Thursday, February 28, 2013
Sup Tulang dan Telur Dadar je..
Kalau nak makan yang sedap dan akan membuatkan kita menambah nasi,inilah dia.Gabungan lengkap makan malam.Ada sup tulang,sambal kicap pedas dan telur dadar.
Memang membangkitkan selera.Lagi pedas sambal kicap tu lagi sedap.Omputih kata ada 'kick'...teringat pula filem Isabela dulu.Ramona Rahman jadi minah saleh tu kan...
Ni dah habis menulah ni.Ni dah kira simple habis dah ni.Dah habis makan nasi,bolehlah hirup kuah sup pula.Tersandar lah lepas makan.Nak sedap lagi air teh o ais limau sejuk.Lagi sedapkan.
Pesanan:Dah habis menulah ni...
Mainan anak-anak sekarang
Bangun je pagi...meluru dia ke komputer.Tak puas main game semalam,sambung pula hari ni.
Kalau dah nak kalah barulah nak panggil umi.Kalau dah kat tangan umi,umi tak lepaskanlah kat orang lain dah...hehehhe
Tengoklah berkumpul semua kat komputer nak tengok orang main game.Permainan masak-masak ada je simpan dalam bekas,taknak pulak dia main.Best main game macam ni agaknya.
Ni lah gamenya.Ini baru satu,yang lain-lain pun tak kurang hebat jugak kalau budak kecik ni main.Seawal 2 tahun dah pandai pegang 'mouse'.Ni game kedai kek.Ramai yang marah sebab kek lambat sampai...hehehe
Tengoklah tu.Kemain kusyuk menekan tu menekan ni.Bukan pernah menang pun.Asyik kalah je.hehehhe
Tapi ada kebaikan juga,mereka ni didedahkan penggunaan komputer seawal umur mereka.Biarkan mereka bermain untuk mengasah minda mereka.Elok dicarikan sesuatu permainan komputer yang sesuai dengan umur mereka.Mereka akan cepat mahir.
Pesanan:Anak-anak saya semua dah cekap dengan komputer ni,malahan saya pula yang banyak bertanya mereka...hehehehe...

Wednesday, February 27, 2013
Jom ke Roadshow 'Huggies Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai' di Mydin USJ!
Jom kawan-kawan bersama-sama meriahkan acara yang disediakan oleh pakai lampin buang Huggies!
Acara Huggies Dry Pants
'Tukarlah Untuk Lebih senang Dipakai' Di Mydin USJ!
Tukarkan Lampin Huggies Dry Pants si manja anda dalam masa 30 saat atau kurang untuk memenangi hadiah menarik!
Jangan terlepas acara roadshow "Huggies Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai" yang sedang diadakan dari 25 Februari 2013 ke 3 Mac 2013 di Mydin USJ!
Nikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan,promosi hebat,hadiah percuma,permainan,pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik!
Singgahlah di booth Huggies untuk mendapatkan sample percuma Huggies Dry Pants dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah!
Jom kita berkumpul di ruang legar Mydin USJ untuk saksikan betapa pantas dan mudah untuk menukar lampin Huggies Dry Pants!Jangan lepaskan peluang - sertai Huggies untuk acara yang penuh keseronokan bersama keluarga tersayang!
Apalagi?Jom kita datang beramai-ramai ke:
Tempat: Ruang Legar ,Mydin USJ
Tarikh: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut:
1) 10.30 pagi
2) 2.00 petang
3) 8.00 malam
Manakala acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam.
Datanglah beramai-ramai!Datang tau!
Sedikit Info mengenai Huggies pada yang baru berjinak-jinak dengan jenama Huggie Dry Pants:
Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif - setelah anda mencubanya,anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak,salin dan lepas!Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran.Tambahan pula,Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!
Kenali Huggies secara dekat!
Huggies ialah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia.Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira.Untuk maklumat lanjut,sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia
Pesanan:Masih lagi ada kesempatan untuk ke sana....jom!!!
Tuesday, February 26, 2013
Menarik lampu di pokok ni
Sewaktu berada di Kuching,Sarawak satu ketika kami singgah di sebuah masjid.
Saya perhatikan apakah yang tergantung-gantung di pokok besar yang terdapat di situ.
Setelah diamati,rupanya ianya lampu,sepertinya lampu kalimantang.Mungkin bila dipasangkan suisnya pada waktu malam,cerah jalan masjid ni.
Inilah masjidnya.Kalau siapa duduk Sarawak pasti tahu masjid yang mana ni.Saya tak ingat.Maaf ye.
Pesanan: Saya mengandaikan, lampu panjang tu dipasang,sebab tiada lampu jalan.

Semua dah tak macam dulu....
Sekarang zaman IT....
Perhubungan jauh boleh didekatkan dengan adanya handphone,telefon di rumah dan juga skype....
Budak-budak pun dah tak payah ajar guna handphone,laptop,Ipad,Ipod...dan macam-macam lagi,sebab semua dah pandai.Hari-hari tengok orang dewasa pakai,budak-budak kan cepat meniru.Diorang serendah sekolah rendah dah ada handphone dan Ipad tau.
Macam-macam jenis gadjet kat pasaran...Pilih mana yang berkenan,nak mahal ada, murah pun ada.Tapi banyak keburukan juga.
Dah lama suami saya bercerita,dulu sewaktu 'time rehat' kat kantin,semua dapat berbual mesra.Macam-macam cerita masing-masing sibuk bahas dan ulas.Tapi sekarang ni,katanya pandang kanan sibuk dengan handphonenya,pandang kiri sibuk dengan Ipadnya,pandang depan sibuk dengan laptopnya,pandang belakang sibuk dengan kamera barunya.Habis tu nak berbual dengan siapa.Tak best dah..katanya...
Pernah tak korang telefon kawan ke,saudara ke,waktu korang bercakap dengan dia perasan tak macam dia dengar tak dengar je apa yang korang cakapkan.Boleh tanya balik pulak."Eh apa kau tanya tadi?"Bila tanya "kau tengah buat apa tu?".."ni tengah baca bla bla bla kat internet ni"...apa perasaan korang?
Waktu perjumpaan kat kenduri kendara pun macam tu jugakan.Hari raya pun macam tu jugakan...Dulu sibuk dengan rancangan TV sedap-sedap kan bila time raya...sekarang ni tak kisah dah dengan rancangan TV,boleh tengok kat Tonton atau You Tube kan.
Sekarang ni lagilah,banyak aplikasi baru boleh naik muat turun kat gadjet masing-masing.Kalau dalam komuter ke,dalam bas ke,takde dah yang bawa buku atau suratkhabar nak baca.Semua baca dalam internet je.Mudah je kan.
Tak seronok macam zaman dulu.seronoklah teringat zaman dulu.
Pesanan:Masa dah banyak berubah......rasa nak ulang zaman saya dulu...
Sekadar gambar hiasan

Monday, February 25, 2013
Mesin pemotong rumput
Biasanya saya lihat mesin pemotong rumput yang seperti ni... Sakit belakang kalau lama-lama gendong minyak belakang tu.
Tapi kali ni,mesin pemotong rumput semakin canggih.Kalau macam ni,saya pun boleh buat.Macam naik kereta je kan.Siap ada gear lagi tau.
Sambil memotong boleh dengar radio....
Luas padang macam ni tak letih lah kan...Kalau tak sakit-sakit belakang kan..
Saya ni jakun sikit bila nampak benda baru macam ni,kalau yag dah lama tahu wujudnya mesin ni,buat-buat tak tahulah ye..Malu pulak saya....
Pesanan: Agak-agak kalau saya yang duduk atas tu ,ramai tak yang ambil gambar saya?hehehe

Sunday, February 24, 2013
Dah mula Mesyuarat PIBG
Ramai kan yang dah mulai menghadiri mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak masing-masing kan.
Penting tau Ibubapa hadir,boleh tahu perkembangan dan aktiviti sekolah lakukan.Anak-anak pula bila nampak muka maka ayah ada seronok,masa ni lah kita nak kenal mak ayah kawan-kawan anak kita.Masa ni jugalah nak kenal cikgu-cikgu sekolah tu,esok-esok jumpa kat pasar malam ke,boleh bertegur sapa kan.
Saya baru dapat satu undangan.Ada lagi 2 undangan menanti.Maklumlah sekolah anak ada 3.Sekolah menengah ada 2 sekolah berlainan dan satu lagi sekolah rendah.Walaubagaimanapun, bila mereka buat mesyuarat PIBG pada hari cuti,bolehlah saya hadir.Kalau buat lepas sekolah memang tak dapat datanglah.
Untuk hari ni memang ramai juga ibubapa yang hadir.Maklumlah sekolah besar.Kehadiran mestilah besarkan.
Sambil tu,saya juga hadir untuk program majlis menandatangani akujanji antara pelajar dan ibubapa untuk anak saya yang bakal menghadapi peperiksaan PMR tahun ni.Seingat saya dulu-dulu zaman sekolah saya takde pula program sebegini.Jadi pada masa ni lah saya sempat bertanya sedikit sebanyak tentang pelajaran anak saya dengan guru kelasnya.Kalau hari sekolah memang susah juga nak datang.
Selesai semuanya seperti biasalah jamuan turut disediakan.Ramai juga yang terus balik,mungkin tidak sanggup beratur untuk berebut makanan yang disediakan.Tidak termasuk saya...hehehe laparlah,jauh-jauh datang ni takkan tak jamah sikit nasi,nanti apa kata tuan rumah hehehe...
Pesanan:Selesai yang satu,dua lagi untuk hadir,yang bestnya bila masa pemilihan AJK PIBG,semua tunduk muka...tak nak terlibat lah tu...termasuk saya heheehe...

Labels:
Anak-anak,
cuti sekolah,
Guru,
peperiksaan,
PIBG,
PMR,
Sekolah
Saturday, February 23, 2013
Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
Jom join ramai-ramai!
Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Pesanan:Sepanjang saya kenal Mia,dia memang suka membantu,jadi saya support dia.

Pengkalan Kubur,Kelantan-Zon Bebas Cukai
Kalau pergi Kelantan nak membeli-belah ada 2 tempat menarik.Satu di Rantau Panjang dan satu lagi Pengkalan Kubur.
Saya nak pergi Pengkalan Kubur kat Tumpat,Kelantan.Jom!
Mula-mula masuk situ kena lalu kat pemeriksaan Kastam.Balik nanti baru dia periksa barang yang kita beli.
Kalau jalan-jalan tengah hari,panas juga. Tapi bila belek-belek pakaian warna-warni ni,tak terasa panasnya.hehehe
Ini gerai periuk belanga,tikar,toto,bekas air dan macam-macam lagi.
Gerai pakaian lagi.Kebanyakan pakaian saya lihat banyak diambil dari Thailand lah.
Gerai jual mainan budak-budak pun ada.
Ha...yang ni tak boleh tinggal.Rugilah siapa tak singgah sini.
Macam-macam jenama pinggan mangkuk terkenal dijual di sini.Cantiklah..
Okay tak?Kepada sesiapa nak membeli-belah tu sediakan duit je.Takde duit nak beli apa kan..
Pesanan: Saya pergi sana hari biasa,jadi tak ramai pengunjung.

Thursday, February 21, 2013
Jaga anak orang nak duit,dapat lah duit...
Betul tak?Kalau korang nak jaga sangat anak orang tapi kerana duit semata-mata dapatlah duit.
Ye.Memang ini antara rezeki yang boleh kita buat.Tapi cuba buat macam ni.jaga anak orang nakkan rezeki dan nakkan pahala.Hah!...Insya Allah dapatlah kedua-duanya.
Saya dah naik muak dengar amah ke nurseri ke pengasuh ke yang sibuk nak dera budak seolah-olah sibukan nakkan dosa.Pengalaman saya 8 tahun jaga budak,senang je.Kita jagalah macam kita jaga anak kita sendiri.Kalau salah kita marahkan,kalau time budak tu bermain,kita main sama-sama dengan budak tu.Taklah budak tu tiap kali mak bapak diorang hantar kat kita, kalau boleh nak lari langkah seribu taknak masuk rumah kita.Ada tu dahlah taknak masuk,siap menangis berguling-guling lagi.
Anak-anak jagaan saya setakat tahun ke 8 ni,takde lah pulak menangis macam kena histeria kalau ke rumah saya.Alhamdulillah...semua gembira je.Ada juga sekali-sekala menangis,bila cuti panjang,lama tak hantar,menangis juga.Tapi esok-esok tu okay je.
Saya pun pernah juga datang tension bila budak ni nangis tak henti-henti,dah beri makan,susu,salin lampin mandi bagai,tapi masih menangis.Tapi saya senang je.Saya biarkan kejap dia nangis,lepas tu pujuklah cara budak-budak.Kadang-kadang sampai menari menyanyi bagai depan budak-budak ni nak hiburkan hati mereka.Supaya mereka merasa seronok tinggal dengan pengasuh.
Sebut je lagu apa,saya nyanyi je,tak de pulak saya dengar kritikan juri tak bertauliah.hahahaha..Diorang pun ada yang jenis tak malu,turut bersama bergoyang-goyang sama.Dah namanya budak-budak menangis tu tandanya dia sihat.Ada lah yang tak kena tu,emosi lah tu.Cuba tak menangis langsung,tak ke fobia ?
Waktu makan kita suap makan betul-betul,waktu tidur kita tidurkan dia.Alhamdulillah masa saya beri makan,tidur dan mandi setakat ni tak lari timing lagi.Semuanya dalam jadual.Barulah sambil-sambil tu boleh buat kerja rumah lain seperti sidai baju ke,layari blog ke kan.
Memasak dan kerja dapur memang saya dah uruskan pagi-pagi lagi,jadi taklah saya kelam kabut nak memasak lagi,nak jaga budak lagi.
Satu lagi mak pak yang hantar anak ke pengasuh perseorangan macam saya ni kena percayakan pengasuh,jangan terlalu cerewet,..eh anak saya tak boleh tu,tak boleh ni...Susah juga.Boleh nak bagitau apa-apa tapi dengan nada gurau-gurau lah.Ataupun cara yang baik-baik.Ini tak di arahnya kita itu ini,macam kita ni kerja kat opis dia pulak..Siap buat muka lagi.Tak bestlah macam tu.Kita pun rasa tak seronok nak jaga anak dia.Tapi saya tak kena lagi macam tu.(orang lain yang kena hehehe)Alhamdulillah...
hmmm dah lah malas saya nak cerita banyak-banyak...susu dah siap ni,nak bagi menyusu dulu,kang kena potong gaji kang.hahaha..
Ajar mereka dah lepas menyusu jangan sepah-sepahkan botol.Tengok pandai tak dia letak botol lepas menyusu kat atas meja.Lama-lama jadi tabiat yang baik.Kerja kita pun senang kan.
Dah habis menyusu,dah kenyang diorang pun akan tertidur dengan sendirinya.Lihat...lena kan...
Kita kena ingat esok-esok besar diorang nanti,diorang ingat kat kita ni yang pernah basuh berak kencing diorang.Makin ramai kan anak-anak yang akan mendoakan kebaikan kita nanti.Tak rugikan berbaik dengan mereka.
Pesanan:Buat baik dibalas baik,buat jahat lu fikirlah sendiri!

Tips berjimat-cermat
Oleh kerana rakyat biasa seperti suami saya ni tak mampu nak makan kat cafe hari-hari macam orang lain yang banyak duit,maka tugas isterinya adalah untuk membantu meringankan bebannya.Bayangkanlah harga lauk yang kadang-kadang tak sama setiap hari dan kadang-kadang pilih kasih.
Pilih kasih?Ye lah bila ada orang tu lauk 2-3 jenis RM4.Bila tiba time kita 1 jenis je sama lak harga RM4 juga.Tu sebab beli lain-lain masa.Mungkin orang tu ikut sukati dia je kira kot.Main agak-agak je.
Setiap pagi,saya bangun awal memasak lauk dan nasi untuk makanan tengah hari.Memang pun saya bangun awal setiap pagi.Makanan pagi tidak dilupa juga buat,untuk santapan anak-anak sebelum ke sekolah.
Jadi hasilnya bolehlah saya bungkuskan untuk suami bawa ke tempat kerja.
Kertas pembungkus nasi dan plastik untuk bungkus lauk-pauk juga getah untuk mengikat sentiasa ada stok di rumah.Jadilah saya seperti berniaga dari rumah.
Hasilnya,kita boleh letak nasi banyak dan lauk yang banyak pastinya dan tentunya air tangan isteri mesti sedap.kan kan kan....
Kalau ada polisterin lagi cantik,tapi suami kata besar sangat,dia tak suka.Padahal kalau beli kat kedai itulah yang peniaga guna.
Tengok,kalau dia bawa ke tempat kerja pun takde siapa perasan dibawa dari rumah.Mesti diorang sangka beli kat kedai makcik Julie depan tu.Homemade gitu tau...Lepas makan boleh terus buang.
Bila sebut je bawa bekal,bukan semestinya kena letak dalam bekas taperware yang biasa budak sekolah rendah bawa tu.Ada lah klass sikit kan.
Pesanan:Dulu kadang-kadang,sekarang hampir setiap hari kecuali hari Jumaat,Sabtu dan Ahad....

Wednesday, February 20, 2013
Tuesday, February 19, 2013
Pensil Khat
Dulu sekolah rendah ada tak korang belajar tulisan jawi.Mestilah ada kan..
Tapi masa tu tulis tulisan jawi pakai pensil biasa je,takde lah pulak cikgu suruh beli macam-macam.Tapi sekarang ni,anak saya kata ustaz dia suruh beli pensil khat.Biasanya saya dengar pen khat.Jadi sebab pertama kali nak beli saya tak tahu.Mujur suami bertanya penjual di pasaraya tu.Ada lah stok,itupun tinggal satu je kata penjual tu.
Begini rupanya pensil khat tu.Harganya pun tak lah mahal.RM2.50 sahaja.Tapi kat plastik tu tulis pensil jawi.Betul dah tu kata anak saya.Kawan-kawannya semua dah ada.
Sebab tak pernah tengok,saya buka plastik tu saya belek-belek pensil tu.Oh.muncung dia leper lah.Mudah lah nak tulis tulisan khat kan.
Ubat pensil dia pun leper jugak,tak seperti ubat pensil picit-picit yang dulu saya pakai zaman sekolah dulu.
Teruja sangat nak tengok isi dalam,marah lak anak saya sebab saya buka dah plastik dia...hahaha nasiblah..
Bukan nak pakai pun plastik tu,nak pakai pensil dia je kan.
Pesanan:Lama dah tak guna pensil picit-picit tu,tapi saya nak guna untuk apa ye?

Lobak Goreng
Saya memang suka tengok rancangan masakan edisi luar negara ni.Biasanya channel 702,703 dan 727 siaran Astro.Diorang ni masak semua nampak sedap.Tapi kalau bab-bab daging tak halal tu,tak ler terliur pun.
Ada sekali tu saya tengok rancangan Rachal Ray 30 Minutes,laju je dia masak.Bersepah-sepah gak macam orang kita masak kat dapur.Cuma tong sampah dia comel je,kalau saya tak buat dah tong sampah macam tu.
Ni satu resepi saya tiru,tapi tak tiru bulat-bulatlah.Sebab saya pun tak berapa ingat resepi dia.Nama pun saya pandai-pandai letak sendiri.Tapi lebih kurang camtu gak lah hasilnya.
Saya potong lobak merah dan ubi kentang(dalam rancangan tu dia guna hashbrown) memanjang tapi pendek sikit. Gaulkan dengan garam,lada hitam.Kemudian tambah sebiji telur.Kacau lagi,letakkan sedikit tepung,asalkan dia melekat.
Sesudah tu,panaskan sedikit je minyak dalam kuali leper. Sendukkan sesudu besar atau lebih sikit dari sudu besar tu ke dalam minyak panas tu.
Goreng kekuningan atau garing, terbalikkan dia.
Dah siap hidangkan,sedap di makan panas-panas.Nak sedap lagi cicah mayonis dan sos cili.Anak-anak pun suka.Yang tak makan sayur jadi nak makan sayur.
Pesanan: Mat saleh ni masak pun main campak-campak juga,tak sukat pun.
Ada sekali tu saya tengok rancangan Rachal Ray 30 Minutes,laju je dia masak.Bersepah-sepah gak macam orang kita masak kat dapur.Cuma tong sampah dia comel je,kalau saya tak buat dah tong sampah macam tu.
Ni satu resepi saya tiru,tapi tak tiru bulat-bulatlah.Sebab saya pun tak berapa ingat resepi dia.Nama pun saya pandai-pandai letak sendiri.Tapi lebih kurang camtu gak lah hasilnya.
Saya potong lobak merah dan ubi kentang(dalam rancangan tu dia guna hashbrown) memanjang tapi pendek sikit. Gaulkan dengan garam,lada hitam.Kemudian tambah sebiji telur.Kacau lagi,letakkan sedikit tepung,asalkan dia melekat.
Goreng kekuningan atau garing, terbalikkan dia.
Dah siap hidangkan,sedap di makan panas-panas.Nak sedap lagi cicah mayonis dan sos cili.Anak-anak pun suka.Yang tak makan sayur jadi nak makan sayur.
Pesanan: Mat saleh ni masak pun main campak-campak juga,tak sukat pun.
Monday, February 18, 2013
Buku ini bakal menjadi barang turun temurun keluarga
Saya terima buku ini pada tahun 1990 sewaktu berada di tingkatan 2.Saya bersama ayah ke pejabat Utusan sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai penerima buku ini dan gambar saya tersiar di dalam akhbar tersebut.
Gambar saya menerima hadiah ini diselitkan juga di akhbar Utusan Malaysia.Dan mungkin ramai yang tidak tahu,ada sebaris ayat yang memberitahu "saya akan menggunakan kamus ini untuk pelajaran saya".Sedangkan saya tidak ditanya dan tidak menjawab sebegitu.Itulah rahsia wartawan.
Sebaik mendapat buku kamus ini,saya terus tulis nama saya di dalam buku tersebut.
Walaupun sudah hampir berusia 23 tahun di dalam simpanan saya,baru saya teringat untuk mengeluarkan buku ini dalam simpanan timbunan buku-buku lama di dalam almari saya.
Inilah bukunya.Memang saya gunakan untuk pelajaran saya.Dan tergerak hati nak keluarkan buku ni,bila anak-anak perlukan kamus di sekolah.Tapi masih juga terpaksa membeli yang lain kerana buku kamus dwibahasa saya ini hanya menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia sahaja.
Apa barang lama anda yang anak-anak boleh gunakan di sekolah sekarang?Ada tak?Kongsilah.
Pesanan:Dapat yang baru,barang lama dibuang jangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)