Thursday, September 08, 2011

Hati berdebar-debar minggu ini...

Hati saya berdebar-debar atas dua perkara dalam minggu ni.Pertamanya adalahkenduri kahwin adik saya , yang bakal berlangsung pada hari sabtu ini di rumah ibubapa saya di Kuala Lumpur.Saya berharap perancangan kami sekeluarga untuk majlis yang kami cadangkan secara bersederhana akan berjalan dengan baik dan lancar.

Anak yang bakal periksa dan adik yang bakal kahwin

Malang bagi saya tidak dapat balik awal untuk menguruskan perkara-perkara lain di saat-saat akhir akibat 'kerjaya' saya menjadi pengasuh anak orang.Apabila perkara ini terjadi saya menjadi sedikit ralat,tapi saya harap keluarga memahami.Ye lah, bila anak yang saya jaga datang dari 2 keluarga berlainan susah untuk saya mencari pengasuh 'bidan terjun' untuk  menjaga anak-anak mereka.Kalau kerja pejabat sama macam tak dapat cuti lah.he he he...Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan sesiapa.Jadi jalan terakhir yang dapat saya lakukan adalah pulang ke rumah mak sebaik sahaja anak pulang dari sekolah hari jumaat ni.

Perkara keduanya anak perempuan  yang akan menghadapi peperiksaan UPSR (Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah).Terasa macam saya yang nak ambil periksa tu,maka saya jugalah yang menonton channel 601 yang memaparkan tuisyen UPSR siaran Astro.Saya rasa budak-budak sekarang sangat bertuah,kerana terlalu banyak punca ilmu yang boleh mereka dapati dengan mudah.Internet,tv semuanya ada.Tidak seperti zaman saya sekolah rendah dahulu,terpaksa menyelak buku teks semata-mata,buku rujukan pun tak ada.Belajar sendiri.Lulus juga.Sepatutnya mereka zaman ini lebih cemerlang.

Semoga semuanya berjalan dengan baik.

Pesanan:Saya sudah buat yang terbaik semoga mendapat yang terbaik juga.

12 comments:

  1. setiap perkara yang baik akan di balas baik.

    ReplyDelete
  2. teringat ketika sekolah...kita nak exam mak yang terlalu bimbang, siang malam buat solat hajat..
    sehingga kini setiap kali nak exam, mak pasti mak buat benda yang sama walaupon berjauhan.

    ReplyDelete
  3. @misya-begitulah harapnya...
    @Dkna-bila dah jadi ibu merasalah semua tu nanti...kita nak yang terbaik untuk anak-anak kan..

    ReplyDelete
  4. di doakan semuga anak awak berjaya dengan cemerlangggg

    ReplyDelete
  5. @to all

    Terima kasih semua atas doa dan sokongan kalian...

    ReplyDelete
  6. congrats utk adik akak... dan smga anak akak berjaya dalam UPSR..

    insyaallah..semuanyer akan berjalan dgn baik..

    ReplyDelete
  7. salam ziarah...semuga anak kamu berjaya dengan cemerlang. Terima kasih sudi layan akak.

    ReplyDelete
  8. kalo jd babysitter neh mmg susah nk cuti, kak. isteri kwn hub sy pon kje mcm akak, blk raya pon japs jer. nmpk jer senang kan?

    ReplyDelete
  9. @cik moon-terima kasih ye...alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

    @kak ina-terima kasih juga pada kak yang sudi hadir...seronok dapat jumpa akak..

    @akuzle-hmm..betul tu,tapi untung akak sebab ibu bapa mereka cikgu,jadi ikut cuti sekolahlah cuti akak ni...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...