Monday, April 02, 2012

Selamat dari menjadi mangsa bom di Hatyai.

Berikutan berita tentang letupan di Hatyai,Thailand baru-baru ni,saya dikejutkan juga dengan status FB(facebook) di wall sahabat baik adik saya.

Saya pun tak tengok berita juga berkenaan dengan letupan tu,saya dapat tahu pun dari berita di sini.

Terkejut juga bila baca status di FB nya.Katanya dia bercuti di sana dan menginap di Hotel Centara berhadapan dengan Hotel Lee Garden yang dibom.

Menurut cerita empunya badan memang hari tu,dia sudah pun keluar (check out) dari hotel.Pada mulanya dia dan keluarga ingin berjalan-jalan disekitar kawasan berkenaan,tapi entah macam mana tergerak hatinya untuk mengajak suaminya terus pulang ke Malaysia.Alhamdulillah semuanya selamat.Allah yang menggerakkan hatinya untuk pulang lebih awal.Itulah kekuasaan Allah.Dia Lebih Mengetahui segala-galanya.




Saya pernah membuat entry tentang anaknya di sini.Alhamdulillah semua keluarga pulang ke Malaysia dengan selamat.Runsing juga dengan keadaan di Thailand sekarang ni.Tak habis-habis dengan bom sana,bom sini.Apa nak jadi ni?

Pesanan:Kali terakhir saya bercuti di Thailand tahun 2002 kot kalau tak silap.Waktu tu ok je..

25 comments:

  1. Ingat nak gi semalam, masuk ke Tak Bai...mujur lah rasa berat hati nak konar ke situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...Allah gerak hati Wanie tu...mujurkan..

      Delete
  2. Risau kan dengan kejadian letupan kat Siam ni, dah le ramai rakyat Malaysia memang suka menginap di Hotel Le Garden tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak g bercuti sana kena pikir 2-3 kali..memang ajal Allah tentukan,tapi berita tentang bom-bom ni macam dah biasa je kat sana...

      Delete
  3. salam UA..memang tak selamat keadaan kat sana ..mama berada dipantai timur dr 16/3-19/3..ingat nak masuk kesana..tapi adik mama kata bahaya..mama dah bawa passport sekali..he2x..ank mama pun tak bagi pergi..sebelum ni mama kesana melalui padang besar..dah lama tak kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke mama...hmm..bercuti tempat lain lah mama...

      Delete
  4. itu mmg menakutkan..harap2 msia ni akan terus aman...

    ReplyDelete
  5. Baiklah bercuti sekitar tmpt kita je kan? Akk pergi beberapa thn dulu, tak pernah dgr masaalah. Zaman dah berubah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sistem pemerintahan pun berubah juga..

      Delete
  6. hmmm mujurlah tergerak hati dia dan family nak terus balik ye sis... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tergerak juga hatinya nak pulang segera..

      Delete
  7. takut...
    harap2 malaysia tak macam ni
    inginkan keamanan dan kedamaian berterusan

    ReplyDelete
  8. Dah lama akak teringin nak masuk sana....tapi bila memikirkan pasal kslamatan...mmng tak berani....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thailand ada tempat menarik untuk dilawati...tapi disebabkan kes ni,mungkin tak ramai pelancong nak g.

      Delete
  9. Mak ila nak pg hatnyai tak lama lagi.pk banyak kalia jugakla

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha,jadi ke tidak?tengok keadaan dululah...dah reda nanti bolehlah ..

      Delete
  10. eh.. sy pun xtau psl ni.. nsb baik terbaca entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita keep in touch selalu...

      Delete
  11. Saya juga berada di hatyai malam sebelum letupan.Petang tu mmg kami jalan2 kt sekitar hatyai,dekat dengan kejadian bom.nasib baik rombongan kami dah plan nak ke Krabi kul 12tgh malam tu.esoknya dapat panggilan dari family kt M'sia bgtau hatyai di bom.Alhamdulillah kami semua selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh begitu ceritanya...mujur semuanya selamat ye..simpati pada mangsa (rakyat Malaysia)yang terkena bom tu..

      Delete
  12. tu la...mujur semuanya selamat..mmg harap semuanya selamat

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...