Tuesday, January 11, 2011

Menang duit?

tak payah close up..memang tak nampak punya..

Entah bila masa saya masuk peraduan pun tak tahu. Tak serik-serik lagi orang asing ni nak menipu kita. Kadang-kadang terfikir juga,mungkin ada yang percaya,sebab tu mesej seperti ni sering masuk dalam kotak mesej saya dan kawan-kawan yang lain. Kalau betul tu takpe lah pulak.

Duit ni dah sinonim dengan kehidupan kita. Pergi ke mana-mana pun perlukan duit.Jadi bila kata menang duit, berpinar mata. Sebab dah tahu takkan dapat punya.

Nilah bunyi mesejnya:

Simkad Anda Mnang PROMOSI RM 10.000 dr. Power_Root SDN No.Seri:140690 Sila Call Office;+628981892237

Siapa-siapa nak ambil duit tu telefon je nombor atas tu. Saya salin bulat-bulat ayat yang dia hantar kat handphone saya.

Ayat pun tunggang langgang je eja. Memang tak de kerja agaknya diorang ni. Maaflah, memang saya tak layan. Cuma nak beri kesedaran oarang-orang kat luar ni berhati-hatilah. Duitpun takkan nak datang bergolek-golek macam tu je tanpa usaha.

Pesanan: Power Root buat peraduan masuk TV. Bukan masuk kat handphone.

9 comments:

  1. macamtulah orang nak ambil kesempatan pada orang yang mudah percaya dengan benda2 macamni

    ReplyDelete
  2. munna-begitulah selagi manusia ada niat serong

    ReplyDelete
  3. mmg bhya skrg ni, jenayah melalui telefon pun ada tau...jangan mudah terjebak..

    ReplyDelete
  4. Fifiey-harap-harap kita tak terjebak...

    ReplyDelete
  5. Mula-mula tu kena tengok dulu no talipon, kalau banyak sangat memang sah tipu. Keduanya tak ada peraduan yang akan menang di beritahu melalui sms..kecuali peraduan siapa cepat jawab melalui sms kat radio2 tu.
    Memang bila cakap pasal duit ni, boleh hilang pertimbangan, walaupun kita tahu benda tu tipu tapi dalam hati kecil macam nak jugak cuba...Lebih2 lagi kalau ayat diorang bagi tu memang cukup menggoda...
    Apa2pun, tiada yang FREE dalam dunia ni so usaha tangga kejayaan.. Nak senang sikit, blogging dan iklankan nuffnang:-)
    Salam santai dan keep in touch

    ReplyDelete
  6. bilalah BOLEH CASH OUT DUIT NUFFNANG NI YEK?

    ReplyDelete
  7. tengok no phone orang tu pon kita boleh tau yang tu no. orang indonesia..kita pon slalu dapat msg gitu!
    huh!manusia zaman sekarang..dah tak pikir halal haram dah..

    ReplyDelete
  8. byk sgt la penipuan mcm ni skrg..eeeeeeeee..geram btol!!!

    ReplyDelete
  9. jss,lulu & cutebaby- terima kasih kerana beri komen..memang sah2 dah no Indon...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...