Thursday, February 21, 2013

Jaga anak orang nak duit,dapat lah duit...

Betul tak?Kalau korang nak jaga sangat anak orang tapi kerana duit semata-mata dapatlah duit.

Ye.Memang ini antara rezeki yang boleh kita buat.Tapi cuba buat macam ni.jaga anak orang nakkan rezeki dan nakkan pahala.Hah!...Insya Allah dapatlah kedua-duanya.

Saya dah naik muak dengar amah ke nurseri ke pengasuh ke yang sibuk nak dera budak seolah-olah sibukan nakkan dosa.Pengalaman saya 8 tahun jaga budak,senang je.Kita jagalah macam kita jaga anak kita sendiri.Kalau salah kita marahkan,kalau time budak tu bermain,kita main sama-sama dengan budak tu.Taklah budak tu tiap kali mak bapak diorang hantar kat kita, kalau boleh nak lari langkah seribu taknak masuk rumah kita.Ada tu dahlah taknak masuk,siap menangis berguling-guling lagi.

Anak-anak jagaan saya setakat tahun ke 8 ni,takde lah pulak menangis macam kena histeria kalau ke rumah saya.Alhamdulillah...semua gembira je.Ada juga sekali-sekala menangis,bila cuti panjang,lama tak hantar,menangis juga.Tapi esok-esok tu okay je.

Saya pun pernah juga datang tension bila budak ni nangis tak henti-henti,dah beri makan,susu,salin lampin  mandi bagai,tapi masih menangis.Tapi saya senang je.Saya biarkan kejap dia nangis,lepas tu pujuklah cara budak-budak.Kadang-kadang sampai menari menyanyi bagai depan budak-budak ni nak hiburkan hati mereka.Supaya mereka merasa seronok tinggal dengan pengasuh.

Sebut je lagu apa,saya nyanyi je,tak de pulak saya dengar kritikan juri tak bertauliah.hahahaha..Diorang pun ada yang jenis tak malu,turut bersama bergoyang-goyang sama.Dah namanya budak-budak menangis tu tandanya dia sihat.Ada lah yang tak kena tu,emosi lah tu.Cuba tak menangis langsung,tak ke fobia ?

Waktu makan kita suap makan betul-betul,waktu tidur kita tidurkan dia.Alhamdulillah masa saya beri makan,tidur dan mandi setakat ni tak lari timing lagi.Semuanya dalam jadual.Barulah sambil-sambil tu boleh buat kerja rumah lain seperti sidai baju ke,layari blog ke kan.

Memasak dan kerja dapur memang saya dah uruskan pagi-pagi lagi,jadi taklah saya kelam kabut nak memasak lagi,nak jaga budak lagi.

 Satu lagi mak pak yang hantar anak ke pengasuh perseorangan macam saya ni kena percayakan pengasuh,jangan terlalu cerewet,..eh anak saya tak boleh tu,tak boleh ni...Susah juga.Boleh nak bagitau apa-apa tapi dengan nada gurau-gurau lah.Ataupun cara yang baik-baik.Ini tak di arahnya kita itu ini,macam kita ni kerja kat opis dia pulak..Siap buat muka lagi.Tak bestlah macam tu.Kita pun rasa tak seronok nak jaga anak dia.Tapi saya tak kena lagi macam tu.(orang lain yang kena hehehe)Alhamdulillah...

hmmm dah lah malas saya nak cerita banyak-banyak...susu dah siap ni,nak bagi menyusu dulu,kang kena potong gaji kang.hahaha..


 Ajar mereka dah lepas menyusu jangan sepah-sepahkan botol.Tengok pandai tak dia letak botol lepas menyusu kat atas meja.Lama-lama jadi tabiat yang baik.Kerja kita pun senang kan.

Dah habis menyusu,dah kenyang diorang pun akan tertidur dengan sendirinya.Lihat...lena kan...



Kita kena ingat esok-esok besar diorang nanti,diorang ingat kat kita ni yang pernah basuh berak kencing diorang.Makin ramai kan anak-anak yang akan mendoakan kebaikan kita nanti.Tak rugikan berbaik dengan mereka.

Pesanan:Buat baik dibalas baik,buat jahat lu fikirlah sendiri!

24 comments:

  1. betul, kalau kita buat dengan baik, elok orang pun suke dan percaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ..percayalah...buat baik dengan budak2 bukan perkara susah...masa ni masa diorang nak bermain..

      Delete
  2. betul tu sis..seronok nye kalu dpt pengasuh mcm sis..mmg susah nk dpt yg btol2 ikhlas..nmpk duit aje..ngasuh main cincai2 je..berak anak pun biar kering dekat pampers..huk huk huk

    *ngeri betul tgk amah indon mental lambung2 baling2 adik harez tu..iskhh..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat rumah akak ni lagi best,ada satu tempat tu,berkira-kira pengasuh dengan majikan..last2 dia tak hantar dah kat pengasuh tu...berkira2 dari segi masa dan bayaran..

      Delete
  3. 8 tahun jaga anak orang..lama tu kak!sy jaga anak sendiri pun baru 7 tahun..hihi..

    Yup bukan senang nk jmpa babysitter yg baik that could treat our child as theirs.untung sabut timbul..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8 tahun tu jaga anak orang...anak sendiri dah jaga 15 tahun...hehehe

      betul..sekarang ni rata2 orang buat bisnes untung jaga budak ni...kira2 duit je..

      Delete
  4. aahh..btul tu..anak saya penah di jaga blk lebam sana sini..bila pg2 atr mmg nangis..x mo ke umah pngsuh..bila tnya nape lebam..pngsuh ckp jatuh..tp bila pkir logik xkan tetiap ari jtuh smpi lebam..

    kbtulan ade jiran yg sma atr ke pngsuh yg sma..anak nye pon cm tu..lebam2..rupa2 nye pngsuh tu cubit bdk2 ni klu x nk dgr ckp..aduhai..cubit smpi lebam plak tu..skg ni dh x atr dh kt pngsuh tu..dn dgr citer dh xde sape yg atr anak2 diorg kt situ..huhuhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..mujur tahu awal ye...elok dipulaukan je pengasuh camtu..

      Delete
    2. Siape2 nak jaga anak boleh chat saya di wechat fifilovehariyanto
      Insyaallah tak de seperti pengasuh lain yang suka mukul

      Delete
  5. haaa...lokasi kat mana? mmg tgh survey pengasuh ni...heheehehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhlah munnna..akak kat Lipis,Pahang...Munna tu kat PJ...kalau dekat takde hal..boleh je anta...tapi dah stop amik budaklah pulak...sebab ada baby baru dah chop!hehehe

      Delete
  6. tabik spring, lama juga jadi pengasuh budak ni ya. Saya jaga anak sendiri pun kadang2 pening...:D.

    Tapi betul, jaga anak orang pun, anggap mcm anak sendiri, InsyaAllah sampai ke besar mereka akan rapat dengan kita. Ini saya lihat dari pengalaman ibu saya, yg dari dulu jaga anak orang, skrg semua anak yg dia jaga dah besar2, tp semua ingat dengan ibu saya, selalu menjengah dan datang ke rumah bila mereka ada kelapangan, raya pun datang, rasa mcm adik beradik ramai pulak walau adik beradik saya 3 orang aje...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya jaga sebab tolong kawan suami...sekarang saya dengan dia dah akrab sangat macam adik beradik...anak2 pun bahasakan diri saya 'ibu'.lebih mesra...
      selepas anak dia barulah ada yang lain hantar anak2 kat saya...saya tak iklankan pun,mereka yang cari saya...

      Delete
  7. sukanya rine kalau dapat hanta kat pengasuh mcm ida ni..senang hati nak g kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang pesan dah kat mak-mak diorang ni,jangan risau,kalau demam pun saya suruh hantar jugak biar saya jaga,dia tak payah amik cuti,cikgukan susah nak amik cuti macam tu je...tapi demam-demam biasa je lah..

      Delete
  8. salam dear..ehem memang menakutkan kisah penderaan kanak2 ni..mama takde pengalaman menjaga kanak2..jaga anak2 ni kena banyak bersabar kan dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mama...betul tu mama sabar memang kena sabar..

      Delete
  9. Cayalah Ummi Arissa. Saya ni minat jugak nak jaga budak2. Kalau resign nanti nak jaga budak, tapi umah skrg kecik je. Kang menderita kanak2 nak bermain pun susah.

    Ibu mertua saya pun jaga budak. Tgk anak2 yg dia jaga semua syg dia. Pastu semua jadi disiplin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je...tapi anak awak kena jaga dulu...hehehe

      Delete
  10. setuju..skrng ni ramai yang jaga sebab nak duit je..bdk-bdk terabai.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang buat apa semua kerana duit...duit nak juga...tapi apa salahnya iring dengan pahala kan...

      Delete
  11. salam kak, kalau pensauh tu tgh pregnant and lepas bersalin still amik anak org utk dijaga ke?

    ReplyDelete
  12. salam kak, kalau pensauh tu tgh pregnant and lepas bersalin still amik anak org utk dijaga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...kalau akak,cuti bersalin macam biasa,kemudian jaga balik,biasa time tengah pantang,mak atau adik beradik diorang datang jaga...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...