Wednesday, February 13, 2013

Mee Udang Banjir di BNO,Kuala Selangor

Ceritanya bila kami dapat undangan perkahwinan di Sungai Besar,Kuala Selangor,jadi sepanjang perjalanan kami ke rumah pengantin,sepanjang jalan tu lah kami jumpa macam-macam gerai makanan.Antaranya cendol bakar,berjenis-jenis kerepek,mee udang banjir,siput mentarang.Ada juga kedai jual bantal kekabu dan kekabu. Dalam kereta tu dah plan nak singgah sana situ balik dari kenduri kahwin nanti.

Namun demikian bila ditanya seorang gadis di kenduri tersebut,dia kata kat BNO mee udang banjir sedap.Apa BNO tu?Sebab rata-rata yang bagi peta nak kesana sebut BNO.Rupanya ianya nama tempat yang telah diringkaskan sebutannya.Jadi BNO itu ialah Bagan Nakhoda Omar,Kuala Selangor.



Kedai ini terletak betul-betul di tepi pantai.Memang kepada yang tak biasa ke sana merasakan sangat jauh.


Pemandangan di kedai tersebut.

Inilah Mee Udang Banjir Kak Wah.Ramai yang berpendapat mee sini yang paling sedap.Memang sedap jugak.Udang besar 2 ekor,4 ekor udang sederhana besar harganyaRM6.Bagi saya ianya masih tidak setanding Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang di Perak.

Inilah pemandangan dari dalam kedai tersebut menghala ke pantai.

Pesanan:Masih lagi tercari-cari mee udang banjir yang lagi sedap.

2 comments:

  1. sll llalu tak penah sampai sini.. nnt2 leh singgah sini.. walaupun tak sesedap di kuala sepetang tetap suka mee udang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah singgah...nanti bagitau ye rasanya..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...