Friday, November 30, 2012

Beruntung dia punyai suami sebegini


 Abil dan Gee....pasti ramai yang sudah tahu kisah mereka.Saya suka melihat kemesraan mereka berdua.Abil sangat romantik dengan isterinya.

Walaupun isterinya kini isterinya hanya terlantar di atas katil tetapi layanan kelas pertama diberikan kepada isterinya itu membuatkan saya sangat kagum.

Baru-baru ini saya ada menonton kisahnya di TV,saya suka sangat bila dia kata lebih kurang cam ni lah ye

"Isteri saya menjerit tanpa henti,tapi hebatkan isteri saya,walaupun begitu suaranya tidak hilang". Katanya lagi "Waktu sihat isteri membebel,waktu sakit pun dia membebel"...lucu bercampur sedih saya lihat Abil berkata-kata.



Kasih sayang seorang suami seperti Abil sangat saya kagumi.Sepanjang menonton rancangan tersebut ada linangan air mata mengalir di pipi saya.Tabah dan penuh semangat Abil menjaga isterinya yang terlantar di atas katil.Sedih bercampur gembira melihat dia sayang sangat isterinya walaupun berkeadaan sebegitu.

Saya petik sedikit dari majalah Harmoni 1-15 Oktober:

"Isteri saya merupakan seorang penghidap asma.Pada 22 Jun tahun lalu,dia diserang asma yang teruk sehingga sukar untuk bernafas ketika sedang tidur.Dia mengejutkan saya dan meminta saya memanggilkan ambulan. "Panggil ambulan" itulah ayat terakhir yang saya dengarkeluar dari mulutnyakerana sehingga kini,dia tidak mampu untuk bercakap langsung."

Pada saya sukar untuk berjumpa suami seperti ini yang sanggup susah dan senang bersama ketika sihat dan ketika sakit.Saya lihat daripada cara dia melayan isterinya sangat penuh kasih sayang.Terharu sungguh saya melihatnya.

Dan yang penting dia tidak lupa untuk membaca ayat suci al-Quran sebagai hiburan halwa telinga dia dan isterinya.

Untuk cerita lanjut berkenaan suami isteri ini boleh lawati blog Abil-Warkah Untuk Isteri.
Jangan lupa sediakan tisu untuk mengelap air mata anda.

Pesanan:Suami zaman sekarang?Sanggup ke?Jangan waktu cantik dan sihat je sayang.....

Wednesday, November 28, 2012

Tajuk Akhbar: Harimau Mengaum Kembali



Tajuk depan suratkhabar Malaysia bila Harimau Malaya menang dengan Laos 4-1 bakal diterbitkan esok:

1. Harimau Malaya mengaum semula

2. Harimau Malaya menunjukkan taring sebenarnya

3. Harimau Malaya mula membaham mangsa

4.Siapa Kata Harimau Malaya tak garang?

dan lagi,lagi dan lagi.......biasa dah tuuuuu...


Pinjam dan share dari FB sepupu saya (klik untuk lebih jelas)

Pesanan:Penyokong Malaysia pun kalauwaktu kalah pun sokonglah...jangan waktu menang je....mana semangat anak Malaysia ni?

Wordless Wednesday # 16 - Aksi si kucing




Pesanan:Kasih sayang ibu kucing dan anaknya menyentuh hatiku

Tuesday, November 27, 2012

Hantaran budak-budak zaman sekarang

Saya pun tak tahu nak cakap apa.Tak tahu juga nak terangkan apa kah bendanya.Nak tanya takut dikatakan busy body.Tapi mesti budak-budak muda sekarang tahu apa kah bendanya itu.

Kalau dulu ibubapa atau orang yang lebih tua mencadangkan apa yang perlu diletakkan atas dulang hantaran,sekarang ni mereka sendiri yang tentukan.

Mungkin ibubapa pun malas nak masuk campur,maka inilah hasilnya.Asalkan anak-anak suka,dah memadai.


Ini antara hantarannya.Memang nampak seperti buku,tapi buku kartunkah ini?Saya pun tak pasti.Macam buku dari Korea atau Jepun je ni.


Yang ini pula lawak kampus.Saya pernah baca dari anak saudara suami yang beli buku ni.Bagi saya tak menarik,tapi anak-anak suka pula membacanya.Dah lah tebal.

Hmmm...macam-macam pula bentuk hantaran ni kan.

Pesanan:Saya lebih suka buku bercirikan keagamaan sebagai hantaran,ilmu dapat hidup berkat.

Sunday, November 25, 2012

Ajar anak buka kunci pintu kereta dari dalam....

Dalam kita sibuk dengar anak-anak kecil terperangkap atau terkunci dalam kereta.Apakah tindakan kita?Janganlah kita dengar je cara penyelesaiannya tapi buat tak hirau bagaimana nak ajar anak-anak kita.

Saya masih ingat lagi sewaktu anak sulung saya berusia 2 tahun terperangkap dalam kereta yang berkunci.Dan dia pula tidak pandai menarik penyelak kunci(apa ye sebutan betulnya?) di pintu kereta.

Saya sudah panik ketika itu,mujur ayah saya ada.Dialah menerangkan kepada anak saya cara-cara untuk menarik penyelak pintu kereta itu.Anak saya pula asyik menangis je dalam kereta tu.

Perkara tidak berlanjutan lama,lagi pula kereta tidak hidup,kalaulah keadaan berlanjutan lama,tak tahu apa yang jadi kepada anak saya.

Bila saya ingatkan kembali,saya cuba pula kepada anak bongsu saya yang kini sudah berusia 2 tahun setengah.Tetapi saya berada di dalam merakam tindak tanduknya.


Alhamdulillah,mujur dia pandai membuka penyelak pintu kereta tersebut.Mungkin dia sudah biasa melihat kami dan adik beradiknya yang lain memperlakukan perkara yang sama.Lagipun anak-anak sekarang anak-anak IT...ilmu melebihi kebiasaan...he he he

Beringat sebelum terkena.Dan bestnya baba memberi simbol ibu jari ke atas tanda bagus!!!

Pesanan:Pengalaman mengajar erti kedewasaan.

Saturday, November 24, 2012

Kucha Asyura Perdana-Malaysia Book of Record


Baru je petang tadi saya menyebukkan diri ke RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar),Wakaf Che Yeh,Kelantan untuk menyaksikan Program Himpunan Permuafakatan Rakan Padu Negeri Kelantan 2012.Antara programnya ialah Kucha Asyura Perdana.(kacau bubur asyuralah tu).

Kebetulan saya berada di Kelantan cutisekolah ni,adik ipar ajak ke sana.Manalah tau dpat secubit sorang asyura.Namun begitu,impian kami tinggal impian,tak dapat rasapun.Nampak macam diorang dah packing nak bagi geng-geng diorang je.

Majlis tu dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed (Tok Pa).Sempatlah saya snap gambar ketibaannya.Yang tak sempat bila time dia bersalam dengan suami saya....


Dah tu macam biasalah mesti ada acara simbolik pegang  batang pengacau bubur asyura tu.Simbolik memasak asyura.Mesti dia nak tiru cam saya kan...he he he

Ni aksi Tok Pa

Ni aksi ummiarissa...

Ini pula antara asyura yang telah siap di masak dan dihiasi dengan hasil kreativiti masing-masing.



Punyalah ramai manusia dalam ni.Masing-masing sedang sibuk mengacau asyura.Ada juga sempat saya ambil resepinya.Ada macam-macam versi resepi ni.Nanti saya share lain kali.


Ni antara aksi pengacau bubur asyura....Masak berkumpulan sebegini memang seronok.

Pesanan:Tak dapat rasa,dapat bau je.

Wednesday, November 21, 2012

Keluarga asal jangan dilupakan

Bergambar bersama keluarga paksu

Ini cerita sambungan untuk paksu saya.Kali ni undangan perkahwinan nank perempuannya pula.Kali ni lagi best ceritanya.

Ini menurut cerita mak saya.Mak paksu dulu selepas bercerai dengan suaminya berkahwin dengan orang Melayu.Jadi dalam keluarga paksu hanya tiga orang yang masuk Islam iaitu maknya,kakak dan dirinya sendiri.Jadi adik beradik paksu masih kekal dengan agama asalnya.Namun demikian mak paksu dah meninggal awal tahun ni(kalau tak silap),ada juga anak-anaknya yang lain datang menziarahi jenazah.

Kemudian baru-baru ni,kahwin anak perempuannya,datang salah seorang adik beradik paksu berbangsa Cina ke majlis tersebut,saya pun ambil kesempatan snap gambar mereka.Bukan mudah nak berkumpul sebegini.Walaupun kini mereka berlainan agama,namun demikian mereka masih ada ikatan darah sedaging dan masih adik beradik.Kakak paksu datang bersama anak perempuan dan 2 orang cucu.


Saya bergambar bersama pengantin dan adik beradik saya...

Apa yang saya tersentuh,mereka masih berhubung lagi,dengar kata mak,kalau sambutan Tahun Baru Cina,paksu pergi juga menziarahi kakaknya.Dan dia tahu apa yang perlu dihidangkan kepada adiknya yang sudah beragama Islam.Seronok saya mendengarnya.Semoga suatu hari dibukakan hati mereka dengan Islam.

Moral of Story:Kita sebagai orang Islam harus menghormati semua kaum.agama dan menunjukkan sikap yang baik seperti yang dituntut oleh Islam.Dari sinilah kita dapat menakluk hati mereka agar sayang pada Islam.

Pesanan:Indahnya Islam jika mereka benar-benar menghayatinya.


Tuesday, November 20, 2012

Polkadot ku tak dot dot dot



Inilah hasil apam polkadot saya.Walaupun rupanya tak semenggah mana,namun kesedapannya menyebabkannya habis licin dimakan orang ramai.

Saya saja cuba-cuba buat,rasanya tak jadi dot dot tu pertamanya buat dengan anak-anak saudara cuti-cuti ni memang kalut sikitlah,kedua saya terkial-kial nak buat dot dot tu sebab nak cepat,ketiga saya baru je buat ni untuk dimakan esok paginya sedangkan saya nak balik KL hari sebelumnya.

Boleh terima tak sebab-sebab tak jadi dot-dot ni...he he he...
Saya buat filling blueberi,memang sedap bila makan panas-panas.

Sebenarnya saya buat untuk makan-makan anak beranak,tapi disebabkan esoknya ada nikah sepupu,saya cadang untuk beri makan orang yang datang nikah pagi tu.Jadi siaplah sebekas apam,yang satu bekas kecil tu saya makan anak beranak.


Selamat dan licin!!!!

Pesanan:Tahniah murid UPSR yang berjaya,kepada yang tak berjaya lihat makcik,makcik buat sekali polkadot tak jadi,next time nak cuba lagi....he he he

Thursday, November 15, 2012

Onde-onde warna warni

Salam Maal Hijrah 1434!

Berhijrah ke arah kebaikan.Itulah azam saya.Ingin menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
Cuti memang saya dah cuti dari mula sekolah bercuti.Suami pun guru mestilah cuti jugak kan.

Saya buat minum petang semalam bila ada orang bagi gula kabung kat saya.Terpaksa merajinkan diri.he he he...kelapa ada mesin ada...boleh parut sendiri.Kalau parut kat kedai di luar,ragu-ragu kebersihannya.Jimat pun jimat.

Inilah hasilnya.Hasilnya bila pewarna hijau dah habis maka pewarna lain menjadi mangsa.Nak bagi selera makan naik je dengan warna-warna tu.


Janji sedap di makan...dan dah habis licin pun.Ini pun sebahahagian je,sebahagian lagi letak kat pinggan lain.Tak salahkan kita ubah sedikit,asalkan resepinya tetap sama.

Pesanan:Bila duduk saja-saja kat umah ni,asyik lapar je memanjang....

Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday # 15-Ragam Kereta Sewa



Saya setuju!!!Memang pun mereka berhenti tak kira masa,malah tak kira tempat juga.Jadi sekiranya kita memandu di belakang kereta sewa eloklah berhati-hati selalu.Takut terkejut pulak!

Pesanan:Dah biasa sangat....tiba-tiba bagi signal kiri nak berhenti..torkojut den!

Tuesday, November 13, 2012

Berapa biasa kena bayar ni?

Saya biasa tengok tayar kereta orang kena block macam ni.Agak-agak berapa ye kena bayar?Sebab saya tak pernah kena lagi.Ni pun saya ambil gambar kereta orang lain.



Saja lah saya nak tahu berapa.Ada tak dalam Ratus RM?ada kot kan...Tapi tu lah duit ni kalau nak terbang mudah je kan....nak dapat balik kemain payah.Perkara-perkara yang kita rasa remeh ni lah buat duit kita melayang macam tu je kan.Kita kata nak letak kejap je,padahal kita tahu itu bukan kawasan meletak kereta.

Tapi manusia ni kalau tak pernah rasa serik.Hari ni dah kena,esok-esok buat lagi.Macam mencuba nasib je lah.Kalau kena nasib,tak kena bertuah.

Pesanan:Gerun juga tengok cara diorang 'locked' tayar kereta tu kan....ish...ish...ish...Selamat Hari Deepavali untuk kaum India di Malaysia.

Monday, November 12, 2012

Bangga sahabat di kaca TV


Kebiasaanya waktu persekolahan pagi-pagi kalau waktu begini,saya memang sibuk sangat menguruskan hal-hal anak nak ke sekolah,nak sediakan sarapan lagi.Namun demikian saya sempat juga mengerling seketika tv yang terbuka untuk melihat rancangan-rancangan pagi di tv.Tiba-tiba 2 minggu lepas saya sempat menonton My Morning Coffee di TV2 ,pengacaranya Sazzy Falak.



Terlihat sahabat saya yang sama-sama belajar bahasa Jepun dan turut ke Jepun,menjadi antara tetamu jemputan di pagi hari tersebut.Memang sudah lama perkara ini diberitahu rakan-rakan yang lain,cuma tak berkesempatan menontonnya.Kali ini dapat menonton walau sekali sahaja.


Beliau ialah Prof. Dr .Muhamad Naim Kamari,yang saya panggil di kelas bahasa Jepun dengan panggilan Naim san.Rasanya beliau sebagai perunding kesihatan menerangkan tentang khasiat makanan seharian yang kita makan.Beliau juga sejak yang saya kenal memang seorang pensyarah di UiTM.


Maka sempatlah saya snap beberapa gambar sebagai bukti beliau pernah muncul di kaca TV.Saya tumpang berbangga dengan sahabat saya yang kini saya lihat perkembangan karier dan hidupnya semakin berjaya.Semoga beliau terus berjaya di masa hadapan.Tahniah Naim san!


Ini kelas kami sewaktu menjalani kursus bahasa Jepun.Kelihatan Naim san sedang duduk menerangkan sesuatu kepada rakan yang lain sedangkan saya sibuk dengan komputer di meja lain...he he he

Pesanan: Saya bangga bila rakan yang lain berjaya dengan jayanya....





Friday, November 09, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan....meriah

Tahniah! Tahniah!

Sana-sini sekolah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar yang berjaya dalam pelbagai mata pelajaran tertentu.Disamping itu tidak ketinggalan menjemput ibubapa/penjaga datang untuk memeriahkan majlis.

Seronok lihat keletah murid-murid pra-sekolah menmbuat persembahan,tak ketinggalan juga murid-murid dari darjah satu hingga enam.Nampak ketara murid darjah 6,jadi malu-malu nak buat persembahan,itu tandanya mereka sudah semakin matang.Maklumlah tahun depan sudah menengah.

Lihat sahajalah pakaian ala graduan pra sekolah di sekolah Anis.Walapupun Anis masih mempunyai setahun lagi untuk menghabiskan pra sekolahnya,namun demikian dia juga dipakaikan jubah untuk menerima hadiah.



Ini anak ke 4 saya Ain menerima hadiah dari gurunya.


Anis bersama kawan-kawannya.Riang betul mereka ni kan.

Pesanan:Walaupun saya sibuk menjadi pengasuh anak orang,saya masih berpeluang menjenguk walau sebentar ke sekolah anak.

Wednesday, November 07, 2012

Sekolah saya dulu tak buat rombongan pun...

Sekarang anak ke 3 saya sedang mengikuti rombongan sekolah ke Batu Buruk,Terengganu.Baru darjah 5 dah dapat pergi jauh-jauh.Tambang pun murah RM100 termasuk penginapan dan makan minum.

Seingat saya zaman sekolah rendah dan menengah saya dulu tak pernahnya ada rombongan sekolah jauh-jauh.Biasanya kalau saya berkumpulan ke luar dari sekolah hanyalah kerana saya masuk persatuan Pandu Puteri.Ini dalam sekolah rendah.Dapatlah berjalan berombongan dengan kawan sekolah dan cikgu-cikgu.Selain itu saya bergathering persatuan Pengawas Sekolah.Itupun bila naik menengah.Dan jika saya sudah dalam tingkatan 5.Bertuah anak-anak zaman sekarang.

Kalau nak berjalan jauh pun pasti pergi dengan keluarga.Tak pernah rasanya berrombongan dengan kawan-kawan sekolah.Kalau jalan-jalan Muzium Negara tu dah biasa rasanya.Sekolah kat Kuala Lumpur tak sahlah kalau sekolah tak bawa ke Muzium Negara.Mungkin itu sekali je pada zaman sekolah rendah,kalau tak silap saya.Balik hari lak tu...hmmm....


 Athirah sewaktu kami sekeluarga ke Kuantan,Pahang.

Dahlah anak saya dapat pergi rombongan boleh ambil gambar lagi,bawa handphone dan yang bestnya duit poket pun dapat bawa.Memang bertuah sungguh.Ala saya bagi pun handphone murah Nokia rege RM80 je.Siap pesan banyak kali melalui mesej,simpan elok-elok barang berharga.Budak-budak sekarang ni bukan senang hati tengok kawan-kawan bawa macam-macam.Ada je niat tersembunyi tu nanti...

Itulah,anak saya pun ini pertama kali berjauhan dari keluarga mengikut rombongan sekolahnya.Setiap setengah jam dapatlah mesej darinya.Saya pun tegur,tak payahlah mesej sangat,nanti habis kredit nanti.Mesej bila dah sampai dan yang penting je.Barulah dia dengar.

Pesanan: 3 hari 2 malam tuuu...duk banglo tuuuu

Tuesday, November 06, 2012

KB Burger Bakar...anda boleh cuba dulu...


Ada FB di sini.Saya tergoda bila Shaz HotFm Kelate pomote di FB nya....Lokasinya di sebelah bangunan KWSP Kota Bharu,berhadapan dengan Pizza Hut.Gerai kecil,tempahan banyak.Saya order melalui SMS je.

Saya anta mesej cam ni je: Kak Ida Pengkalan Chepa nak order burger ayam ada cheese 2 bungkus ye.Nanti dalam pukul 6pm akak amik.nanti sedap akak promote dalam blog.tq....

Kemudian dalam 6.30 saya pun bergerak pergi amik burger sayaSaya sebut nama saya dan order saya.Harganya RM7.90 sebiji burger..Berbungkus-bungkus atas meja tu,tu belum yang order kat gerai on the spot.




 Waktu ni memang terliur sangat tengok burger bakar ni....dah tak sabar nak menelannya....makan dengan suami semangat sikit....makan sama-sama...berdua-duaan...di dapur tau!Bersama air jus tembikai...he he he.


Lepas beberapa gigitan,sehingga setakat ni je saya dapat habiskan.Tak terdaya dah perut kecik ni nak melantak lagi.Nak paksa masuk,nak paksa telan....tak terlayan lagi.Akhirnya roti je habis,daging dibiarkan untuk dimakan...mungkin tengah malam karang.

Komen saya:Rasanya lebih kepada lada hitam,dagingnya tebal tetapi masak,cuma ada kesan hangus sedikit yang menjejaskan rasa daging ayam tu,sos cilinya kurang mungkin kerana sos lada hitam yang banyak,untuk anak kecil memang tak sesuai,pedas sikit...kalau mayonis dan cheesenya banyak lagi sedap rasanya.Bawangnya pun kurang,saya suka bawang yang banyak.Namun demikian saya masih boleh menikmatinya.Saya bagi 3 1/2 bintang daripada 5 bintang.

Oh ya Selamat Berjaya kepada calon-calon SPM dan STPM 2012....

Pesanan:Saya masih mencari lagi burger yang umpppphhh....masih dalam pencarian....

Saturday, November 03, 2012

Maaf saya tersilap.....

Maafkan saya....entry saya yang ini dapat saya jawab sebegini...Saya tersilap menjawab segala persoalan pembaca saya.Maafkan saya.

Saya terkilan tidak buat research dulu.Ada yang bertanya sama ada gambar Fara dipakaikan tudung atau diedit.Ini jawapannya:


Maafkan saya sekali lagi.Terutama pada Lyd...Kerana dengan confidentnya menjawab ianya tidak di edit,sedang buktinya sudah ada.


Pesanan:Saya ingatkan dah tak ada edit2 gambar artis/selebriti jika muncul iklan di Kelantan,rupanya masih lagi ada.

Thursday, November 01, 2012

Cerita Ulangan pun Layannn je...

Cerita Marimar adalah cerita ulangan sebenarnya.Tapi saya layan juga cerita tu,sebab jalan cerita menarik,pelakon yang cantik-cantik.

Walaupun dah tahu jalan cerita,tapi seronok juga tengok ulang kali pun.Kisah masyarakat,berebut perempuan,perempuan yang dikecewakan,perempuan yang tamak...macam-macam lah kisah teladan boleh dapat dari cerita ni.

Pasangan pelakon ni pun sama cantik sama padan.


Ding Dong Dantes  dan Marian Rivera Comel kan diorang berdua!!!!....

Dalam cerita ni pun ada seorang orang gaji yang lagi cute...tembab gitu.Bila saya tengok pakaian dia dari atas tu teringat lak kat Shila Amzah pakai macam tu waktu nyayi di Asian Wave kat China....he he he...Cuba tengok...peminat Shila jangan marah ye...saya pun minat Shila juga,lebih-lebih lagi sejak bertudung ni,nampak lagi cantik.



Pesanan:Apa-apapun,bila pagi-pagi dah tak de cerita nak tengok,tengok cerita ulangan pun tak de hal.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...