Maksudnya: "Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)."
Suruhan dan latihan melaksanakan solat serta ibadat-ibadat lain seperti berpuasa , akan membiasakan anak-anak untuk mudah mentaati titah perintah Allah SWT.
Kebiasaannya mereka mematuhi suruhan Allah SWT dan Rasulullah SAW akan dapat mempersiapkan individu kanak-kanak tersebut menghadapi alam kedewasaan dengan penuh yakin dan bersemangat.
"Anak-anak yang mendapat didikan beribadat di peringkat asas ini akan memiliki kesihatan jasmani,kemuliaan akhlak dan berpewatakan yang disukai ramai."
Pesanan: Ajarlah anak bersolat sejak kecil. Pesanan untuk semua dan saya juga.
Petikan dari buku Indahnya Hidup Bersyariat -Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
ceritala tentang kerenah anak2 sure seronoknya
ReplyDeleteInsya Allah..terlalu banyak cerita tentang karenah anak2 ni...masa je tak cukup..
ReplyDelete