Monday, September 26, 2011

Boleh bersalam ke tidak ni?


Sejak dari kecil ibubapa kita mengajar agar kita menghormati orang yang lebih tua.Tidak kira dia lelaki atau perempuan.Menghormati dengan erti kata,bersalam setiap kali berjumpa dan bertanya khabar.Tetapi apabila sudah besar/baligh dan sudah belajar agama,tahukah kita tidak kesemua ahli keluarga boleh bersalam dengan kita.

Kepada yang sudah belajar hukum hakam agama,pasti mengetahui hukum bersalaman dengan orang yang bukan muhrim.Kebiasaan perkara ini berlaku sewaktu menziarahi keluarga atau pada musim- musim perayaan atau kenduri-kendara,saya melihat sendiri mereka bersalaman tanpa batasan atau tanpa mengetahui sama ada orang tersebut mahram baginya atau tidak.Sepupu dengan sepupu pun masih bersalaman lagi,seolah-olah tidak berbuat salah.Ini kerana sudah akrab sejak kecil lagi,apatah lagi tidak menyimpan perasaan lain.Maka tidak nampak salah disitu.

Kebanyakan dari kita pasti terkeliru(bagi yang tidak tahu) bahawa contohnya suami kepada ibu saudara yang kita gelar pakcik tidak boleh bersentuhan dengan kita(kita-rujuk sebagai perempuan) apatah lagi bersalaman,apalagi sepupu-sepupu kita.tidak kira tua atau muda haram tetap haram.(tetapi ada  pendapat tentang orang yang tua uzur yang tidak ada ransangan nafsu syahwat)

Al-Iraqi berkata, "Jika nabi saja tidak melakukan hal itu, padahal beliau adalah orang yang maksum dan terhindar dari dorongan syahwat, tentu orang selain beliau lebih tidak boleh lagi melakukannya." Hadits tersebut diperkuat oleh hadits dari Ma'qil bin Yasar dia berkata:
"Sesungguhnya Rasululah S.A.W. bersabda, Seandainya kamu ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik bagimu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu." (Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi, dan para perawi Thabrani adalah orang-orang yang terpercaya dan saheh) 


Disinilah timbul situasi yang mana selama ini kita bersalam dengan mereka akibat kejahilan,tiba-tiba kita berjumpa lain kali kita tidak bersalam kerana sudah belajar dan mengetahui,maka perkataan tidak menghormati orang tua atau dikatakan kurang ajar kepada orang tua akan bermain diminda..Mulalah bermasam muka.Sepatutnya mereka yang lebih tua faham dan memahami hukum-hakam ini,ini tidak sebaliknya pula.Apa dalil bersalaman dengan lelaki -wanita itu haram?Sila rujuk dan baca  disini.

Kita meringan-ringankan hukum haram ini,kerana keadaan persekitaran yang membolehkan perkara ini berlaku.Boleh baca ini dan ini. Sama sahaja mesej yang disampaikan.

Oleh itu mari kita belajar dan terus belajar tentang hukum haram- halal,agar dapat kita sampaikan kepada generasi anak-cucu kita,supaya kita tidak berterusan membuat dosa yang berpanjangan,yang akan bertali-tali jika tidak dicegah dari sekarang.Ajarkan anak-anak yang sudah baligh perkara yang ramai mengaggapnya sebagai kesalahan ringan sedangkan ia mendatangkan dosa.

Jika sesat ditengah jalan,baliklah ke pangkal jalan.Saya sekadar meyampaikan kerana saya sendiri sudah banyak membuat kesilapan ini akibat kejahilan sendiri..Tidak terlambat lagi untuk berubah.

Pesanan:Jika masih terkeliru atau masih tidak faham,eloklah bertanya kepada ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja yang pakar agama dalam hal ini.Berilah sokongan bukan sindiran.

8 comments:

  1. Salam, cantik tajuk ni..entri ini agak berat tapi tajuknya membuatkan ia jadi santai, sesuai untuk kita membacanya.

    Perkara yang baru memang janggalkan.. apatah lagi jika adat me'wajib'kannya..perlahan-lahanlah kita berubah kearah yang benar. Anggap sahaja sindiran itu dari orang yang jahil dan belum menerima hidayah Allah..

    ReplyDelete
  2. betul tu akak..kadang2 dengan sepupu kita duk bersalam, bertepuk tampar tanda mesra...sebabnya 'ikatan' itu dah rapat sejak dari kecil lagi...

    ReplyDelete
  3. terima kasih sudi berkongsi info. wah best aaa cik abg nak gi ke langkawi.boleh beli pinggan mangkuk dan coklat untuk kamu nanti.

    tahniah dah berani ambil tempahan buat kek.

    ReplyDelete
  4. @Che mid-nak bermotivati dan beri nasihat ni kena perlahan-lahan dan berlembut sedikit,agar orang yang mendengar dapat berfikir dengan baik...begitu agaknya caranya..

    @Dkna-eloklah kita tahu sikit-sikit..daripada tak tahu langsung...

    @kak ina kl-sama-sama kak..
    ttg g langkawi tu memang dapatlah barang yang diorder he he he..dan pinggan itu selamat digunakan..

    tempahan kek tu sekadar suka- suka je kak..belum mahir sangat banyak kena belajar ni..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang berguna.


    Kadang2 rasa macam tak best kalau tak salam dengan suami kepada ibu saudara kita sebab dari kecik dah diajar macam tu. Hmmm....ape2 pon hukum tetap hukum kan. ;))

    ReplyDelete
  6. @May Maisarah-kalau pakcik tu 'alert' bab-bab hukum ni,dia takkan marah...percayalah...

    ReplyDelete
  7. Kadang2 terpaksa mengelak kalu terperasan ada sedare yg bkn mahram mcm nk hulur2 tangan...biasanya buat2 nk ke dapur ... Cerita dulu2.. Sekarang ni alhamdulillah masing2 dah ade kesedaran ...

    ReplyDelete
  8. itulah...kadang-kadang orang tahu buat2 tak tahu...hukum tetap hukum..Alhamdulillah dengan kesedaran itu..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...