Friday, April 20, 2012

Gelagat Anis di Pra Sekolah

Sejak mula persekolahan awal 2012,saya tidak pernah melihat bagaimana keadaan Anis bila di pra sekolah.Ini semua disebabkan saya mengasuh anak orang.Jadi memang peluang itu tak ada.

Kebetulan,baru-baru ni anak perempuan saya yang bersekolah di Kelantan bercuti,maka dia mengambil peluang untuk ke sekolah Anis,sambil berjumpa dengan bekas-bekas gurunya.

Bila dia ambil gambar Anis ni,tiba-tiba sayu hati bila nampak Anis nampak bersungguh-sungguh untuk belajar.Lagi sayu hati ini,memang betul hanya dia seorang sahaja murid perempuan yang memakai tudung ketika itu.

Umi doakan Anis menjadi anak yang solehah ye!

Waktu ni mesti kelas agama Anis.Nampak sedang belajar Alif Ba Ta tu...Tunjuk dengan jari je.Gunalah pensil ke,lidi ke.Nanti umi letakkan lidi penunjuk dalam beg sekolah Anis ye.

Ramai ye kawan-kawan Anis.Umi tak pernah jumpa lagi,apatah lagi nak tahu nama mereka.Bilalah peluang umi dapat berjumpa kawan-kawan Anis ni ye,Semoga ada peluang umi nanti ye.Eh!Ada juga yang silap pakai warna baju?Sepatutnya hari tu semua kena pakai baju oren kan,bukan warna biru kan.Biasalah tu,Anis pun pernah silap pakai warna baju kan,salah umi tu.Umi tak peka awal-awal tahun dulu.

Hanya 2 keping je dapat dikongsikan.Kakaknya pun tak nak ambil banyak-banyak.Boleh umi tengok. Yang gambar ni,waktu mula-mula masuk kelas awal tahun 2012.Waktu ni baju pun tak dapat lagi.Yang menariknya,main tarik je beg tu tak kiralah atas rumputke,atas jalan raya ke...tarikkkk je lah.Barang takde dalam beg tu.Tu waktu balik sekolah,yang tu je lah saya dapat snap.

Anak umi...anak umi...

Pesanan:Cepat masa berlalu,anak pun makin membesar,tinggal seorang je kat rumah tak bersekolah lagi.

12 comments:

  1. bagus anis... raajin belajar.. smg membesar sbgai ank yg rajin + solehah...

    ReplyDelete
  2. alahaiiii...comeynya anis pakai tudung tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha...waktu g sekolah kemas je tudung dia,balik sekolah dah sampai nampak anak tudung....

      Delete
  3. Replies
    1. lama-lama haus tayar beg tu...asyik tarikkk je..

      Delete
  4. anis comel, study hard ye..
    ohsem beg hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ler aunty..he he he..Anis cakap ni

      Delete
  5. salam kenal ummiarissa. Masuk sini dari blog huda. Anis ni pra-sekolah 5 tahun lah ya? Lahir 2007 kan. Saya lihat dari catitan keluarga saya pada sidebar tu. Nampaknya ummiarissa sebaya dengan saya, lahir thn 76, tp awak anak dah 6, saya baru 4. Nak kena belajar dari awak ni, saya anak 4 dah rasa bznya kat rumah, penat pun ya. Mesti awak ni supermom kan...:)

    ReplyDelete
  6. salam kenal juga Yus..ha ha ha...betullah tu Anis 5 tahun...anak 6 sebab bersalin rapat 4 orang yang atas tu...kemudian baru palnning comel...he he he...bila anak2 dah besar sikit,boleh tolong tengokkan yang kecil..senang sikitlah...sama je busynya...4 ke 6 ke...kan...selalulah jenguk saya kat sini ye...

    ReplyDelete
  7. Dah besar dah tak lama lg jadi anak dara..:)
    teringat zaman yna pra sekolah 19thun dulu..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pulak yna nak tamatkan zaman dara..he he he

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...