Hukum Hiburan:
MAKRUH
Hiburan yang Tidak Memberi Apa-Apa Kesan yang Buruk atau Baik.
Contohnya berada dalam majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa.
HARAM
Hiburan yang Memberi Kesan Buruk.
Memberi kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat contohnya berhibur sehingga mengabaikan solat, bekerja mencari rezeki dan sebagainya.
HARUS
Hiburan yang Memberi Kebaikan.
Hiburan yang memberi kebaikan kepada individu dan masyarakat seperti pertandingan memanah,permainan yang berfaedah,dan apa sahaja hiburan yang diterima baik oleh rasional manusia.
Takrif Hiburan
Dalam bahasa Arab disebut sebagai al-lahw iaitu semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan,pemikiran dan masalah yang menggangu tidur mereka. Ia juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain,berjenaka,bersembang malam,menyanyi dan sebagainya.
Pesanan: Sebarkanlah kepada semua.
Dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat- Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.