Sunday, September 11, 2011

Majlis perkahwinan adikku selesai sudah...dan tambahan jumpa bloggers!


Saya sudah pun selamat tiba semula di rumah Kuala Lipis.Setelah berbulan-bulan merancang perjalanan dan perbelanjaan perkahwinan adik bongsu saya,akhirnya sabtu 10 september 2011 menjadikan impian adik saya bergelar isteri termakbul jua.Lega hati ini apabila semuanya berjalan dengan baik dan lancar.Walaupun cuaca yang tidak menentu,kadang-kadang hujan kemudian berhenti,kemudian hujan semula,kemudian cerah tetamu yang diundang tidak putus-putus datang ke majlis tersebut.

Terima kasih kepada semua yang menjadikan sejarah perkahwinan adik saya menjadi kenangan terbaik untuknya.Saudara mara,rakan-rakan yang hadir diharap berpuas hati dengan layanan dari kami sekeluarga.Maklumlah dengan tetamu yang ramai,mungkin ada merasa tidak sempurna layanan kami,kami mohon maaf.

Adik ipar orang Meru,Klang.Minggu depan majlis bertandang ke sana pula.

Jom lah tengok gambar pengantin.


Gambar kami sekeluarga bersama pengantin,gambar kecil anak ke2 yang tidak dapat hadir kerana ada kelas tambahan untuk periksa UPSR.

Pada majlis hari itu juga saya berpeluang berjumpa dengan blogger-blogger yang turut dijemput oleh adik saya itu.Saya ni macam kakak Siti Nurhalizalah,Siti Saida menumpang glamer adiknya...he he he


Bersama kak redmummy...berlaga perut ni..


Bersama kakinakl....sila abaikan tudung saya yang senget tu,(sibuk sangat saya hari tu)




Lama kemudiannya,datang lagi seorang blogger iaitu ciklilyputih bersama suaminya(maaf jurukamera tak pandai amik gambar)Jadi gambar suaminya tak nampak.Jangan marah ye...

Akhir sekali dengan blogger lelaki pula iaitu eyriqazz bersama isteri dan anak.Turut ada didalam gambar adalah  
sumijelly(adik saya) dan pengantin sekilass(si bongsu).

Semua blogger-blogger ni dijemput oleh adik saya,ada yang saya dah lama follow blog mereka,ada juga yang baru je saya follow.Ada lagi blogger-blogger yang lain,tapi adik saya je kenal.

Saya pun sibuk sangat waktu tu,nak makan dengan tenang pun susah,baru 2-3 suap dah kena panggil dah nama saya.Sudahnya,sampai habis makanan,tak dapat saya berulang makan.Yang terlewat datang,saya dan kakak ipar terpaksa masak lauk lain pula.Kami mohon maaf banyak-banyak jika ada terkurang.

Semoga perkahwinan mereka bahagia selamanya...Amin!

Pesanan:Sekarang saya menumpukan perhatian kepada anak bakal periksa selasa ini.UPSR oh UPSR!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...