Tuesday, September 20, 2011

Pinggan siapa ni?

Pinggan siapa ni??
Pinggan di atas sah-sah pinggan yang terdapat di rumah saya.Tetapi belum tentu pinggan saya.Hmmm....sebenarnya pinggan itu adalah pinggan saya.Apa yang ingin saya ceritakan tentang pinggan-pinggan ini?

Sebenarnya,waktu saya mula mengemas pinggan mangkuk di dapur,terdapat dua ke tiga pinggan asing terlangkup bersama pinggan-pinggan saya.Saya hampir terlupa siapa pemilik pinggan-pinggan tersebut.Yang saya ingat pinggan-pinggan itu telah diberi oleh jiran sewaktu menghantar juadah berbuka puasa bulan lepas.Jadi puaslah saya mengingat pemiliknya.

Yang saya ingat hanya dalam 4-5 jiran yang pernah menghantar juadah berbuka bulan lepas.Jadi saya cari jalan bagaimana caranya untuk mengenal pasti pemiliknya.Saya buat cucur bilis banyak-banyak,saya beri sorang-sorang jiran guna pinggan tu,tetapi hingga ke jiran no 3,cucur bilis saya hampir habis,dimakan oleh anak-anak saya yang ramai ni..he he.Jiran memulangkan semula pinggan tersebut,kerana bukan milik mereka.

Akhirnya jiran yang ke 4,saya suruh anak saya tanyakan jika pinggan itu miliknya,akhirnya berjumpa juga pemiliknya.Tetapi sudah bukan rezeki pemilik pinggan tersebut,hanya pinggan sahaja dapat pulangkan.ralat juga,sebab saya suruh anak tanyakan aje,tetapi dia pulangkan terus.Takpelah lain kali saya beri yang lain pula.

Anda pernah ke berada di situasi sebegini?

Pesanan:Moralnya ceritanya,cepat-cepatlah pulangkan pinggan orang waktu kita ingat ni.

11 comments:

  1. hhahaaaa..teringat masa duk berek polis dulu...mak selalu bagi kuih kat jiran..sampai 1 hari mak cakp 'nie ingat pinggan ka.limah ko tu'.. takut terlupa agaknya :D

    ReplyDelete
  2. selepas dapat jer juadah dari jiran sya terus pulangkan balik pinggan dorang.esoknya membalas juadah mereka dengan pinggan sendiri.

    ReplyDelete
  3. @Dkna-he he he eloklah gitu...mudah nak ingat..

    @misya-gitu pun ok...

    @abah khalisha-ha..tu lah yang takut tu..last-last jadi harta persendirian pulak..

    ReplyDelete
  4. pinggan dan tapawe saya byk kat umah org...sampai sy sendirik pun lupa...sedar2, tapawe kat umah dah susut....huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. biasanya bila buat kenduri besar..byk pinggan yang terlebih..tak da sapa minta balik sendiri punya lah..

    dah follow jom follow back
    qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. pernahhh.. jiran kerap sangat beri makanan..ahah.

    ReplyDelete
  7. pernah juga jadi macam tu..tapi selalunya munna kalau nak bagi pada jiran selalunya guna tapawe yg tak perlu di pulangkan semula....

    ReplyDelete
  8. Heheee, penah gak alami situasi camtu, puas mengingat, dah lama baru jumpa pemilik :)

    ReplyDelete
  9. Salam.
    Yg ptg kita ingat dan paling ptg jiran2 dapat memahami. perkara begini lumrah bila kita mempunyai ramai jiran terutamnya bila tinggal kuaters mcm kuarters guru(mcm saya).

    ReplyDelete
  10. @azian-mesti orang berkenan ngan tuppeware tu...he he he

    @Qhaifa Nur-diorang tinggalkan tuppeware yang tak elok dah kot...

    @Umie Artoqiemie-untunglah berjiran dengan jiran tu kan..

    @munna- itulah nak beli tupperware yang biasa jual kat kedai plastik tu..pakai buang...

    @MJ-kena tampal sementara kat tupperware tu...

    @Shameel Iskandar-betul!betul!betul!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...