Monday, January 31, 2011

Selesai sudah...

Siap bergambar di dapur..(busy tuuu)

Setelah berjaya mencuri waktu sesuai untuk membuat mini kek cokelat untuk hari pertunangan sekilass.com,maka puas hati juga diri ini setelah berjaya diedarkan hasil usaha saya itu kepada para tetamu.

Memang sibuk,saya sampai di rumah mak hari jumaat jam 12 tengah malam.Keesokan harinya (sabtu),saya mula sibuk membuat sedikit persiapan agar majlis berjalan lancar.

Akhirnya detik yang dinantikan pun tiba,pihak rombongan lelaki sampai dan terus menyudahkan majlis pertunangan tersebut.Jadi tunangan orang jua adikku.

Kini hanya menantikan detik bersejarah,untuk menyatukan 2 hati anak muda ini yang dijangka akan berlangsung pada bulan September 2011 nanti.Nantikan...


Bersama sumijelly.com,dan yusrinahata.com ( sepupu)..
Majlis rundingan..
Hanya 3 beradik perempuan(tema ungu)


Seperti biasa suami-suami basuh pinggan...rajin kan mereka..

Pesanan: Majlis yang ringkas,hanya tetamu dari kalangan keluarga terdekat sahaja yang dijemput hadir.Sekarang ni,si lelaki (tunangan perempuan)pun turut hadir,tidak macam zaman dulu-dulu.Si lelaki tidak hadir.Salah siapa?

6 comments:

  1. singgah tgh hari ..amboi ..boleh tempah kek la lps nie

    ReplyDelete
  2. Abu Luqman-boleh...kalau dekat..jauh nanti kos lagi tinggi...

    ReplyDelete
  3. org tua dulu2 tak bagi datang.hehe..macam2 adat..hehe

    ReplyDelete
  4. BABY(MAMA AMANA&ARIEF)-itulah ,,budak-budak muda ni...tak tahu nak cakap apa..

    ReplyDelete
  5. lor jumpa kak sumi lah yer..best2

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...