi tak cukup tidur,kaki pulak lenguh-lenguh ni.
3.Jika anda membawa barang yang banyak,pasti akan ada orang yang membantu anda membawakan barang tersebut.Terutama di pusat membeli-belah.(tapi sampai parking kereta je lah).
Anda: Aduh! Sakitnya tangan ni bawa barang-barang ni.(sambil tersenget-senget berjalan).
Orang Awam:Akak,banyaknya barang.Meh saya tolong bawakan.
Dalam hati orang awam: Aduyai,beratnya,apa akak ni borong satu pasaraya ni ke?
4.Kalau anda beratur untuk membeli tiket wayang ke,tiket bas ke,pasti anda akan didahulukan.
Anda:(dalam hati)..Ala lenguhlah pulak kaki ni.(sambil mengurut-urut perut yang tak sakit).
Orang Awam: Akak,akak beratur depan teruslah,biar saya beratur belakang.
Dalam hati orang awam: Aku dah tercangak kat depan ni dari pagi tadi lagi,alih-alih orang lain dapat dulu.
Ha ha ha Amacam seronokkan jika anda seorang ibu yang hamil.Situasi di atas hanya rekaan saya sahaja,tiada kena mengena dengan sesiapapun.Saya sekadar berseloroh dan bergurau sahaja.Saya pasti semua rakyat Malaysia, rakyat yang peramah dan baik hati.kalau ada pun yang sebegitu ,mungkin segelintir sahaja.Jangan ambil serius.
Memang kita perlu membantu ibu-ibu hamil di saat-saat apa sekalipun,hanya ibu yang hamil tahu bagaimana susah payahnya membawa perut yang sedang membesar itu.Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.
Entry ini ditujukan buat adikku yang bakal menimang cahaya mata ke 4,dalam masa terdekat ini.Semoga selamat bersalin.
Pesanan:Hmmm....saya bila lagi...ops terlebih sudah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
