Thursday, January 19, 2017

Azam Tahun Baru 2017 Dan Bersedekah Rezeki


Januari 2017 telah ke penghujung untuk menggantikan Februari 2017.Masih berjalan lancar kah azam baru kita tahun ni?

Ekonomi Malaysia dalam keadaan tak menentu,maka kita sendiri yang perlu merencanakan perjalanan hidup kita dengan lebih teratur.Langkah berjimat cermat sedang berjalan lancar di rumah saya.

Antaranya saya sudah mulai menyimpan sedikit-sedikit untuk simpanan sendiri.Anak-anak sudah saya bekalkan makanan dan minuman sepanjang di sekolah.Maka duit yang diberi baba mereka bolehlah dimasukkan ke dalam tabung simpanan masing-masing.

Jadi saya ni ligat lah nak memikirkan menu setiap hari untuk anak bawa ke sekolah.
Apapun semuanya berjalan baik setakat ini.Impian kami sekeluarga nanti ingin menikmati simpanan kami untuk bersama keluarga berjalan-jalan.
Simpanan untuk anak kecil kami yang baru lahir pun tidak kami lupakan.

Memang dalam menjalani hidup di zaman yang sangat mencabar ini,satu je kita kena ingat,zaman ini buat je apa sahaja kerja,jangan memilih,kerana di luar sana terlalu ramai keluarga yang sedang bertungkus lumus membina hidup dengan apa saja yang ada.

Semoga jangan dilupa setiap rezeki yang kita dapat adalah pemberian dari Allah s.w.t. dan kita hendaklah berkongsi rezeki tersebut dengan cara bersedekah kepada yang memerlukan.
Itu sahaja cara untuk menambah rezeki yang ada.

JANGAN TUNGGU KAYA UNTUK BERSEDEKAH
SEBALIKNYA BERSEDEKAHLAH UNTUK
MEMBUKA PINTU REZEKI DAN HARTA

2 comments:

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...