Nasib baik masih menyebelahi saya,anak bongsu saya hampir-hampir menelan sebatang?(maaf kalau salah)ubat stapler.Tapi saiz keciklah.
Melekat lak tu.Entah masa mana dia mengutip pun tak tahu.
Itupun saya perasan apabila dia berkelakuan luar biasa dari kebiasaan.Maksudnya,sebelum ni memang dia suka mengangakan mulutnya seluas mungkin sekadar untuk bergurau atau ingin makan sesuatu.Tetapi petang ni dia kelihatan mengangakan mulutnya melebihi dari kebiasaan.Banyak kali pulak tu,macam nak beritahu ada sesuatu di dalam mulutnya.Dia yang baru berumur setahun 3 bulan masih belum boleh bercakap lagi.
Macam ni le dia menganga. Minta bantuanlah tu...nak cakap tak reti..
Saya agak-agak je.Mungkin ada rambut di dalam mulutnya atau melekat di hujung belakang lidahnya.Sewaktu dibilik tadi baru saya perasan bahawa terlekat sebatang) ubat stapler tersebut di lelangit atas berdekatan dengan giginya.Mujur dapat dikeluarkan.Kalaulah dia tertelan????Apakah???Minta dijauhkan....
Fuhh....lega rasanya.
Pesanan:Kena prihatin lebih lepas ni.Baba tak tahu lagi ni....
issh2.....bahaya jgk tu walaupun kecil. kan tajam ujung2 tu...cian kawan mak ni..hehehe
ReplyDeleteihhh ih ih ngerinye... anak2 kecil mmg begitulah akalnye :)
ReplyDeleteNAASIB BAIK KAN...YASMIN PUN JENIS SUKA MASUKKAN BENDA YG DIA JUMPA DLM MULUT...MMG KENA ALERT BENDA2 NI...
ReplyDelete@Cik Norfa-tu lah nasib baik akak nak amik tau jugak...ingat dia nak bergurau-gurau...
ReplyDelete@org muo-mata diorang masa ni memang cerah,benda-benda kecik cam tu leh nampak atas lantai putih lak tu...
munna-kita kena hati-hati lah ni...
anak ko memang suka buat aksi luar biasa,,,,,,,,,,,,
ReplyDeletenampak sanagat ummi dia tak masak... tu pasal dia makan ubat stapler... lapar sangat...hahaha
Sumijelly.com
@sumijelly-takde maknanya....masak tetap masak...
ReplyDelete