Kebiasaan hari-hari yang saya lalui penuh dengan keriuhan yang datangnya dari mulut saya. Dalam erti kata lain, saya mesti akan bising kalau ada yang tak kena pada pandangan saya. Contohnya bilik anak-anak bersepah,sampah merata-rata,buku-buku bersepah saya pasti bising.
Jadi pada hari ini saya ingin membuat perubahan sedikit (sedikit sahaja). Kalau biasa saya akan cakap begini pada anak saya
"Korang ni berapa kali umi nak cakap, beg sekolah tu susun elok-elok kat dalam bilik. Ini tidak bersepah-sepah! Tak tengok ke macam mana umi berkemas! Hari- hari nak mulut umi bising!". Begitulah lebih kurang.
Saya nak tukar cakap begini pula
"Bilik tu pastikan jangan disepah-sepahkan. Beg susun elok-elok ye. Buat macam mana umi kemas selalu kat bilik tu ye". Lembut gitu.
Sebab saya bukannya boleh cakap lembut-lembut dengan anak. Saya cuba dah banyak kali tapi mereka buat tak tahu je. Tapi bila suara saya tinggi baru mereka dengar. Macam tu lah saya selalu. Setiap hari. Suami bukannya tak marah pada anak-anak,tapi suami kata anak-anak lagi tak dengar katanya. Dia boleh gertak anak dengan berkata
" Kejap lagi suara umi mu keluar,ha siaplah. Dengan aku ni tak nak dengar.Nak umi mu juga marah,baru nak dengar".
Habis camno? Tapi elok juga suami saya lembut,saya ni garang sikit. Kalau tidak bertambah kecohlah keluarga kami. Sekurang-kurangnya kalau anak-anak kena marah dengan saya suami akan memujuk. Kalau dah kedua-dunya garang,ke mana mereka nak pergikan. Rumah atuk dan nenek jauh. Adik beradik sayapun jauh.
Jadi kesimpulannya,sempena hari lahir saya hari ini, saya akan memberikan kebebasan pada mereka membuat apa yang mereka suka di rumah ini. Harap-harap dengan bercakap lembut-lembut dengan diorang kali ni,jangan ada yang mengambil kesempatan.
Oklah setakat ini sahaja.
Pesanan: Alhamdulillah,saya masih di panjangkan umur,diberi kesihatan yang baik dan dapat melihat anak-anak membesar dengan sihat. Bersyukur pada Allah. Amin!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.