Showing posts with label Pasar Malam. Show all posts
Showing posts with label Pasar Malam. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

Bila kuih semakin mengecil

Agaknya kerana harga barangan naik sejak kebelakangan ni,maka semua produk makanan pun menaikkan harga.

Dah lama rasanya tidak membeli kuih.Sebab sibuk sangat mungkin.Suatu petang saya ke pasar malam Dong di Raub.Teringin makan kuih kesukaan saya cucur badak dan kuih keria.

Besar ni lah kuih yang telah saya beli.Sedih juga sebab ianya telah mengecil.Saya rasa Dong Raub pun bukanlah bandar besar.Masih lagi kategori kampung.

Mungkin bahan-bahan untuk membuatnya mahal harganya.Maka RM 1 3 biji memadai dengan besar tu.


Memanglah lebih baik buat sendiri kalau nak makan banyak,tapi saya juga ingin membantu agar mereka juga mendapat pendapatan dengan menjual kuih ni.Tiada pembeli tiadalah pendapatan kan.

Saya pun bukan nak salahkan pembuat kuih,tapi tak kenyang pulak rasa makan 3 biji tu je.hehehe...kecik cam kuih mini.

Bagaimana pula ye harga dan saiz kuih-kuih ni 10 tahun akan datang?Terpikir-pikir juga di kepala saya.hmmm.

Pesanan:Janganlah kecil sangat ye saiz kuih tu.

Sunday, May 19, 2013

Makan Malam RM15


Setiap hari Sabtu ada  pasar malam berdekatan tempat tinggal saya iaitu di Benta.Kalau rasa malas nak memasak untuk makan malam,saya beli je kat pasar.

Saya lihat tak banyak pilihan makanan di pasar malam sini berbanding pasar malam di rumah mak saya di Kuala Lumpur.Lagipun kawasannya pun taklah besar sangat.Jadi sesuai untuk pengunjung pasar malam yang tak ramai sangat.

Kalau beli,saya selalu beli ikut apa yang semua keluarga saya boleh makan.Jadi tak akan berlaku pembaziran.Namun demikian makanan yang saya beli ni hanya untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak makan.Kalau 3 orang anak saya yang duduk asrama balik,memang tak cukuplah banyak ni.Kos pun bertambah.

Sekadar berkongsi makanan di pasar malam tempat saya.Mungkin kat tempat lain lebih banyak pilihan dan mungkin berbeza harga setiap makanan.

Pesanan: Kalau balik KL saya nak cari popiah basah.Lama tak makan.

Thursday, April 19, 2012

Rangka Ayam dah naik harga!

 Rangka Ayam kini menjadi rebutan ramai!

Kalau kat pasar malam berlambaklah orang jual rangka ayam ni.Memang nampak sedap dan menyelerakan.Walaupun isinya tak banyak,tapi selalu jadi rebutan sebab rangup dan sedap gatah-gatah tulangnya tu.

Dah namanya rangka ayam,memang tinggal rangkalah kan.Eh! Mana perginya isi ayam tu ye?Saya pernah tanya seseorang,diorang isi dijual di hotel-hotel atau restoran-restoran besar.Iye ke?Korang tau tak siapa amik isi ayam hingga meninggalkan rangka je tu?Bagitaulah.

Saya belajar makan rangka ayam ni pun baru je3-4 tahun lepas.Itupun sebab ada orang tolong kirim belikan.Tak pernah beli pun sebelum tu.Harga dulu rangka ayam ni dalam RM2.50 (kecil),RM3.00 (besar).Itu harga dulu.

Kat tempat saya (Lipis/Benta/Raub),harga tahun lepas tu,sekarang harganya RM3.00(kecil),RM3.50.Ada juga saya pergi satu pasar malam tu harganya lagi mahal RM4 (besar).Besar pun adalah macam saiz kat gambar atas tu yang harganya saya beli RM3.50 seekor tu.

Amboi,mentang-mentang permintaan ramai pelanggan,naik harga awak ye.Sedangkan awak tu rangka je ye...Macam mana kat tempat anda?Sama tak harganya?Atau lagi murah?

Pesanan:Sayangi badan anda,jangan makan lemak banyak sangat!

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...