Wednesday, April 07, 2010

Kek Coklat Kukus


Sempena hari lahir saya hari ini,saya ingin berkongsi membuat kek coklat kukus. Tak payah saya ke kedai membeli kek yang mahal. Saya yang sambut hari lahir,saya yang sediakan kek sendiri. Sebab anak-anak sendiri suka masakan uminya.


Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula
1 serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu manis
1 cawan air panas
4 biji telur (jika kecil telurnya 5 biji)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder




Cara-cara memasaknya:
1. Pukul telur dan gula,tak perlu sampai kembang. Asal sebati.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali air panas.Kacau dalam mangkuk besar.
3. Akhirnya baru masuk air panas, sebatikan. Masukkan dalam acuan kecil,tinggalkan suku kat atas.(jangan isi penuh).
4. Kemudian kukus dalam kukusan selama 15 minit.

Pesanan: Jika di kacau dalam 'mixer' ia larut dengan mudah
Jika masukkan ke dalam loyang kukus selama 1 1/2 jam.

Selamat mencuba.

1 comment:

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...