Thursday, February 14, 2013

Saya runsing dan risau,salahkah tindakan saya?

Semalam,saya membawa anak dara saya ke klinik.Sudah lama saya risaukan.Mula-mula satu bulan,kemudian sudah masuk ke bulan ke 2.

Saya harus ke klinik juga bertanyakan doktor akan masalah anak saya ini.Mungkin ada jawapan di atas persoalan ini.Anak saya pertama kali haid (period) pada 13/12/2012,pada usia 11 tahun.Tahun lepas tu ye.Dan kitaran haidnya berjalan normal selama 7 hari.Okaylah tu kan.

Namun demikian sudah masuk bulan ke 2,umurnya pun naik 12 tahun tahun ni(2013)dia masih lagi belum datang haid semula.Saya bukan fikir yang bukan-bukan,lagipun dia sentiasa bersama keluarga.Tidak ada masanya bersiar-siar di luar kawasan rumah tanpa keluarga.Saya cuma takut ada masalah lain.

Di klinik menjadi prosedur biasa untuk diperiksa air kencing bersama UPT(urine pregnancy test)!Okay saya suruh juga anak saya pergi ke bahagian makmal periksa.Hasilnya negative.Selesai yang itu.

Kini masanya berjumpa doktor untuk proses seterusnya.Saya pun beritahu masalahnya.Saya ceritakan semua.Okay doktor menjawab ringkas,"Biasa je tu,normallah tu."Begitulah lebih kurang. "Ada yang 6 bulan tak period,biasalah tu.Macamlah awak tiap-tiap bulan datang period?",sambung doktor tu lagi.

Aik,dia tanya saya ke tu?Saya pun jawab."Saya memang datang bulan tiap-tiap bulan kecuali mengandung".jawab saya balik.Macam nak berperang je ketika itu,namun saya kontrol suara saya."Setiap bulan?" tanya doktor tu lagi."Ha'ah setiap bulan saya datang tak pernahnya tak datang kecuali saya mengandung."ulang saya lagi.

Diapun berkata yang ada orang tu lepas bersalin pun ada sampai 5,6 bulan tak datang period.
Masalahnya saya datang haid normal sebaik je habis darah nifas.Anak dara saya yang pertama pun haidnya normal dari hari pertama kali dia haid hingga kini.Sebab tu saya risau bila anak dara ke dua saya dua bulan tak datang haid sejak hari pertama dia haid.

Memang saya biasa dengar ada orang tu tak period 2-3 bulan,kemudian dia period balik,tapi orang tu dah kahwin.Anak saya belum kahwin.

Saya pun tanya lagi,"Habis tu kalau dia tak datang sehingga setahun macam mana?"

"Yang tu kita kena checklah,takut ada masalah lain.Biasanya 6 bulan ke bawah je."jawab doktor tu balik.

Haaa......tu lah pointnya.Saya risau kalau anak saya tak datang haid untuk jangka masa yang panjang.Jadi tugas seorang doktor bila permasalahan ini diajukan,jawablah dengan kemas sikit.Tadi jawapan anda longgar sikit.Inilah yang membuatkan saya rasa anda sudah menjawab soalan permasalahan anak saya.Ni anak dara saya doktor,masa depan dia doktor,mestilah saya risau.

Doktor kena maklum setiap pesakit yang datang bertanya soalan yang bagi doktor tu soalan remeh temeh,bukannya mempunyai ilmu perubatan seperti doktor.Kalau saya ada ilmu tu dan pernah belajar,tak kuasa saya nak jumpa doktor.Memandu jauh semata-mata nak jumpa doktor di klinik percuma.Itulah namanya Klinik Kerajaan dan Doktor Kerajaan.

Dan akhir perjumpaan tu siap lagi doktor tu berpesan,"Kena pantaulah anak kita masa ni..blablablabla..."
Saya tahu maksudnya tu tapi saya tak marah,cuma cara dan nada dia bercakap seolah-olah anak saya ni tak baik.Tak mesra langsung.

Tiada ubat.....keluar je dari klinik,terus balik....pas tu mengadu kat suami hu hu hu hu

Fuh!!!Nasib baik saya ni telah mengajar hati supaya bersabar...sabar...sabar...

Terima kasihlah Doktor Kerajaan tu ye....

Pesanan:Kalau klinik swasta tak bagi ubat tapi kena charge 'consultant' RM16....sejam pun takpe berbual...tanyalah apapun pun...


22 comments:

  1. Yg kakak musykil bila dia kata adakah awak period tiap bulan? Mestilah kita ada tiap bulan sebab itu musykil bila anak kita tak sama. Itulah kadang kita nak bertanya yg kita rasa lebih arif tapi buat hati makin tertanya-tanya...

    Kalau kakak pun risau sebab tak sama dgn kita dan si kakaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tanya tu sebab rujuk ada kes orang yang 2-3bulan tak datang,kemudian datang balik...itulah saya taklah ada masalah camtu mana saya tahu...

      risaulah kak ini masa depan dia-tahap kesuburan ni penting...

      Delete
  2. Paling tak suka spesis doktor yg tak mesra alam mcm ni.ckp perli2, sindir2..agaknya terlalu bz belajar medic terms smpai lupa nk review etiquette course; how to be good to a patient.yes bukan semua doc macam tu,tpi yang seketul dua mcm nilah yg boleh menjatuhkan imej baik seorang doktor.

    Kot saya pun kak, saya main lepas jerk ckp dgn org mcm ni.jgn pandang orang takde mata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai doktor ramai lah ragamnya...letih sangat kot asyik-asyik jumpa patient(bukan kerja dia ke cam tu?)

      lagipun saya duduk kawasan kampung,pakaian pun biasa-biasa je....

      Delete
  3. mmg tak suka kalu kena mcm ni kan..anak kita tentulah kita risau,bole pulak dia jawab mcm nak tak nak je,baik pegi klinik berbayar je,puas hati walapon kena bayar sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada dekat, kat sini,dah pergi tapi jauh sangat.Lagipun tak serius sangat,risau je..

      Delete
  4. lega bila dah dah jawapan yang dicari...pemeriksaan awal senang apa patut kita buat...macam saya boy ramai susah hati kurang sikit..tunggu anak dara saya yang sorang tuh..minta2 tiada masalah hendaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi tu kira nanti kalau apa2 hal,takde lah doktor marah.apsal tak datang awal...biasakan doktor akan tanya gitu..

      Delete
  5. Pelik ke kalo period konsisten setiap bulan? Saya sejak baligh alhamdulillah memang setiap bulan datang haid.

    Tapi yang kes anak kak Ida tu, saya rasa kena tunggu beberapa bulan dulu. Sebab mungkin hormon dia belum stabil lagi. Ramai je kawan2 saya yang style period dia macam tu. insyaAllah takde apa2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taulah saya...kot2 nya pelik bagi doktor tu...

      ye lah akak tahu ada orang macam tu,tapi sebelum ni saya dan anak dara pertama normal,tu yang risau tu..

      Delete
  6. Salam perkenalan....saya pon kadangkala malas nak p gomen klinik..sebab nilah......follow me back ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...hmmm...susahlah nak dapat perkhidmatan percuma yang ikhlas dan baik...pelik juga yang tak ikhlas tu orang kita...orang Islam...mana kesabaran diorang ..

      Delete
  7. akak, masalah anak akak tu.. sama macam masalah angah saya.haid tak menentu.masalah haid tak teratur ni berlaku apabila gadis tersebut ada masalah dari segi keturunannya (mungkin makcik2 dia ada masalah macamtu), faktor pemakanan dan kerap stress.

    kalau akak percayakan anak akak, so benda ni tak jadi masalah.trend skrang ni.. kebanyakan masalah ni berpunca daripada salah makan dan tekanan.

    so akak janganla bimbang ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...kami ni adik beradik pun normal je...hmmm mungkin betullah faktor makanan dan stress nak amik UPSR tahun ni hehehe...pandai jugak zal ye...

      oh akak percaya kat anak,kami sentiasa ambil berat hal dia...okay dah tak bimbang...

      Delete
  8. sakitnyer jiwa kalau jumpa doc yg mcm ni. Baguslah kalau kita sebagi parents ambil tau benda2 macam ni. But biasalah KA dgr budak2 yang baru2 je dgt peroid alami masalah yg sebegini. Lepas 4 - 6 month then only period theyals jd normal. But lebih check dgn doc kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak biasa dengan keadaan ni,jadi jalan yang terbaik tanya pada pakar...kan...

      Delete
  9. Saya pun tak suka kalau jumpa doktor macam tu. buang masa je. Insyaallah anak akak x de pape tu. sementara hormon tu nak stabil je..nanti nanti datanglah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah...sekarang dah kurang sikit risaunya...tapi selagi tak datang haid lagi,kena risau jugak hehehe terima kasih ye..

      Delete
  10. Assalam kak..

    Hmm lynn pun dah biasa ada pengalaman macam nie..tension je sebab kita ni tak sama bidang dgn diorang..apalah salahnya cerita secara detail. Macamla kita faham sangat bidang diorang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..

      susah jugakan...kita tak berilmu sangat macam diorang kan...takpelah terima sahaja...

      Delete
  11. Kalau myra mau geram jugak kalau dengar macam tu.. sabar ye kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena sabar..kalau tak dia lagi tak layan kita..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...