Monday, August 08, 2011

Galakkan anak-anak kecil ikut solat terawih.


Anak-anak saya yang berumur 9 dan 10 tahun begitu seronok mengerjakan solat terawih sejak malam pertama lagi.Masih belum ponteng lagi.Padahal kalau lepas berbuka boleh aje kalau diorang terus melepak tidur.Ye lah kekenyangan makan berbuka.Yang dah baligh tu memang tak tinggal jugalah mungkin segan dengan adik-adik yang bawah umur ni.

Saya sangat bersetuju jika kita latih anak-anak mengikut kita berjemaah di surau atau masjid bersolat terawih sejak dari kecil lagi.Biar mereka terbiasa dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini.Lagipun mereka perlu tahu perbezaan solat wajib 5 waktu dengan solat sunat terawih yang dilakukan sepanjang bulan puasa ini.Nampaknya mereka semakin seronok.

Cuma yang perlu kita awasi anak-anak yang lebih kecil yang berumur 4 tahun ke bawah ni.Mengikut pengalaman saya berterawih di surau kediaman saya,anak-anak ini lebih suka berlari-lari dan membuat bising.Mungkin yang sudah biasa dengan keadaan ini tidak risau,tetapi bagi yang tidak biasa mungkin dianggap sebagai gangguan kecil.Kadang-kadang terlupa rakaat,tidak kusyuk dan sebagainya.Jadi berhati-hatilah bagi mereka yang membawa anak-anak kecil ini.Tidak salah melatih anak-anak kecil ke surau atau masjid untuk bersolat.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat sunat Terawih ini .
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.


Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Semoga iman kita semakin kukuh dan kecintaan kita pada Allah semakin kuat.

Pesanan:Boleh bawa anak kecil yang tak meragam,Saya bawa juga si kecil yang berumur setahun lebih,setakat ni tidak menganggu solat,dia duduk di bahagian belakang bersama kakaknya yang berumur 4 tahun.

15 comments:

  1. reingat waktu dkna kecik dulu...teman mak pergi terawih :D

    ReplyDelete
  2. bagus nak ajar anak sesuatu yg baik tapi perlukan pemantauan.. rasanya better biar anak solat sebelah kita.. jadi dia xberani main2 kat luar..

    ReplyDelete
  3. Met Puasa..dah lama sekali awak gak dtng kemari...(ganti template ya)..
    Alhamdulillah...krn anak saya cuma sorang jd sejak bayi suka selalu di bawa taraweh atau shalat apa aja di mesjid..jadi sejakl umur 4 thn ia sdh terbiasa kok..

    ReplyDelete
  4. anak2 sya 11,6 n 5 tahun pun rajin p terawih

    ReplyDelete
  5. @adylia-terbawa-bawa sampai dewasa tak?he he he...esok2 bolehlah praktis kat anak lak ek..

    @Sofya-boleh juga,tapi tak terganggu ke rakan jemaah di sebelah,mungkin dia tak selesa...terpulang kepada keselesaan masing2 kan...

    @Bunda Loving-selamat berpuasa juga pada Bunda...sibuk sikit dengan anak-anak,jadi tak sempat singgah blog...

    @misya-alhamdulillah...semoga terbiasa hingga dewasa...

    ReplyDelete
  6. saya pun plan nak suruh Amirul gi ikut semayang taraweh tapi dapat buat penuh sebab bila malam kena buat kerja sekolah...

    ReplyDelete
  7. @ayin-semoga amirul menjadi anak yang baik dan abang yang penyayang...Amin!

    ReplyDelete
  8. tahniah..anak2 eluk bawa ke Surau/ masjid bermula pada usia yang kecil

    ReplyDelete
  9. anak2 selalu main di belakang sesama mereka..

    .. masjid sepatutnya lebih mesra kanak-kanak.. .. kalau dari kecik tak didik cintakan masjid janganla harap dah besar diorang suka masjid..

    cuma kalau budak kecik yg belumkhatan tue jangan diletak tengah2 sbb putuskan saf

    ReplyDelete
  10. @BABY(MAMA AMANA&ARIEF)-ye lah..kalau budak yang belum khatan mak pak janganlah letak bersama saf...hmmm kena beringat-ingat sikit ni...

    ReplyDelete
  11. bila nak updet entry baru ni.......???

    ReplyDelete
  12. Tak berani lagi bawak anak2..sebab 3 hero..( 6,5 dan 2 )tak jadi semayang dibuatnya

    ReplyDelete
  13. bukan selalukan.. pengalaman berharga buat mereka juga tu.

    ReplyDelete
  14. @Fadzli Amir-ha ha ha kelakarkan budak-budak ni...macam-macam perangai..

    @kak Liza-ye lah Kak Liza..pengalaman ini pasti diingat sampai dewasa...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...