Thursday, June 30, 2011

Lesung pipit di pipi cantik atau cacat?

Sebelum berkahwin dulu,saya suka melihat perempuan atau lelaki yang mempunyai lesung pipit di pipi. Nampak cantik,ayu dan segar je muka mereka.

Saya kini mempunyai 2 orang anak yang mempunyai lesung pipit di pipi kiri sahaja,bezanya nampak dan tak nampak.Saya juga pernah terdengar yang sesiapa yang mempunyai lesung pipit sebenarnya adalah cacat!

Oh! Tidak!Anak saya cacatkah?Nanti dulu,mari kita baca sedikit bacaan yang saya perolehi dari carian saya:

Lesung pipit yang muncul pada wajah seseorang diakibatkan oleh otot zygomaticus (apa kebenda ni?) utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua,kondisi ini menyebabkan adanya lekukan pada pipi.
(ni dalam bahasa Indon)


sumber: health.detik.com




Mari baca bahasa yang mudah difahami pula:


Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major.Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic.Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir).Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.





Menurut sumber itu juga,lesung pipit adalah penyakit keturunan,iaitu apabila ibu atau bapanya,nenek atau datuknya mempunyai lesung pipit,maka kemungkinan peratus untuk menurun kepada anak adalah sebanyak 25-50 peratus.






Katanya juga ada juga yang sewaktu kanak-kanak je ada lesung pipit,tapi bila dewasa semakin menghilang.Ini adalah kerana otot wajah secara perlahan akan menegang seiring dengan peredaran masa.




Kalau nak ikutkan kami berdua (suami-isteri) tidak mempunyai lesung pipit.Mungkin sebelah ayah,kerana sepupu saya mempunyai lesung pipit.Sebelah suami pun ada juga.Lesung pipit anak saya yang ke 3 ni je nampak jelas,yang anak ke 5 Anis hanya kelihatan sesekali sewaktu dia bercakap dan tak berapa jelas.




Athirah yang paling ketara nampak lesung pipitnya.



Anis tak berapa nampak,lesung pipitnya tapi sesekali nampak jika tengok dari dekat..


Ni sengaja saya suruh tekankan biar nampak ...he he he

Okay...artis yang sebelah tu Dafi,dia pun cukup dalam lesung pipitnya.Jadi terpulang pada hak individu nak kata lesung pipit itu cantik atau tidak....


Pesanan:Segala yang Allah telah kurniakan pada kita,kita wajib bersyukur.

20 comments:

  1. ada lesung pipit nampak manis jer

    ReplyDelete
  2. baru tahu info ni. apa pun pompuan kalau ada lesung pipit memang nampak manis..heheh

    ReplyDelete
  3. @misya-manis kan tak yah tambah gula...he he he

    @Bapak-saya pun terkial-kial gak mencari info ni sebab nak tahu macam mana boleh ada lesung pipit kat pipi anak...

    ReplyDelete
  4. dkna suka tgk orang yang berlesung pipit..dalam loghat kelantan, 'lagonyae'..maybe betul kot eja camnie.
    memang manis jerrr..bertuah bagi mereka yang ada lesung pipit sebab bukan semua memilikinya :)

    ReplyDelete
  5. saya ada lesung pipit sebelah ja..
    masa sekolah dulu kawan selalu ejek saya cacat.. tapi saya xheran pun.. sebenarnya dia tu yg jeles..
    lesung pipit tu pemanis wajah kan..? anak kedua saya ada lesung pipit di kedua2 belah dan ketara sangat.. saya suka tengok dia.. cute sgt..

    ReplyDelete
  6. lesung pipit cantik, manis sahaja. tak kesahlah pendapat sains camne... hehehehe.. macam gigi bertindih, ada yg kata tak cantik, tp ada orang kata manis di pandang mata

    ReplyDelete
  7. @Adylia-hmm saya pun tak tahu apa orang kelantan panggil lesung pipit ni...

    @Sofya-mesti cantikkan anak Sofya tu...pedulikkan apa orang kata...

    @@ayin mazlin-betul tu..

    ReplyDelete
  8. dulu...memang bak cari isteri yang ada lesung pipit...tak jumpa

    ReplyDelete
  9. salam kenal dr mama..athirah nampak cantik dan comil dgn lesung pipit itu..betul tu...semuanya Allah yg kurniakan..Thanks ya...

    ReplyDelete
  10. @a loqman-ada ke takde ke,yang penting beriman...

    @Mama Aini-terima kasih juga sebab sudi singgah

    ReplyDelete
  11. Sallam Ida,

    Apa-apa pun kalau kat pipi tu ada lesung pipit memang nampak manis..akak suka sangat tengok kalau orang ada lesung pipit,

    ReplyDelete
  12. Thanks infonya....aku jdi baru tau tentang lesung pipit...selama ini gak tahu sebabnya., paling hanya mikir itu krn keturunan...krn ibuku,aku jg anakku dan jg adik2ku semua pada punya lesung pipit..tp klu aku lebih kelihatan kalau aku lg kurus dan lagi ketawa...

    ReplyDelete
  13. @LIPISLADY-kak,mehlah datang umah tengok anak saya yang ada lesung pipit ni...hehehe...

    @Bunda Loving-mesti cantik-cantik adik beradiknya yang punya lesung pipit....

    ReplyDelete
  14. la cacat ke klu ada lesung pipit... munna mmg suka lagi klu ada lesung pipit....cantik je nampak bila senyum....

    ReplyDelete
  15. @munna-cacat dari segi sains...tapi cantik sebenarnya...

    ReplyDelete
  16. teringin nk lesung pipit jugak..comey kan

    ReplyDelete
  17. @ayujamal-boleh aje ada lesung pipit,waktu kecik-kecik dulu saya tonyohkan jari kat kedua-dua pipi,ha ha ha ada gak nampak sikit...

    ReplyDelete
  18. anak sulung saya lahir2 dh nampak lesung pipit 2-2 belah pp..skrg dh 4 tahun...mungkin mewarisi saya kot sbb sy ada 2-2 belah lesung pipit.adik dia lak xde langsung..ikut belah ayah pulak.Tapi kalau nak kata belah mak ayah saya xde yang ada lesung pipit.Yang bestnya akak sy rambut ikal,abang sy kidal..semua tuk xde pada mak ayah saya...kelebihan masing2 semuanya dr Yang Esa...

    ReplyDelete
  19. @laila tony-betullah..tak semua anak-anak mewarisi ibubapa...semuanya anugerah dari Allah..

    ReplyDelete
  20. la patut lah sbb ap pompuan tgk aq semcm semasa aq ketawa dgn kwn aq upnyer dia tgk pipi aq alohai ingtkan dia tgk aq ni hensem upnyer ad sbb lain alahai...:)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...