Friday, February 15, 2013

Suatu Malam yang Misteri

Kisah jiran rumah saya:

Kes pertama:

Malam yang pekat,hujan yang lebat.Pagi dikejutkan dengan laungan azan di surau berdekatan.Tuan rumah tertidur di ruang tamu di atas sofa.Terbangun bila merasakan suara azan tersebut jelas.Rupanya pintu sliding terbuka luas di sebalik langsir yang menutupinya.Kunci pintu masih di gril.Tiada tanda-tanda manusia hadir di situ.Berdasarkan lantai luar yang masih bersih.Tiada juga tanda-tanda rumah diceroboh.

Kes Kedua:

Malam berikutnya.Jam 12 tengah malam.Tuan rumah keluar sebentar tanpa mengunci pintu.Ruang tamu diterangi lampu.Anak-anak kecil di bilik membuat kerja sekolah.Si ibu sudah terlena kepenatan.Tiba-tiba terdengar bunyi pintu dibuka,anak kecil berusia 7 tahun menjangkakan si ayah sudah pulang.Menjengukkan kepala melihat dari bilik ke arah pintu utama.Terlihat tangan orang yang bersarung tangan hitam cuba membuka pintu.Mungkin terkejut.Terus menutup pintu bilik menguncinya dan menangis bersama adiknya.

Tuan rumah beberapa minit kemudian pulang,mendapati anak-anak menangis di dalam bilik.Si ibu baru tersedar dari tidur.Tidak perasan anak-anak menangis di dalam bilik berkunci.Terus si anak bercerita apa yang berlaku.Tiada tanda-tanda rumah diceroboh.Si ayah tanpa berlengah keluar rumah mengelilingi sekelilingnya ditemani jiran.Tiada tanda-tanda aneh.Terus ke pondok jaga.Jaga berkata baru sahaja membuat rondaan di blok tersebut dan baru sahaja pulang ke pondok jaga yang hanya tak sampai seminit pun.

Tidak dapat dipastikan sama ada itu tangan manusia atau makhluk halus.Sungguh Misteri!

Pesanan:Sentiasa berpesan kepada anak-anak kunci pintu rumah.

46 comments:

  1. E ii takutnya. Lain kali kunci pintu tu dan jangan tinggalkan anak anak tanpa ditemani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. misteri...misteri...hehehehe..kena beringat sebelum terkena

      Delete
  2. nasib baik tak jadi apa2 kan..kena beringat..klu keluar rumah pesan yg ada kat rumah atau kunci terus pintu..baru selamat..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah bahaya nyer.. kena take extra precautions dah ni. take care.

    ReplyDelete
  4. agak misteri tapi apa2 baik berjaga2 sebelum terkena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...kena berjaga-jaga...beringat sebelum terkena...

      Delete
  5. terima kasih singgah dan tinggalkan jejak.

    saya follow ye !

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya uncle dah lama follow saya..mungkin uncle tak perasan kot...anyway terima kasih kerana singgah...

      Delete
  6. tanjat boboy tau.uhuk2

    bahaya gak tu kak, nasib nampak tangan je.kalau nampak usus ke.. paru2 ke lagi haru.

    hmm pape pun harap akan sekeluarga tidak ditimpa sesuatu yang tidak diingini ye.yang penting akak kena maklumkan kat jaga yang mengawal kawasan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya ada sekali tak,gopal ataupu incik boss..hhehehe

      mudah2an lah zal..takde apa2...

      Delete
  7. mak aiii seramnyee... sue kalau duduk umah sorang sorang suka bukak pintu luas luas pasang lampu semua, dengan harapan kalau ade pencuri senang nak lari keluar.. hohoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh itu lagi bahaya....hati-hati dik...lebih baik kunci pintu rumah dan buka semua lampu...

      Delete
  8. takutnyer... kena lebih hati2 lah ni

    ReplyDelete
  9. Kisah misteri siapa ni? Ummi arissa dan anak2 ke? Bahye je macam. Ke hantu?

    ReplyDelete
  10. Kalau org kenapa tak ambil apa-apa? So apa motif bersarung-tangan pulak? Kakak rasa bukan hantu tapi manusia tapi baru nak menjelajah dulu - sebaiknya kunci pintu setiap waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak,tak pasti apa benda tu...masing-masing dah takut ni..

      Delete
  11. takut juga mendengar kisah tu.. yg penting kita perlu lebih berjaga2 kan.. semoga selamat semuanya.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  12. tak nak diselubungi misteri.. takut.. amalkan lah ayat2 seperti disarankan oleh ustaz dan amalan mak ngan ayah kitakan..

    ReplyDelete
  13. Bahaya betul la.. Kena pastikan semua pintu berkunci.. Mujur takde apa2 yang berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni semua jiran dah dimaklumkan hal ni,semua berjaga-jaga..

      Delete
  14. alamak..... seram dibuatnyer...

    kena berhati2.. terutama kalau yg misteri itu adalah tangan si pencuri..... huhu

    ReplyDelete
  15. Assalam Ida,

    Seramlah Ida....lama dah ke kejadian tu?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

    ReplyDelete
  17. mmg misteri ni..kalau js mmg tak blh cepat fobia...^^
    baca pun dh rasa seram...huhu

    ReplyDelete
  18. Seram jugak baca kisah ni, harap tiada apa2 perkara pelik/luar jangkaan berlaku.

    Semoga selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sejak peristiwa tu...lain macam je rasa..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...