Friday, June 29, 2012

Sekadar Peringatan Untuk Yang Hidup



Firman Allah SWT:




Maksudnya:
Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan. (Surah al-Jumu'ah:8)


Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini,insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.


Sumber:Buku Indahnya Hidup Bersyariat-Dato Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab Hamid.


Gambar copy dari FB Sham Kamikaze

Pesanan:Masih mengumpul dana dan saham untuk ke akhirat.

Thursday, June 28, 2012

Boleh percaya ke dengan terjemahan ni?

Oleh kerana ada masa sikit petang ni,sebab anak-anak jagaan semua balik awal hari ni.Maka saya pun godek-godek blog..ekjas-ekjas mana yang patut.Terjumpa pula gadget translate.Cubalah saya masukkan dalam sidebar saya. Saya pun cuba translate le entry ni.Translate dalam Bahasa Indonesia.

Cuba lihat apa dah jadi.Korang faham ke?Itu belum lagi Bahasa Jepun,Bahasa India ke...


Pesanan: Jangan baca sampai semput ye..Amik nafas sikit.

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas


Saya tahu masak asam pedas ni ada banyak versi.Ada banyak bahan dan ada yang sikit je bahannya.Saya bukanlah pandai sangat masak asam pedas,setakat nak masuk kat tekak saya dan keluarga bolehlah.Jadi saya malas nak letak segala jenis bahan yang kalau orang lain buat memang sedap.Cara memasak pun banyak versi juga.Ini versi mudah saya.

Bahan-bahan saya mudah je:

Ikan tenggiri

Cili kering
Bawang merah,bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Lada hitam
Blenderkan je

Serai (titikkan je)
Air asam jawa.

Bahan Tambahan:
Terung,bendi dan tomato

Buat pun mudah je,Tumis bahan-bahan blender,masuk serai.Agak-agak naik minyak sikit,masuk air asam jawa.Masukkan ikan.Perasakan dengan garam.Mudah sangat kalau dah biasa ke dapur tu.

Cubalah!

Kat Melaka tu saya suka makan asam pedas ikan pari,nama gerai dah lupa,tapi memang lauk asam pedaslah,pilih je ikan apa kita nak suruh mereka masak,rasanya dekat dengan Mall.Bukan dalam Mall tau(apa ye nama mall situ?)

Pesanan:Saya selalu test,cuba dan try banyak kali nak buat asam pedas,pernah buat dulu masam sangat,terlebih asam daaa....



Arward Terjah MakLady Of The Month

MakLady 1st Give away ~ Contest
"Award Terjah MakLady Of The Month"


Saya telah ditag oleh rakan blogger saya MiaLiana untuk menyertai give away ini. Saya suka cara Mia mengajak rakan blogger untuk menyertainya dengan mengatakan "support rakan blogger kita...ayuhhh".Jadi saya juga berbesar hati untuk join contest ini.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 2359-30 Jun 2012.Masih berbaki 2 hari lagi.Sempat lagi.

Syarat penyertaan:

Mula-mula follow blognya- Done!
Kemudian reka entry beserta logonya-Done! (inilah entrynya beserta gambar logo tu)
Link 2 blog yang suka terjah dan nyatakan sebabnya:


Blog Mia banyak kongsi ilmu,ada je pengetahuan yang dia nak kongsikan bersama,sebagai orang baru,saya memerlukan orang seperti Mia membimbing,dia juga sangat ramah walaupun kami tidak pernah bersua sekadar berbual di email dan twitter.Apa sahaja persoalan atau masalah yang ditanya pasti berbalas,biarpun lambat(kadang-kadang).


Walaupun masih muda dan belum berkahwin lagi,tetapi pemikirannya menulis blog jauh dari jangkaan saya.Saya suka untuk menjenguk blognya bagi menjiwai darah muda untuk saya menangani segala permasalahan orang muda terutamanya anak-anak saya yang kini semakin naik remaja.Yana juga salah seorang blogger yang saya pernah jumpa,seorang yang cantik dan peramah.Lagi pula dia mek Kelate lah.Sama negeri dengan suami saya.he he he..

Okay syarat terakhir tag 3 orang rakan blogger.
Nak tag Yana,Lydsunshine dan Qhaifa-Done!

Ok nak tahu hadiah apa yang ditawarkan...boleh jengah je ke blog Mak Lady

Okaylah.sampai sini dulu.

Pesanan:Kita terjah menerjah...

Wednesday, June 27, 2012

Jom ke dapur bersama anak-anak

Petang semalam,teringin nak makan donut.Bila bahan ada di dapur bolehlah buat.Lepas uli sana uli sini,anak-anak perempuan pun sibuk nak menolong.Sebenarnya nak cepat.Cepat siap cepatlah boleh makan.Maklumlah buat donut ni nak kena tunggu dia naik dulu baru boleh goreng.Nanti tak jadi pula.

Tetapi bila memikirkan bila lagi nak ajar anak buat kuih ni,maka saya relakan jua.Setelah saya beri contoh lebih kurang cara nak menekap donut ni,mereka pun sambunglah buat sampai habis.

Jom tengok hasilnya.Tidak mengecewakan.Yang penting lembut donut saya tu.Makan panas-panas lagi.

Ini hasil kerja tangan saya...

Ini hasil kerja tangan anak ke 4 berusia 10 tahun (darjah 4)...ok tak?

Ini hasil kerja anak yang berusia 5 tahun...tak percaya ke?harus percaya...

Tak tanya ke kenapa saya asing-asingkan...he he he...yang anak saya usia 5 tahun tu buat,lain macam je cara dia canai doh tu.Kadang-kadang tu sampai terbalik dulang tu.Aik!Ko je lah yang makan nak...tak hingin umi nak makan!ha ha ha...Teruk umi ni kan...

Okaylah tu puas hati juga anak-anak bila berpeluang merasai pengalaman membuat donut.Boleh ajak lagi ni.Sebenarnya anak-anak ni saya dah ajar buat kerja dapur yang ringan-ringan seperti mengupas bawang,ubi kentang dan sayuran.Ajar sikit-sikit dulu.Lama-lama pandailah diorang sendiri.(agaknyalah).

Nak tahu juga ke resepinya?Saya main agak2 je ni.Antaranya,tepung gandum,yis,marjerin,tepung susu,sikit gula dan air untuk menguli.Buatlah sampai jadi doh.Lembut doh tu,lembutlah donut tu.Biasanya kiraan tepung gandum untuk 1 kg-1 paket yis segera.

Lembut macam ni....

Setelah dipotong dua...he he he

Okay minggu ni entry pasal makanan je ye..Jangan muntah2 pula.Dan jangan ingat ni blog masakan.Ni blog campur-campur ye...

Pesanan: Bolehlah bagi jiran sebelah rumah sikit.

Tuesday, June 26, 2012

Steak Daging ala Ummiarissa

Nak makan steaklah...tapi tak pandai buat...google dah,banyak sangat pula bahannya..Nak beli.wooo..anak je dah 6 orang..berapa lak kena bayar nanti.. Jadi saya cuba buat ikut adunan sendiri...resepi sendirilah ni.


Dah siap! setelah berhempas pulas di dapur.

Daging tu senang je.Guna daging cincang,Potong dadu bawang besar,gaul dengan daging tadi,campur lada sulah,garam,lada hitam dan sedikit serbuk roti.Bentukkan macam nak buat pergedil tu.Kemudian gorengkan atas kuali leper,minyak sedikit.

Selesai daging,nak buat kentang putar pulak.Kentang rebus dan lecek sampai hancur.Letak mayonis,susu segar sikit,lada hitam sikit.Gumpalkan letak atas pinggan.Susunkan je lah.

Ada makanan tambahan nampaknya atas pinggan tu,itu adalah ikan fillet..mudah je,beli kat pasaraya,goreng dan tambah atas pinggan.Sos ikan fillet tu,guna sos cheese je(tepung cheese bancuh air panas je).Letak atas ikan tu.

Sos lada hitam lagi senang saya buat,beli sos lada hitam,masak dengan air sikit,pekat sangat kalau buh terus,jadi curahkan aje atas daging dan sedikit atas kentang tu.Dah siap!.Versi ummiarissa ni tau!.

Sedap ke?
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.


Nota:Followers saya dah meningkat ke 373 orang...ini gara-gara masuk segmen bloglist mak dara...Terima kasih semua.

Pesanan:Kita yang buat dia kan...mesti jadi punya.

Monday, June 25, 2012

Semua Tentang Strawberi

Kalau ke Cameron Highlands tak beli strawberi macam tak lengkap je kan.Kalau pun tak nak bawa balik makan kat situ pun sedap juga.

Strawberi yang saya makan di CH:

Ini strawberi yang masih bergantung di pokoknya.Macam kembar je kan...


Jeli ni saya dan suami makan sewaktu nak hilangkan mengantuk di dalam kereta sewaktu pulang turun dari CH.Memang menjadi.


Setiap kali ke CH anak-anak mesti minta gula-gula ni.Makan tak habis lak tu.


Aiskrim ni pula kami makan waktu tengah hari,konon-konon panaslah kan.Punyalah lambat nak cair,makan pun lambat-lambat.

Ini kerja anak-anaklah ni.Kalau bawa balik strawberi mesti suruh salutkan dengan coklat.


Kalau beli kat sana yang dah siap salut coklat mahal juga.Baik buat sendiri di rumah,salut semua baru puas hati makan.Nak nampak cantik lagi taburkan coklat rice warna-warni.Licin tau  3 bekas besar dan 1 bekas kecil.Memang tak merasalah jiran-jiran sebelah rumah.

Cukuplah kot 3 hari berturut-turut cerita pasal CH.Ada banyak lagi entry sedang beratur menunggu giliran mereka...he he he..simpan dalam draft dulu....

Pesanan:Kalau sesiapa nak bagi hadiah kat saya,bagi je strawberi ni.Memang dijamin laku di rumah ni.He he he

Sunday, June 24, 2012

Cantik tapi kotor di Cameron Highlands

Kalau lihat di taman ni yang terletak di Tanah Rata Cameron Highlands memang cantik,kalau nak mengabadikan gambar pun memang sesuai.


Ada dua tempat teduh yang disediakan beserta dengan tempat duduk yang selesa...


Itu kalau kita lihat dari kejauhan.Tamannya memang bersih dari segi sampah sarap yang tidak
kelihatan kerana setiap sudut disediakan tong sampah besar.Memang cantiklah kalau kita nak makan-makan bekal yang dibawa.Duduk bersantai di situkan.


Tetapi disebaliknya,tempat teduh ini,tidak boleh diduduki jika tidak dialas dengan suratkhabar atau tikar.Sangat kotor dan terlihat kekotoran itu seperti sudah lama ditinggalkan.


Ini saya rakamkan pada 23/6/2012..sebelah pagi.

Kelihatan sebuah keluarga demi sebuah keluarga yang bercadang untuk berehat di kawasan teduh terbabit hanya beralih haluan,apabila setiap kali hampir sahaja ditempat tersebut,semua hanya memandang sahaja dan mencari tempat lain untuk duduk.Sayang sekali,tempat khas yang disediakan untuk berehat hanya dapat dipandang sahaja.Melainkan anda membawa tikar atau suratkhabar untuk mengalas punggung anda!.

Saya berasa terpanggil untuk menunjukkan kepada umum tahap kebersihan yang tidak dikawalselia dengan sebaiknya ini  kerana saya adalah antara mangsanya.Janganlah hanya cantik dari kejauhan sahaja,bila didekat sangat buruk.Buruknya tempat itu akan membuatkan tanggapan terhadap Majlis Daerah Cameron Highlands terjejas juga.Harap mereka berkenaan akan mengambil tindakan selanjutnya.

Cameron Highlands bukan sahaja tumpuan untuk warga tempatan sahaja tetapi pelancong dari luar negara.Bagaimana reaksi mereka apabila melihat keadaan ini berlaku?

Semoga pihak yang berkenaan peka dengan keadaan ini.

Pesanan:Cantik di luar cantik di dalam

Saturday, June 23, 2012

Bersiaran Langsung di Cameron Highlands

Sekarang jam 11.41 pagi....saya kini berada di tempat sejuk di Cameron Highlands...

Sedang update entry ini lah...he he he....Anak-anak dan suami sedang mengambil udara yang nyaman dan sejuk di sebelah sana..


Mereka sedang menikmati sarapan pagi yang saya bawa dari rumah...nak tahu apa saya masak?Jom terjah...he he he


Saya masak sarapan pagi mee hoon lada hitam,untuk tengah hari,nasi putih,dalca sayur dan ayam goreng berempah.Semuanya akan dihabiskan hari ini juga.Sejuk-sejuk ni lapar tau.Manakala kudapan di dalam kereta nugget yang dicicah dengan sos cheese....yummy...Dah licin sebenarnya nugget dan mee hoon tu.Tunggu untuk makan tengah hari pula.

Okaylah...sambung nanti..saya nak bersiar-siar dulu...

Terkini:Jam 6.56 petang 23/6/2012...saya sudah pun berada di rumah...hanya pergi balik hari je...masa perjalanan dari Lipis ke Cameron hanya lebih kurang 1 jam 45 minit je..
Pesanan:Saya tak perlu baju sejuk,pakaian saya dah berlapis dah.

Friday, June 22, 2012

Kelambu Budak vs Kelambu Orang Tua



Ini kelambu budak.Biasa dah kan tengok.Memang sesuai dan cukup untuk seorang je ni.Kelambu ni sangat nostalgia kerana digunakan untuk sewaktu anak sulung saya kecil dan kini dia sudah pun berusia 14 tahun.Kelambu ini jugalah digunakan untuk kesemua 6 orang anak saya.Maknanya saya tak belilah kelambu baru.Guna je apa yang ada.


Orang tua pun nak kelambu jugakan.Lagi-lagi kat rumah kampung macam rumah Tok Ayah memang banyak nyamuk.Besar-besar pulak tu.Jadi orang berniaga ni pun ingat juga kepentingan orang tua,maka diciptakanlah kelambu besar khusus untuk kita yang tua ni.Kelambu ni kalau untuk keluarga saya kena ada 2.Maka kami bahagikan.2 yang kecik dan kami berdua satu kelambu.Satu kelambu lagi boleh isi 3 orang anak-anak dara saya.Yang bujang pula,dia kalih dengan nyamuk,dia berselimut penuh,nyamuk pun takut nak hinggap.ha ha ha

Biasanya kelambu besar ni ada banyak dijual di Kelantan.Buatan orang Thailand ni.Banyak kali teringin nak beli bawa balik satu,tapi kereta asyik penuh dengan orang dan barang je.Harganya sekitar RM40-RM50lah rasanya.Tak ingat,sebab dah lama adik ipar saya beli.Dia beli khas untuk Tok Ayah,tapi bila kami balik kamilah yang pakai.

Pesanan:Dah masuk kelambu malas rasanya nak keluar dari situ,syok je tidur.he he he

Thursday, June 21, 2012

Tunang,Kahwin dan Dapat Baby....Meriah tau!

Zaman sekarang ni nak sambut apa-apa pun meriah tau.Daripada bertunang,berkahwin sehingga dah dapat anak pun sambutan diberikan cukup meriah.Beruntunglah mereka yang diraikan itu.

Dulu-dulu,majlis pertunangan ringkas sahaja.Hanya sarung cincin di bilik yang dihiasi ringkas je.Mak mertua dan ipar duai yang akan masuk ke bilik bertunang tu.Tunang lelaki tak kelihatan ketika itu,ada setengahnya bekerja seperti biasa,ada pula hanya tunggu di luar rumah sahaja.Memang tak campur.

Sekarang ni majlis pertunangan,siap pelamin,siap bagi cenderahati lagi,kalau kat luar rumah tu,pasang khemah 2-3 buah.Meriah kan.Bab bergambar pula,tunang lelaki pun ada juga yang datang berpakaian sedondon dengan tunang perempuan.Sesetengahnya ada juga siap ambil gambar kat luar dari rumah seperti di taman-taman.

Ini contoh pelamin untuk pertunangan adik kawan saya.Tak perlu hias bilik.Ringkas tapi cantikkan.

Untuk perkahwinan pula,dah jarang orang guna dua kerusi.Semua dah pakai satu kerusi lebar seperti gambar di atas ni.pelamin pun hiasan tak lengkap kalau tak letak bunga jambang besar.Gambar blur,gambar anak saya.Malas nak bagi dia interframe.


Yang ini pula perkahwinan sepupu saya.Mereka juga menggunakan satu kerusi lebar.Merenjis-renjis lebih kurang,beri telur sebiji seorang dah selesai.Bunga masih menjadi pilihan.Memang tak cantik kalau tak letak bunga kan.


Yang ini pula majlis cukur rambut anak yang baru lahir.Majlis ini untuk anak sepupu saya.Buaian pun dah tak serupa buaian bila dah dihias cantik sebegini.Siap ada patung teddy bear tau kat bawah tu.Baby baru lahir ni peduli apa dengan hiasan tu kan,asalkan tidurnya jangan diganggu.Majlis seperti ni pun,ada juga pasang khemah di luar rumah ,cenderahati pun ada juga untuk para tetamu.Agaknya berapa kos buaian secantik ini?

Hmmm...beruntunglah mereka yang diraikan sebegini meriah.Memang anak-anak saya yang seramai 6 orang tu tak merasa langsung buaian berhias sebegini.Saya pun tak merasa alam pertunangan.Takpelah,tak kisah pun.Janji kami sekeluarga bahagia.Bagaimana dengan anda?

Pesanan:Makin canggih zaman itu makin canggih juga cara meraikan sesuatu.Tapi jangan lupa batasan dalam Islam.


Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday # 10-Nak claim ke tak ni?


Senangnya nak dapat hadiah ribu-ribu dan ratus-ratus ribu ni kan..Buka akaun gmail dah boleh dapat.Biarpun tak pernah umum ada cabutan bertuah kalau buka akaun gmail..

Jadi nak claim ke tak ni?Siapa nak,send lah alamat ke e-mel tu.

Pesanan:Rezeki takkan datang bergolek jika tiada usaha.

Tuesday, June 19, 2012

Sebenarnya........saya dah bercucu!

Yang ni cucu yang ke 6..terbaru..

Beruntungnya saya,muda-muda lagi saya dah bergelar nenek.Apa yang nak dihairankan,kalau anak kahwin awal dapatlah cucu awal jugakan.

Inilah yang terpaksa saya tanggung apabila berkahwin dengan suami saya.Ha..ayat simpati gitu.Ye lah,kakak ipar sulung saya je dah sebaya umur mak saya,adik ipar saya yang bongsu hanya muda 3-4 tahun je dari saya.Adik ipar saya (adik suami yang kedua bongsu saya)pula tua 8 tahun dari saya.Tapi saya tetap kakak ipar dia kerana berkahwin dengan abang dia.

Kakak-kakak  ipar saya anak-anak ramai dah kahwin,dah beranak pinak.Umur saya pertama kali bergelar nenek ialah 29 tahun tak silap saya.7 tahun yang lalu saya dah pun bergelar nenek dan suami digelar Tok Chik(ayah chik) gara-gara,anak perempuan kakak ipar saya bersalin anak sulung.

Cuma sampai sekarang saya sedang berkira-kira nak suruh cucu panggil apa kat saya.Kalau ikut orang Kelate,Tokku jadi Tokku Chik...kalau ikut orang Selangor Wan..boleh jadi Wan Chik......biarlah masa yang menentukan.Saya sendiri tak pernah bahasakan panggilan apa-apapun.he he he

Sekarang sedang menunggu menjadi lebih ke arah ketuaan..adik saya sendiri nak bersalin tak lama lagi,makin bertambah anak saudara,anak saudara yang duduk kat Cairo tu pun tunggu masa juga nak bersalin ,tambah cucu saudara lagi...waaa...tuanyeeee...

Pesanan:Kadang-kadang sama naik juga mak saudara dengan anak saudara,kalau mengandung dan bersalin akan sebayalah anak,sepupu dan cucu...

Monday, June 18, 2012

Roti Canai RM0.50 je sekeping!



Inilah rupanya roti canai yang berharga RM0.50 sekeping.Tak percaya!Mesti percaya.Zaman sekarang ni nak beroleh barang yang murah memang susah.Kena 'explore' baru jumpa.Kena pusing-pusing,jalan-jalan,tanya harga ,kena pada tempatnya jumpalah harga murah.Tapi awas!Bila harga murah ni satu je kena hati-hati,jangan percaya jika tidak mencuba.Betul kan.Setakat tengok harga murah,kalau rasa tak padan,baik tak yah beli kan.




Satu pagi,saya berjalan-jalan di sekitar pasar basah Pengkalan Chepa,hajat di hati untuk mencari sarapan.Saya terpandang satu gerai yang menjual roti canai di tepi jalan.Betul-betul di hadapan sebuah kedai menjual barangan 'SINGER'.Saya cuba dekati dan lihat papan tanda harga.2 keping RM1.00.Jadi sekeping RM0.50 lah kan.Roti Telur 3 keping RM2.70.Malas nak bertanya,cuba beli.

"Kak,roti canai kosong RM6."(dalam hati berkira-kira ,mesti dapat 12 keping).

Sengaja tak nak sebut berapa keping.Sebab keping tu akan saya kira di rumah nanti.He he he.Apabila sampai di rumah,saya membilangnya.Betul seperti kiraan saya,ada 12 keping roti canai.Tak percaya!Percayalah!

Ahli keluarga ada 8 orang.Memang cukuplah.Kenyang.Rasa rotinya pun seperti roti canai biasa yang dijual RM1 sekeping.Boleh berjimat ni sarapan pagi.

Kalau berjalan di Pengkalan Chepa,Kelantan,carilah roti canai RM0.50 sekeping.Kuih di pasar tu pun 4 biji RM1.Masih lagi murah.

Pesanan:Kalau tinggal di D'Family Homestay Pengkalan Chepa,boleh nikmatinya sendiri...he he he siap promote lagi homestayku.

Sunday, June 17, 2012

Jom follow sini juga ye...

Sticky Post..Post terbaru scroll ke bawah

Baru-baru ni saya baru je melancarkan sebuah perniagaan berasaskan penginapan.Jadi setelah menanti dari tahun lepas (2011) dan kerap berulang-alik dari Kuala Lipis ke Kelantan untuk menyiapkan projek besar ini.Akhirnya siap juga projek saya ini.

Saya namakan perniagaan saya ini sebagai D'Family Homestay bersempena nama kami berdua.Nama ni pun muncul secara spontan.Rupanya bukan mudah untuk menyiapkan sebuah rumah yang serba baru dan lengkap semua,terlalu banyak pahit getir kami lalui untuk menyudahkan rumah ini.Duit keluar pun mengalir seperti air terjun...laju je...

Untuk pengetahuan umum,rumah ini asalnya rumah kedai,maka kami ubahsuaikan menjadi sebuah penginapan.Walaupun begitu,kami masih belum dapat atau belum bersedia untuk membuang pintu besi di hadapan rumah tersebut atas beberapa alasan antaranya keselamatan.

Lihat sahaja di luarnya memang tidak ramai menyangka bahawa di dalamnya adalah sebuah penginapan yang besar dan selesa.Masih ramai lagi penduduk sekitar bertanya-tanya sesama sendiri,apakah bakal perniagaan yang akan dibuka oleh pemiliknya.Ini saya ketahui dari anak saya yang suatu pagi membeli kuih di pasar hadapan rumah ini.Begitu sekali ingin mereka ketahui.

Ini adalah perniagaan yang paling mencabar setakat ini.Walaupun baru beroperasi,kami amat berdebar melihat perkembangan kemajuan yang bakal di capai homestay ini.Sudah ada tetamu yang mulai menginap di homestay kami ini dan kami berharap akan lebih ramai lagi yang berminat untuk menginap di sini jika datang ke Kelantan.

Saya juga pernah membuat entry pengenalan berkenaan homestay ini sebagai langkah permulaan promosi di sini .Selepas ini pasti saya sedikit sibuk untuk menguruskan homestay ini dan tak lupa juga tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.

Doakan saya berjaya!Boleh lawat ye blog saya ni D'Family Homestay



Pesanan:Follower D'Family pasti akan mendapat diskaun jika menginap di sini.


Kenal kawan anak kita


Kadang-kadang sebagai ibubapa yang sibuk,pasti ramai yang tidak kenal dengan siapa anak kita berkawan.Saya pun tidak terkecuali.

Anak saya Aisyah yang bersekolah asrama jauh dari kami,tidak sempat untk mengenali siapa kawan-kawannya.Lagipun pada awal persekolahannya,dia sendiri masih belum mengenali kawan-kawanya,apatah lagi dia berada sangat jauh dari sekolah lamanya(KualaLipis ke Kelantan).Sekarang sudah lebih 6 bulan bersekolah,dia sudah ada kawan yang baik.

Mungkin masa diperlukan untuk mengenali kawan-kawannya.Berdasarkan ceritanya yang lalu,dia sering bercerita ada kawan yang begitulah,beginilah,jadi sebagai jalan penyelesaiannya,saya memberikan nasihat dengan siapa dia harus berkawan dan dengan siapa dia harus menjauhinya.

Saya guna perkataan menjauhi bukan jangan berkawan,supaya dia tidak salah faham.Takut dia langsung tak bertegur dengan kawan yang saya suruh jauhi itu.Namun saya pasti dia memahaminya.

Baru-baru ini saya ke Kelantan,dan inilah baru saya berjumpa dengan kawan baiknya.Dan saya sangat puas hati setakat ini bila melihat sendiri,bagaimana dia berinteraksi dengan kawan-kawannya itu.Juga bagaimana kawan-kawannya berinteraksi dengan kami sebagai ibubapa Aisyah.

Semoga mereka semua menjadi anak yang baik dan solehah.Doa saya kepada mereka semua.

Jadi anda sebagai ibubapa sudah kenal kah siapa kawan-kawan anak anda?

Pesanan:Aisyah anak ke 2,yang kini sudah boleh berdikari.

Friday, June 15, 2012

Daging Bersalut Tepung Masam Manis




Menu yang sangat lama tak masak.
Kalau masak pun sebab teringat inilah masakan pertama berasaskan daging yang dimasak waktu awal -awal kahwin dulu.Ikut buku resepi dulu,tapi cari-cari buku tu tak jumpa pula.Dah hampir 16 tahun,mungkin hilang waktu berpindah kot.Jadi sebab dah pandai memasak sikit,reka-reka sendirilah.

Menu tengah hari semalam.

Bahan-bahan:
Semangkuk daging (potong nipis-jangan nipis sangat- jangan tebal sangat)

Satukan semua bahan kering ini:
5 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
garam dan lada sulah

1 biji telur

Daging dicelup telur dan di golekkan dalam adunan tepung.Goreng api sederhana,sudah kuning sikit angkat dan toskan.

Bahan-bahan kuah:
Sos cili (ikut suka nak pekat buh banyak sikit)
1 sudu besar cili kering blender
1 labu bawang besar (hiris bulat)(tumbuk)
4 biji bawang kecil (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
halia (sikit je)(tumbuk)
minyak baru

Cara membuatnya:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bahan tumbuk dan cili kering.
2.Agak-agak dah masak sikit,masukkan sos cili diikuti bawang besar hiris.
3.Goreng sampai bawang layu.Tambah air jika terlalu pekat.
4.Masukkan sedikit gula(jika perlu).
5.Akhir sekali,masukkan daging goreng bersalut tepung tadi,kacau sebati,padamkan api.Siap!

Satu lauk sudah cukup.Hiaslah dengan cili merah dan daun bawang/daun sup.
Daging tu kalau nak makan begitu pun sedap,tak perlu berkuah.
Selamat mencuba!

Pesanan:Kalau daun bawang takde buat macam saya,saya potong halus daun sawi saya tabur,nampaklah menarik sikit.

Thursday, June 14, 2012

SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara

Filem yang akan menyebabkan penjual tisu kaya raya

Saya terpanggil untuk join segmen yang dianjurkan oleh Mak Dara ni.Segmen Jom Bikin Filen Bersama Mak Dara hanyalah mengetengahkan poster filem rekaan sendiri.

Oleh kerana saya suka berangan,maka terciptalah poster filem saya ini.Saya ambil kisah sedih romantik ini kerana ingin menandingi filem Ombak Rindu...he he he

Kisahnya dua orang kekasih yang ingin hidup bersama tetapi akibat warna kulit maka bermacam dugaan dan cabaran terpaksa mereka tempuh.Maka berbagai caralah keluarga mereka lakukan untuk memisahkan mereka.Sebab mengikut keturunan keluarga mereka kalau keluarga kahwin pasangannya mestilah berlainan warna kulit,jika si lelaki kulit gelap maka perlu kahwin perempuan kulit cerah.Tak boleh kahwin kulit warna yang sama.Takut kena sumpahan.Tetapi mereka tetap membuktikan cinta dan kebahagiaan tidak terletak pada warna kulit.

Wah!Sangat tragis tau cerita ini.Pelakon Aaron Aziz diberi watak gangster,asyik membelasah si kekasih tu je.Manakala Rozita Che Wan memegang watak penggoda suka je nak goda si kekasih tu.Dia kan kulit cerah.

Cerita ini hanya rekaan semata-mata,tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.Kos filem ini membawa ke angka 5 juta,kerana ramai pelakon tambahan terlibat.Sebab pelakon tambahan sekarang ni kemain demand tau,nak bayaran ribu-ribu walaupun hanya 5 saat je scene dia.Walau apapun penerbit Ummiarissa sanggup mengeluarkan belanja besar dan menjangkakan filem ini akan box office.Ini kerana watak utama filem ini dan pelakon kanak-kanak sanggup berlakon percuma sahaja.

Amacam?Nak tengok tak filem ni.Dari mula tengok filem ni dijangkakan penonton tak henti-henti menangis,jadi inilah peluang perniagaan kepada pembekal tisu agar membanyakkan stok tisu di kilang masing-masing.

Nak tahu kesudahan filem ini sama ada berakhir dengan kesedihan atau kegembiraan nantikan di pawagam berdekatan anda!

Pesanan:Saya sedang berangan duit dalam bank masuk berjuta-juta sebab filem laris!ha ha ha....AKU KAYA!

Minyak sedang dicatu ke?



Sejak 2 minggu lepas,saya perasan yang minyak masak ni diletakkan di kaunter pembayaran.Bukan di tempat khas untuk bahagian minyak.

Ketika itu saya sedang bercuti di kampung suami di Kelantan.Saya ke pasaraya kecil.Saya cari-cari minyak masak ditempat sepatutnya tapi tiada.Rupanya ada diletakkan di kaunter pembayaran.Saya pun tak pula bertanya kenapa.Tapi kebiasaannya,kalau dah minyak dikawal sebegitu,pastinya bekalan minyak masak berkurangan.

Kali ini saya balik ke tempat tinggal saya semula di Kuala Lipis.Saya mencari juga minyak.Ye,bila sudah tiada di tempat sepatutnya,saya dah dapat agak mesti ada di kaunter pembayaran.Sah!Memang ada pun.Baik minyak dalam botol mau pun minyak dalam paket,memang diletakkan disitu.Masih tak bertanya lagi kerana ingin cepat beredar dari situ kerana ada urusan yang berkehendakkan segera.

Satu perkara yang pasti,pembeli hanya dibenarkan membeli 2 peket sahaja atau 2 botol sahaja.Mengikut syarat yang pasaraya itu sendiri yang buat.Nanti akan mulalah kanak-kanak pun turut beratur untuk membeli minyak masak.

Bagaimana di tempat anda?Minyak masak dijual seperti biasa atau tidak?

Pesanan:Saya rasa untung beli minyak dalam botol 5kg dari beli minyak dalam peket sekilo sebanyak 5 peket.

Wednesday, June 13, 2012

Malaysia Menang! -Puas hatiku..

Sumber Gambar:Di sini

Malam tadi saya tidak ketinggalan menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Singapura.Malaysia melakarkan kemenangan bergaya menewaskan Singapura dengan 2-0 di Stadium Shah Alam,Selangor malam tadi.

Sebelum ini di Stadium Jalan Besar,Singapura, Malaysia seri 2-2.Waktu menonoton gol seri ni,saya geram sangat dengan pertahanan Malaysia yang mudah lalai dengan kemenangan permulaan.Tak pasal-pasal pula Singapura dapat menyamakan gol dalam saat-saat masa dah nak habis pulak tu.Lagi-lagi dalam masa tambahan,Singapura boleh jaring gol lagi.Waktu ni,memang sedih sikit.

Tetapi malam tadi saya sangat bersemangat menonton perlawanan hingga akhir.Saya paling suka pemain yang namanya Gunalan.Kalau sesiapa biasa lihat dia beraksi dalam satu-satu perlawanan,memang dia seorang yang rajin kejar bola.Tolonglah naikkan gaji dia...he he he..Betul tau,sebab kalau tak kerana dia rajin mengejar bola di kaki lawan,jangan haraplah bola boleh dapat kat kaki pemain kita.Itu pendapat peribadi saya ye.

Memang saya nak Malaysia menang.Melihat situasi permainan Malaysia malam tadi,memang saya yakin sangat Malaysia boleh menang.Walaupun ada 2-3 kontroversi dalam permainan malam tadi.Itu yang saya tak faham sebenarnya.Orang lain patut dapat kad merah,orang lain pulak yang kena keluar.Tak faham..tak faham..

Apa-apapun,tahniah ye Malaysia!Tahniah Gunalan...awak pemain yang sangat rajin!!!


Pesanan:Jangan pelik ye.Kenapa saya bercakap sorang-sorang malam tadi,sebab anak saya tidur,suami saya keluar dengan kawan-kawan...waaa....tak suka tau!!



Wordless Wednesday # 9 Cenderahati dari Pengantin Baru


Satu untuk lelaki,satu untuk perempuan,
Isi gula-gula,anak tukang makan,
Terima kasih atas jemputan,
Semoga berkekalan.

Pesanan:Tak dapat hadir atas sebab tertentu,tetapi tidak lupa ucapkan tahniah dan beri hadiah.

Monday, June 11, 2012

Daging Goreng Kacang Buncis


Tengah hari ni masak apa?Dah kehabisan idea ke nak memasak.Bagi surirumah sepenuh masa seperti saya memanglah kalau hari-hari masak,mesti menung memikirkan menu apa nak masak pula hari esoknya.

Saya kalau nak cepat,masak menu yang senang tapi sedap.Inilah menu segera saya kalau saya malas nak masak.Iaitu Daging Goreng Kacang Buncis.

Ramai yang dah tahu resepinya,tapi apa kata saya kongsi untuk yang tak tahu.

Bahan-bahannya:

Daging semangkuk kecil
Bawang besar (dihiris bulat)
Kacang Buncis (dihiris serong)
Cili merah (dihiris serong)
Minyak,garam dan serbuk kunyit

Cara memasaknya:
1.Panaskan kuali,masukkan daging hiris.Biar air daging kering.(dikacau sekali sekala).
2.Setelah air daging kering,masukkan minyak sedikit,goreng daging tadi.
3.Masukkan bawang hiris,kacang buncis dan cili merah.Kacau lagi sebati.Goreng hingga sayur masak.
4.Masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.Kacau lagi.Angkat.

Sudah sedia untuk dihidang.Mudahkan.Makan dengan nasi panas-panas.tak perlu lauk lain dah.

Selamat Mencuba.

Pesanan:Ni resepi paling mudah dan ringkas bagi saya.

Saturday, June 09, 2012

BE ke 11 & 12


Saya dapat lihat Buffered Earning (BE) saya sentiasa ada sejak saya kerap update blog.Jika saya lama tak update maka BE saya pasti akan terus menjadi Metered Earning (ME).Walaupun saya berkongsi BE dengan blog suami,ianya tidak menjadi masalah pun.

Maka saya buat kesimpulan,jika saya kerap update blog,ramai yang akan kunjung blog saya,jika tidak maka BE pun susah nak dapat.Setakat ini hingga hari ini (Jun2012)sudah 12 BE yang diberikan oleh Nuffnang.Terima kasih ye..

Memang lah sehingga kini saya belum menunaikan sebarang cheque dari Nuffnang,namun demikian semangat saya berkobar-kobar untuk genapkan hingga angka yang saya kehendaki,barulah saya nak 'cash out my earning'...he he he

Pesanan:Terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog saya.

Friday, June 08, 2012

Gangguan Iblis Dalam Sembahyang


Pernah rasa malas nak solat?Ingin segera menghabiskan solat?Terlupa rakaat?Ingatkan pekerjaan yang belum selesai di dalam solat?Ketahuilah itulah semuanya gangguan-gangguan dari iblis..

Rasulullah s.a.w. telah menyoal iblis,sabdanya, "Wahai iblis!Ketika umatku berdiri mendirikan solat,bagaimanakah hal engkau pada waktu itu? "Jawab iblis,"Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku,seluruh badanku akan menggeletar dan lemah.Lalu aku memerintahkan sekalian bala tentera aku yang terdiri daripada syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu.Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan,sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas(hendak solat)."

"Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia berasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaaan dunia lalu ia segera keluar dari solatnya.Sesetengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak tenang.Sesetengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakkan supaya solat itu cepat habis.

Semua godaan ini adalah supaya pahala solat seseorang umatmu itu menjadi kurang.Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil,maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu."

Ha,syaitan pun kena hukuman tau!

Pesanan: Berhati-hati dengan godaan ini...syaitan sentiasa akan menyesatkan manusia..

Wednesday, June 06, 2012

Wordless Wednesday # 8-Tok Ayah kata membazir je

Tok Ayah kata "Kain-kain ni kalau beri pada orang susah lagi banyak faedahnya",Tok Ayah yang berkata dalam loghat Kelantannya.

Pesanan:Banyak makna yang tersirat di sebalik kata orang-orang yang tua dari kita.

Sunday, June 03, 2012

Mendung memang nak hujan

Semalam saya berada di Kelantan.Hari ini saya berada di Kuala Lipis.Kenapa? Ingat tak entry saya hantar anak rumah mak? 

Dah seminggu mereka berdua di rumah mak di KL,tiba masanya tinggal rumah tok ayah pula di Kelantan.Barulah adilkan.Jadi kebetulan abang saya nak balik rumah mertua di Benta,saya minta bawakan dua orang anak saya bersama.Jadi tak perlulah saya balik hingga ke Kuala Lumpur,letih dah duduk dalam kereta.

Sambil-sambil selepas kami selesai makan di Gua Musang sewaktu balik ke Kuala Lipis,saya sempat mengambil gambar langit yang gelap menandakan hujan lebat akan turun.

Ini pemandangan dari dalam kereta saya,langit yang gelapdi sebelah sana.

Ini pula kami semakin menghampiri langit gelap tersebut.Memang kami sudah jangka hujan lebat akan turun bila-bila masa sahaja,apabila melihat kereta-kereta sudah memasang lampu.

Ini langit yang bergelora,tanda hujan sudah turun di sebelah sana.

Lihat!Sesampai sahaja di tempat tersebut hujan pun turun selebat-lebatnya.Memang lebat beserta kilat sabung menyabung.Anak-anak ketika ini sudah lena diulit mimpi.

Hanya saya belum tidur menemankan suami memandu dalam keadaan tahap penglihatan yang terhad akibat hujan lebat ni.Kereta pun dipandu perlahan kerana tak nampak jalan.

Sangat cantik dan menakjubkan ciptaan Allah di langit dan di bumi.Cantik tiada bandingan tatkala saya mengambil gambar-gambar di langit.

Pesanan:Esok misi bertolak semulake Kelantan untuk meneruskan sedikit kerja-kerja peribadi yang belum selesai.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...