Friday, January 14, 2011

Perbezaan Antara Zikir Dan Doa



Zikir yang khusus ialah bacaan yang melibatkan tasbih (Subhanallah),tahmid (Alhamdulillah),tahlil (Laa ila haa illaallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Bacaan-bacaan ini selalunya kita jadikan wirid selepas solat fardu lima waktu dan juga zikir dalam solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Bacaan zikir di atas dan zikir-zikir berdasarkan nama-nama Allah SWT (Asma'ul Husna) boleh dibaca bila-bila masa sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesaran-Nya.

Manakala doa pula ialah suatu penyataan hasrat hati individu Muslim memohon pertolongan,perlindungan dan restu Allah SWT dalam hal-hal berkaitan masa kehidupannya,keluarganya,masyarakat dan agamanya di dunia dan juga di akhirat kelak.

Pesanan: Eloklah amalkan berzikir daripada menghafal lagu-lagu yang melalaikan.
Sumber: BukuIndahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Ust. Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.

8 comments:

  1. time buai anak selalunya munna baza zikir untuk anak.... sampai kak kakak meya pun dah hafal klu buai adik kena nyanyi Laa ila haa illaallah

    ReplyDelete
  2. okaylah tu munna..sikecik saya pun pandai dodoi adik sambil zikir Laa ila haa illallah...siap tepuk2 punggung adik lagi..

    ReplyDelete
  3. ha ha ha,,,lama dah tunggu respon dari KulupSakah...jom meriah-meriahkan blog ni..he he he

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian =)
    buku yang menjadi sumber itu saya miliki namun sudah terkorban bukunya dalam kejadian banjir di Kedah tempoh hari..

    Doa Senjata Mukmin =)

    ReplyDelete
  5. izuan-oh ye ke?jadi carilah satu lagi sebagai pengganti...itulah pengorbanan namanya...salam kenal...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...