Thursday, September 22, 2011

Kari Sotong Membuka Selera

Sotong banyak,tapi tenggelam dek kuah yang 'terbanyak' jugak.....

Biasa-biasa sotong ni saya asyik masak sambal sotong atau goreng kunyit.Tak pandai nak masak cara lain dah.Tetapi tiba-tiba terasa nak masak sotong masak kari,google punya google jumpalah kari sotong kat blog Kak Jee.

Saya pun cuba.Hmm sedap,macam makan kat kedai mamak je rasanya.Dengan kuah yang pekatnya,terasa kari dan rempah-rempahnya.Masuk kali ni dah 3 kali saya cuba masak.Semuanya menjadi.Tapi nampak Kak Jee punya lagi terliur,pandai-pandailah agak-agak minyak untuk menumis tu ye.

Jom tengok resepi,salin dari blog Kak Jee - kari-sotong 

Bahan-bahannya:


1/2 kg sotong (dibersihkan,tanpa potong,sumbat balik janggutnya)
1 cawan rempah kari Babas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah campuran untuk menumis
1/2 cawan santan/susu segar(saya guna santan)
1/2 cawan air asam jawa
daun kari
nota:saya tambah 2 sudu besar cili kering dan saya tak guna babas,saya guna rempah kari ayam adabi)


Cara-caranya:
1.Bawang dimayang dan ditumis hingga garing.
2.Masukkan rempah campuran dan daun kari.Goreng seketika(masukkan cili kering kalau suka)
3.Masukkan rempah kari ikan dan goreng hingga wangi.Guna api perlahan.
4.Masukkan 1/2 cawan air,masak hingga rempah kering.
5.Kemudian masukkan santan dan biar mendidih.Masuk garam dan aji.
6.Masukkan sotong dan masak kira-kira 10 minit.
7.Masukkan asam jawa,besarkan api biar mendidih dan tutup.

Ikutlah cara yang diberikan,pasti menjadi.Sebenarnya rempah campuran tu saya tak tahu apa dia,saya tanya mak,mak bagi tau serbuk jintan dan ketumbar,oleh kerana takde saya blender jintan dan ketumbar yang kasar tu.

Psanan:Sesekali saya teringin menu baru.

13 comments:

  1. dkna nak cuba masak la...harap menjadi.. :)

    ReplyDelete
  2. semestinya sedap..tgk gmbr...fuhh..sedap! ;)

    ReplyDelete
  3. mmg membuka selera la umi.... ermmmmm baru tgk ja kan.... nnt leh try la...

    ReplyDelete
  4. @mama liza-biasa-biasa buat sebelum ni ada sikit berminyak,tu lagi sedap...yang ni sebab nak kuah banyak...buh banyak santan sikit...

    ReplyDelete
  5. Salam..selamat hari raya..
    hehehe...tengah2 nak kurangkan berat badan lepas2 raya ni, ada pulak resepi ni...hehehhe

    ReplyDelete
  6. sotong kaya dengan protein tapi tak elok makan sotong dengan susu walaupun susu ada protein.

    ReplyDelete
  7. kari lagi pekat lagi sedap, ia lah minyak penting juga banyak tak sedap pulak

    kalau bab rempah ratus minta ampun, tak berapa mahir lagi

    ReplyDelete
  8. sedapnya ....munna pun tak pernah lagi masak kari sotong...harus di cuba ni

    ReplyDelete
  9. @Fadzli Amir-selamat hari raya(beraya lagi ke?)he he he...makan selagi boleh..tapi janganlah banyak sangat...

    @ROJAK-oh tak leh ye...baru tau ni..

    @Qhaifa Nur-masak pekat tak yah buh banyak2 kat nasi,sikit pun dah terasa..minyak pun jangan banyak sangat nanti mual..
    rempah ratus saya pun tak mahir juga..he he he.

    @munna-cubalah munna,anak-anak pun suka..sotong pun tak liat..lembut je..

    ReplyDelete
  10. Salam kenal, ada juga masak kari sotong tapi anak-anak tetap suka goreng tepung gak!

    ReplyDelete
  11. Kalau pakai babas, memang sejibik macam mamak. kalau rempah kari lain ada citarasa melayu

    ReplyDelete
  12. @che mid-saya suka juga goreng tepun tapi guna sotong yang besar-besar tu..sedap kan..

    @Norasikin-saya pernah guna babas,tapi kebetulan kat rumah ada kari adabi je,pakai mana yang ada...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...