Thursday, June 23, 2011

Istimewanya jika anda hamil

Gambar ehsan sumijelly.com.
Kebiasaannya ibu-ibu hamil akan mendapat banyak keistimewaan tidak kira pada awal kehamilan atau pada penghujung kehamilan.

Antaranya:

1.Kalau baru-baru je hamil,anda pasti menghadapi alahan sama ada yang teruk atau tidak.Jadi masa inilah hendak bermanja dengan suami anda.Pasti suami anda akan memasak untuk anda.Atau akan membelikan makanan kesukaan anda.

Contoh ayat:

Anda: Saya tak larat nak masaklah hari ni,bau minyak pun tak boleh ni.Nak muntah je rasanya.


Suami:Ok..ok yang,tak perlu masak hari ni.Sayang nak makan apa,nanti abang belikan.
Dalam hati suami:Aik,duit ada 2-3 keping je note merah,gaji lambat lagi ni.


2.Jika anda ke tempat kerja atau ke mana-mana pada awal-awal kehamilan yang mana perut anda sudah nampak besar sedikit,lebih-lebih lagi dengan pakaian mengandung anda,jika anda menaiki bas atau keretapi pasti anda akan mendapat tempat duduk walaupun semua tempat duduk sudah penuh.

Anda:(dalam hati)...eh!dah penuhlah tempat duduk.(dengan muka sedihnya)
.
Penumpang:Eh!Akak,duduk sini kak,kesian akak berdiri
Dalam hati penumpang:Tempat kerja aku jauh lagi ni,dahlah malam tadi tak cukup tidur,kaki pulak lenguh-lenguh ni.


3.Jika anda membawa barang yang banyak,pasti akan ada orang yang membantu anda membawakan barang tersebut.Terutama di pusat membeli-belah.(tapi sampai parking kereta je lah).

Anda: Aduh! Sakitnya tangan ni bawa barang-barang ni.(sambil tersenget-senget berjalan).


Orang Awam:Akak,banyaknya barang.Meh saya tolong bawakan.
Dalam hati orang awam: Aduyai,beratnya,apa akak ni borong satu pasaraya ni ke?


4.Kalau anda beratur untuk membeli tiket wayang ke,tiket bas ke,pasti anda akan didahulukan.

Anda:(dalam hati)..Ala lenguhlah pulak kaki ni.(sambil mengurut-urut perut yang tak sakit).


Orang Awam: Akak,akak beratur depan teruslah,biar saya beratur belakang.
Dalam hati orang awam: Aku dah tercangak kat depan ni dari pagi tadi lagi,alih-alih orang lain dapat dulu.


Ha ha ha Amacam seronokkan jika anda seorang ibu yang hamil.Situasi di atas hanya rekaan saya sahaja,tiada kena mengena dengan sesiapapun.Saya sekadar berseloroh dan bergurau sahaja.Saya pasti semua rakyat Malaysia, rakyat yang peramah dan baik hati.kalau ada pun yang sebegitu ,mungkin segelintir sahaja.Jangan ambil serius.

Memang kita perlu membantu ibu-ibu hamil di saat-saat apa sekalipun,hanya ibu yang hamil tahu bagaimana susah payahnya membawa perut yang sedang membesar itu.Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

Entry ini ditujukan buat adikku yang bakal menimang cahaya mata ke 4,dalam masa terdekat ini.Semoga selamat bersalin.

Pesanan:Hmmm....saya bila lagi...ops terlebih sudah..

16 comments:

  1. hehe...mlt ckp lain dlm hati ckp lain....haha

    ReplyDelete
  2. @munna-gurau-gurau je Munna...he he he

    ReplyDelete
  3. moon suka je nengok wanita2 hamil..nampak comel je..

    ReplyDelete
  4. @CikMoon-comelkan....saya dulu pun gitu comel je rasa...(terangkat diri sendiri ni).

    ReplyDelete
  5. ewah...ewah...........

    meh sini tolong den ... jaga den dlm pantang ni hah......hahahaha

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  6. @sumijelly-boleh,boleh..berapa nak bayar akak..takpe akak kasi murahlah...sebulan jaga dalam pantang pakejnya RM1000...ok tak?ha ha ha

    ReplyDelete
  7. @misya-kulit pun licin dan gebu...

    ReplyDelete
  8. ada yg bertambah berseri2 saat mengandung tu yg munna suka...

    ReplyDelete
  9. munna-ish terkenang zaman mengandung dulu-dulu...dapatkah diulang?hik hik hik

    ReplyDelete
  10. salam..isteri saya kalau mengandung..tak boleh masak 2 bulan

    ReplyDelete
  11. @a loqman-hah?bolehlah masukkan situasi anda dengan nombor 1 tu..he he he...gurau je ye..

    ReplyDelete
  12. ok lepas kawen..terus buat anak! yes!! hahahah

    ReplyDelete
  13. Sallam,

    Ada juga yang terus tak dapat bergerak, dari mula mengandung sampai anak lahir, Untunglah dia dapat manja dengan suami selama sembilan bulan..
    Dalam hati suami, " Mengapa bukan aku yang mengandung" hehe..

    ReplyDelete
  14. @LIPISLADY-memang lelaki ada yang mengidam nak mengandung...tapi sanggup ke bawa perut 9 bulan...mesti menangis-nangis punya..kak

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...